Entri kali ini adalah sambungan entri alqasam berkenaan hukum orang bukan Islam menjadi menteri menurut pendapat Dr Yusuf Qardhawi dan AlMawardi dalam entri "Pertembungan Pemikiran Siasi 1 " yang lalu. Tulisan di bawah sekadar pindahan ringkasan komen saya di bawah entri " Bahana Perang Bendera Dan Simbol " di laman blog Akhina Tawel Sensei dengan sedikit tambahan dan editting. Banyak yang saya ingin tambah namun saat-saat ini saya punya masa namun saya tidak mampu fokus untuk menulis. Untuk menulis, saya perlukan fokus yang mapan. Tanpa fokus, tulisan saya akan hilang ruh dan intinya. Saya tidak dapat berjanji kerana saya masih punya beberapa entri yang perlukan sambungan dan ta’liq. Jesteru, untuk melangsaikan hutang saya yang lepas itu lebih utama untuk didahulukan. Tolong doakan saya berada dalam keadaan sejahtera ruh dan jasmani. Untuk perkongsian laman-laman anak-anak muda seperti Tawel Sensei, Rausyan Fikir, Kakiblog, Abqori, Hafiziftiqar dan MFR menjadi satu santapan intelek yang menarik untuk dibaca dan menjadi satu wacana pemikiran kritis. Selamat membaca bagi mereka yang suka mencari kelainan dalam pembacaan berbentuk fikrah atau pemikiran! Membaca tidak semestinya serupa.
ANEKDOT PENGUNDI
Sayangnya dan sungguh mengecewakan hakikat yang pahit untuk ditelan apabila mahasiswa dan graduan yang berada dalam pra-sedar atau mereka yang sedar masih tertidur sekali sekali dalam proses membuat perubahan dalam negara dan hidup kita sekaligus. Lebih sayang lagi waktu tertidur mereka sewaktu tempoh kritikal seperti sekarang.
2) Golongan anak-anak muda terutamanya golongan ‘urban’ yang merasakan mengundi lansung tidak mempunyai kepentingan, memberi kesan dalam hidup mereka dan malas berfikir. Mereka tidak mendaftar, malah tidak lansung mahu mengambil tahu. Just want to have fun as it is.
Sayangnya, ketidaksukaan kita kepada politik menyimpangkan kecenderungan kita untuk berfikir bahawa mengundi itu sangat mampu merubah banyak benda. Isu petrol, harga barang, keadilan, serta taraf hidup yang makin ‘mencekik’ kita saban hari. Sayangnya mahasiswa termasuk dalam senarai tersebut.
Harapnya tahun ini peratusan keluar mengundi akan meningkat. Moganya.
ANEKDOT AHLI DZIMMAH
Wallhua’lam.

