May 15, 2007

Tempahan Kitab

Filed under: Advertisment

 

Ahmad ‘Ataul Quddus  dan ‘Atiqah Musfirah  Ahmad ‘Arif Arshad

Anak-anak kepada ukht Raudhah yang comel. Moga-moga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah; penerus risalah dakwah dan Sunnah Rasulullah s.a.w juga permata hati buat ummi dan abah mereka.

 

Kitab at-Tobari 

Ilmu Mustolah Hadith

  Penulis buku Ilmu Mustolah Hadith  ini ialah Qurrotul Aien Fatah Yasin. Beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin pengkhususan Hadith dari Universiti Al-Azhar, Iskandariah dengan pencapaian Jayyid Jiddan dan kini sedang melanjutkan pengajian di UIA dalam pengkhususan  yang sama.

Penulisan ini adalah hasil kajian beliau selama 5 tahun terhadap beberapa karya ulung dalam pengajian Ilmu Hadith merangkumi 37 buah buku termasuklah kitab-kitab mu’tabar antaranya kitab karangan Imam as-Sayuti, an-Nawawi, ad-Daruqutni, Ibn al-Athir, Mustafa al-’Adawi, Muhammad Ibn Solah, Badruddin al-’Aini, al-Jurjani, Muhamad Sa’id Mursi dan beberapa orang pakar hadith masa kini dari timur tengah seperti Dr. Mahrus Ridhwan Abdul ‘Aziz, Dr Mahmoud al-Tahhan, Dr. Nuruddin ‘Attar, Dr. Hamid Ahmad Hamad, dan Dr Rizq Amin Hassan.

Beliau telah mempersembahkan buku ini kepada beberapa orang pensyarah Fakulti Hadith dan mendapat pelbagai respon daripada mereka. Ada kalangan pensyarah pengajian hadith di institusi itu yang mendapati bahawa sesetengah perbahasan buku ini lebih mendalam daripada syllabus pengajian ulum hadith di Universiti Islam Madinah, antaranya dalam bab berkaitan Hadith Qudsi dan Hadith Nabawi.

Buku ini turut menghimpunkan penjelasan berhubung pelbagai jenis dan kategori hadith termasuklah hadith yang diterima, ditolak dan yang berkemungkinan diterima atau ditolak. Dalam Bahagian Ketujuh buku ini disenaraikan 37 jenis hadith selain Mutawatir dan Ahad, beserta penerangan masing-masing.

Buku setebal 257 muka surat ini mengandungi 8 Bahagian serta 7 carta yang mengakhiri setiap bab untuk memudahkan pemahaman para pembaca. Ia diterbitkan buat pertama kalinya oleh Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah dengan izin terbit oleh PMRAM, sebuah NGO Malaysia yang berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Republik Arab Mesir dan mendapat kelulusan daripada pihak MANHAL (Markaz Jam’ul Buhuth Wa al-Dirasat al-Islamiyah). Kini, ia diterbitkan sekali lagi di Malaysia atas permintaan ramai oleh ISP Shabab Trading. Harganya ialah RM19.00 tidak termasuk penghantaran.

Buat sesiapa yang ingin mendapatkan buku di atas atau menempah kitab dari timur tengah dengan tawaran harga menarik mengikut pasaran semasa bolehlah  menghubungi:

ISP Shabab Trading. No Tel: 03-6187 0577  Hp: 012-384 8477 ( Ust. Ahmad ‘Arif Mohd Arshad dan Ustz Raudhah Fatah Yasin ). Fax: 03-6189 9120.

p/s: Promotion kat atas di atas permintaan sahabat penulis di atas. Komentar buku tersebut telah ditulis oleh penerbit buku tersebuti. Juga gambar anak-anak kecil diatas atas pilihan bersama-sama ukht Raudhah dan Qurratul Ain.

Di Laman Saudara Faisal Tehrani ada membincangkan filem ‘ Gubra ’. Menarik.

Lihat dari gambar promosi di dalam paper sudah menggambarkan ke’gubraan’ penerbit filem Malaysia menerbitkan sesuatu yang kritis kononya tetapi zero maqasid syarieah..

Kita memang amat memerlukan penerbitn filem yang islamik tetapi kreatif dan kritis mcm yang Iran buat..tapi di mana kita..

Tiara sahaja sudah men’haru’ birukan pemikiran kesenian (konon juga) dengan teater musikal yang aduhai…Astaghfriullah