Message of Da'wah, Ilmiah, Halaqah al-'Ilm, AnnouncementJuly 22, 2008 3:49 am

CERT will be organizing KLIFF- Kuala Lumpur Islamic Finance Forum- for the fifth time this year. Those who are interested about the events joining the event can go to KLIFF official website and for those who are interested in joining the events can leave a comment under this post. Thank You.

The Centre for Research and Training (CERT) in collaboration with Dow Jones Islamic Market Indexes (DJIM), International Institute of Islamic Finance (IIIF) and Messrs. Hisham, Sobri & Kadir (HSK) are proud to present the 5th Kuala Lumpur Islamic Finance Forum 2008 (5th KLIFF 2008). This year, 5th KLIFF 2008 is scheduled for 17 – 20 November 2008 and will be held at Hotel Istana Kuala Lumpur, Malaysia. KLIFF offers an integrated basis for promoting Islamic Financial system dialogue among speaker and delegates to foster the orderly development of an efficient, competitive, sound and innovative Islamic Finance in a rapidly changing global environment. The KLIFF comprises three sections; Pre-KLIFF, KLIFF, and Post-KLIFF. The Pre-KLIFF was schedule for 17th November 2008, KLIFF for 18th – 19th November 2008 and the Post-KLIFF for 20th November 2008. All events will be held at Hotel Istana Kuala Lumpur.

Message of Da'wah, Ilmiah, Tasawwuf/Purification of HeartJune 30, 2008 6:48 am

This post is password protected. To view it please enter your password below:

Ilmiah, Working PaperApril 29, 2008 8:10 am

 

1.0 Introduksi 

Keratan sejarah mencatatkan terdapat dua kuasa besar suatu ketika dahulu di bahagian Rom dan Parsi. Kekuatan dan kekuasaan kedua-dua belah negara amat ditakuti dan digeruni. Ketamadunan mereka menjadi kebanggaan. Kemudian muncul sebuah kuasa di tanah Hijaz yang dipimpini oleh seorang Nabi dan Rasul akhir zaman daripada bangsa Arab. Negara ini telah telah berjaya menggugat empayar yang telah dibina di Rom dan Parsi. Negara tersebut ialah negara Islam yang telah dibina oleh Rasulullah dan diteruskan oleh para sahabat. Penerusan mengurus dan mentadbir sebuah negara Islam ini diteruskan sehingga empayar khilafah berkembang sehingga menguasai 3 Lautan Utama pada ketika itu ialah Laut Putih, Hitam dan Merah. Namun sejarah kegemilangan ini telah pudar pada hari ini dengan tindak-tanduk pemerintahan di kebanyakan negara Islam yang tersasar jauh daripada landasan yang digariskan oleh Islam. Oleh itu, penulis cuba untuk berkongsi sudut kecil untuk memahami bagaimana pemerintahan sebuah negara menurut Islam iaitu sudut  maqasidnya.

2.0 Kesyumulan Islam

Bertitik tolak daripada kefahaman kesyumulan Islam akan membawa kita memahami bahawa pemerintahan negara itu bukan asing dalam Islam. Islam bukan sekadar agama yang menjurus kepada pengamalan  ruhaniah semata-mata dengan menitik beratkan persoalan ibadat seperti solat dan puasa.

Firman Allah : 

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ (٨٥)[1]

Maksudnya :

85. Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

 

Ulasan : Deen dalam ayat di atas adalah sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah. Barangsiapa yang menerima Islam secara sebahagian dan tidak keseluruhan akan termasuk dalam golongan yang dinyatakan oleh Allah dalam ayat berikut :

 

Firman Allah :

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ (٨٥) [2]

Maksudnya : 

85. Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. 

Dr. Abdul Karim Zaidan[3] menggariskan secara lengkap perkara yang terkandung di dalam Islam bagi membuktikan betapa syumulnya (lengkap) Islam. Beliau menyatakan jenis-jenis hukum yang terkandung dalam Islam adalah seperti berikut :  

1. Akidah Islamiah : Berkaitan dengan perkara seperti keimanan kepada Allah

2. Akhlak : Berkaitan dengan sifat yang seorang muslim perlukan seperti bercakap benar

3. Perhubungan antara Allah dan hambanya : Berkaitan seperti solat, puasa 

4. Perhubungan sesama makhluk : Berkaitan seperti berikut : 

· Institusi kekeluargaan

· Muamalat seperti jual beli, sewaan

· Kehakiman, pendakwaan, saksi

· Bukan Islam yang datang ke negara Islam

· Hubungan dengan negara bukan Islam

· Pemerintahan seperti pemilihan ketua negara

5. Sumber hasil negara dan pengurusannya seperti perhubungan hartabenda negara dan rakyat, perhubungan antara kaya dan miskin

6. Jenayah : Berkaitan perhubungan antara negara dan rakyat sudut perkara yang dilarang dan pembalasan kepada pelanggaran hukum seperti qisas dan hudud

 

3.0 Kedudukan Pemerintahan dalam Islam 

Dr. Abdul Karim Zaidan[4] mengatakan : 

 "Pemerintahan dalam Islam adalah wasilah bukan matlamat utama. Wasilah ini penting sebagai penyampai kepada maqasid yang hanya mampu dilaksanakan oleh seorang ketua negara bukan orang kebanyakan". 

Kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan antara golongan yang dipilih untuk menjadi pemimpin dan ketua dan golongan yang menjadi pengikut dan dipimpin. Islam menggunakan acuan ini bagi memastikan matlamat utama Islam meletakkan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini tercapai. Maka pemerintahan merupakan wasilah terpenting dan amat penting bagi mencapai matlamat itu tadi. 

4.0 Maqasid Pemerintahan dalam Islam 

Ulama’ seperti al Mawardi dan Ibnu Khaldun memberikan takrifan Imamah atau Khilafah ialah: 

" Pengganti kepada tugas Nubuwwah bagi memelihara Deen

dan mentadbir dunia dengan Deen tersebut."

Maka di sini boleh dibahagikan maqasid terbesar yang hendak dicapai oleh Islam dalam pemerintahan ialah bagi : 

· Memelihara Islam

· Mentadbir dunia dengan panduan Islam

 

4.1 Pembahagian Tugas Berdasarkan Maqasid 

Setelah memahami kedudukan pemerintahan di dalam Islam dan maqasid yang yang hendak dicapai oleh Islam maka pelbagai pembahagian tugas bagi seorang ketua negara boleh digariskan bagi mencapai 2 maqasid terbesar tadi.  

Penulis membawa di sini 2 jenis pembahagian oleh 2 orang ulama’ iaitu Dr. Abdul Karim Zaidan dan juga Syeikh Said Hawwa sebagai contoh yang boleh memberikan gambaran dalam pembahagian tugas ini. 

Dr. Abdul Karim Zaidan[5] menggariskan bagi mencapai maqasid pertama perlu kepada : 

· Penjagaan

· Perlaksanaan  

Bagi mencapai maqasid kedua perlu kepada : 

· Menjalankan keadilan

· Memastikan keamanan

· Menyediakan keperluan

· Melipatgandakan hasil bumi

 

Manakala Syeikh Said Hawwa[6] meletakkan seperti berikut : 

· Mendirikan syariat

· Memperkukuh hubungan dengan lapisan masyarakat

· Urusan peperangan

· Urusan taraf hidup rakyat

· Urusan keamanan

· Urusan kewarganegaraan dgn bukan Islam

· Urusan menghadapi pembangkang,pengkritik

· Urusan jenayah

· Urusan malapetaka

· Urusan utusan  

Jika dihalusi setiap pecahan yang digariskan oleh beliau,ia juga merupakan pembahagian pokok yang digariskan oleh Dr. Abd Karim Zaidan. Ini menggambarkan betapa luasnya skop bidang tugas yang ada dan ia merupakan amanah kepada setiap ketua negara Islam untuk melaksanakannya.  

Terperincinya Syeikh Said Hawwa, beliau meletakkan pembahagian tadi di bawah salah satu daripada 30 akhlak utama yang perlu ada pada setiap ketua negara dan akhlak ini dipanggil ilmu mentadbir. 30 akhlak !! Nescaya kepincangan yang berlaku kepada ketua negara Islam hari ini berpunca daripada kekurangan akhlak yang telah ditetapkan. Begitu juga sudah pasti hebatnya seorang ketua negara Islam itu bila dia dapat mempraktikkan ke 30 akhlak tersebut. Subhanallah !! 

Seterusnya kita akan melihat bidang tugas ini satu persatu menurut garis panduan Dr. Abdul Karim Zaidan sebagai kerangka asas dan penambahan seperti yang terdapat dalam garis panduan Said Hawwa. 

5.0 Maqasid Pertama : Memelihara Deen 

Deen yang dimaksudkan di sini ialah Islam secara keseluruhannya. Oleh itu, bagi memelihara Deen ini memerlukan kepada penjagaan dan perlaksanan seperti yang telah disebutkan. 

5.1 Penjagaan Deen 

Penjagaan yang dimaksudkan ialah : mengekalkan hakikatnya, menyebarkan kepada manusia seperti yang disampaikan oleh Rasulullah, menjaga daripada berlakunya penyelewengan daripada yang telah disampaikan oleh Rasulullah. 

Maka digariskan bidang tugas seperti : 

· Memelihara usul Islam

· Memantau golongan yang membuat syubhah kekeliruan kepada Islam.

· Memperkuatkan ketenteraan

· Menanamkan semangat jihad yang tinggi dalam jiwa rakyat. Persoalan jihad amat ditakuti oleh musuh Islam sehingga mereka sentiasa cuba untuk memesongkan pandangan terhadap konsep jihad yang sebenar. Ini dinyatakan seperti berikut : 

"Islam secara hakikatnya tiada di dalamnya jihad. Jihad Nabi bukan daripada risalah yang dibawa kerana jihad itu hanya untuk meluaskan kekuasaan".[7]

5.2 Perlaksanaan Deen 

Perlaksanaan ini berjalan dengan melaksanakan semua hukum Islam pada seluruh pengamalan manusia yang sudah pasti merangkumi dalam konsep Islam yang syumul seperti yang telah diterangkan. Dengan ini, masyarakat Islam akan dapat dipimpin dan dibimbing kepada acuan Islam yang dipaksikan dengan keimanan dan ketaatan kepada Allah dan diberikan pembalasan bagi mereka yang ingkar. 

Ini berdasarkan firman Allah :

صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ (١٣٨)[8]

Maksudnya :

138. (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat". 

Bagi memastikan acuan Islam yang harmoni yang membentuk masyarakat Qur’ani maka segala virus kerosakan dan parasit mungkar mesti ditentang dan dihapuskan dalam masyarakat.

Bersambung

Message of Da'wah, Ilmiah, Notes-sharing, AhadithJanuary 16, 2008 11:22 am

Diriiwayatkan oleh Abu Qatadah ra, beliau berkata : Rasulullah saw bersabda :

 
صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية

"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari ‘Asyura’ menghapuskan (dosa) setahun yang lepas" -[Hadith diriwayatkan oleh semua kecuali al-Bukhari dan Tirmudzi, Nailul Authar, 4/323].

* Pentakhrijan Hadith bukan milik penulis blog ini.

Artikel berkaitan:

1) AlFanshuri 1

2) AlFanshuri 2

3) Ustaz Hafiz Mansur 

Di luar topik: Bush ingin melawat Timur Tengah? Kami membantah! 

Ilmiah, Halaqah al-'Ilm, Ulama' 'Amilin, Revivalist, ThoughtsAugust 10, 2007 2:02 pm
 
 
 
 11hb Ogos merupakan antara hari yang paling banyak pengisian program yang pelbagai, namun apa yang termampu adalah menghadiri mana yang paling dilapangkan Allah. Untuk maklumat lanjut berkenaan seminar Tokoh Tajdid Al-Ghazali jemput ke kakiblog.com
 
*Terima kasih kepada CampusDakwah Project. Atas kerjasama para sahabat dari pelbagai komposisi persatuan diharapkan dapatlah kiranya menjernihkan sedikit suasana haru-biru di kampus ini. Arigato. 
Satire, Ideologies, SantaiJune 7, 2007 8:28 am

Pasca Apakah Sekarang Ini?

Ini tulisan santai dan mungkin memeningkan kepala. Dunia blogging atau penulisan maya kelam kabut sekarang. Kita tidak akan menulis kerana orang lain menulis! Kita menulis kerana memang ingin menulis. Rentetan dari lahirnya penulis-penulis blogger yang begitu ramai melahirkan juga berbagai-bagai jenis alur pemikiran yang ditumpahkan secara berbeza melalui teknik penulisan yang berbeza. Ini kerana dunia internet menjanjikan pulangan tiada batas iaitu kebebasan menulis yang dilahirkan berdasarkan pola pemikiran yang berbeza. Tidak dapat tidak kita perlu mengakui penulisan-penulisan kontroversi ini banyak mempengaruhi malah mungkin mengurangkan atau menambah produktiviti masyarakat.

(more…)

IdeologiesMay 15, 2007 5:37 am

 

 

DUNIA DAN FEMINISM

Isu yang kedengaran di Malaysia sekarang selain dari isu-isu yang biasa kita dengar adalah laungan Feminism. Ketika mendengar ke radio sebentar tadi, yang membincangkan conference tentang hak asasi wanita di Amerika Syarikat baru-baru ini menyedarkan kita betapa salahnya fahaman feminism ini, juga betapa sedikitnya suara wanita Islam yang kedengaran membela kebenaran Islam di dalam isu Feminism. Definasi Feminism atau takrifan nya yang boleh kita nukilkan di sini adalah…

" As a set of ideas espoused by a number of people- men and women- to form a movement whose goal is to attain the full equality of women." Contemporary political Ideologies. By Roy C. Macridis. Pg. 245.

(more…)

Message of Da'wah, Ilmiah, Ramadhan Kareem 5:22 am

-Unknown-There is no relation between this pic and the post, mainly for soothing our eyes.
 

Khilaf madzmum atau mamduh?

Bukanlah niat bagi setiap individu pencinta kebenaran untuk berdebat dalam perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan merugikan Ummah. Ya, kita tahu isu apa yang bermain di dunia sekarang. Isu Al-Aqsa dan macam-macam lagi.

(more…)

Ilmiah, Halaqah al-'Ilm, Ulama' 'Amilin, Manaqib 5:18 am


 


Haul Imam Al-Haddad


Dalam kekalutan entah apa sahaja kita di Malaysia ini, tiba-tiba muncul satu majlis ilmu dan zikir yang sangat menyejukkan hati di tengah-tengah kota KL. Alhamdulillah bagi yang dapat turut serta dalam majlis yang sangat barakah ini. Beberapa sahabat juga turut serta. Walau kami tersesat-sesat juga pusing kereta cari jalan. Alhamdulillah juga Masjid BAitul Aman menyediakan pintu masuk yang sesuai dengan Sunnah Rasulullah s.a.w Babun Lin-Nisa’. Yang lansung tidak akan terpandang oleh ikhwah akan kedatangan akhwat. Walau kecil masjidnya namun penuh 2 Dzulkaedah yg lepas dengan kedatangan hadirin dari segenap nusantara. Bacaan Ratib Al-Haddad bersama, Duah, Qasidah Imam Al-Hadad serta tazkirah ringkas juga juga bacaan rentetan manaqib Imam al-Haddad seorang Mujadid kurun ke-11 hijrah. Habibuna Al-Syeikh Imam al-Haddad yang ditakdirkan buta pada umur 4 tahun, namun celik hati da jiwanya. Seorang pengamal Sunnah yang kuat dan pencinta Allah dan Rasulullah yang unggul. Semakin tinggi ilmu dan maqam beliau, makin tunduk dan tawadhu’ peribadinya. Bacaan manaqib ringkas serta tazkirah penyucian jiwa dari Imam Masjid Ba’lawi, Syeikh Afifuddin, Syiekh Tahir dari Indonesia serta Habib Omar Jeilani sangat membekas di jiwa hadirin. Kehadiran Menteri Luar malaysia; Syed Hamid Albar menunjukkan penghormatan kepada wali Allah ini.


(more…)

Ilmiah, Tasawwuf/Purification of Heart, Ulama' 'Amilin, Ramadhan Kareem 5:17 am

 

Fiqh of the Inward: The Fruits of Seeking Forgiveness
Answered by Shaykh Faraz Rabbani

Fiqh of the Inward: The Fruits of Seeking Forgiveness

Someone sent this: The Fruit of Seeking Forgiveness

From your friend..

Hadrat Moulana Shah Hakeem Muhammad Akhtar Saheb (Dâmat Barakâtuhum)

Introduction

This lecture of Hadrat Moulana Hakeem Muhammad Akhtar Saheb (Dâmat Barakâtuhum) took place at the foot of Mount Uhud in Madinah Munawwarah on 2 Muharram 1408 A.H. (26 August 1987). This was a heart-rending discourse filled with Imân. There were several senior Ulama present whose eyes were filled with tears. This is an English translation of the original Urdu that was transcribed from an audio- cassette. May Allâh accept this bayân and make it beneficial for the ummah.

You have heard a hadith of Mishkât Sharîf. Allâh Ta’âla has granted a great favour and procedure to his sinful servants on the tongue of Rasulullâh Sallallâhu alaihi wasallam. Every person is indeed sinful. Mullâ Ali Qâri has explained that the word ‘khattâ‘ used in the hadith means ‘extremely sinful’. What is the cure for this? The cure is excessiveistighfâr and taubah (seeking forgiveness and repenting). The cure matches the illness. Thus Rasulullâh (Sallallâhu alaihi wasallam) said,

"Every human sins excessively and the best of sinners are the repentant ones." (Mishkât-al Masâbîh p.204.)

What are the conditions for taubah and when is it accepted. The Muhaddithîn [the authorities of hadith] have mentioned three conditions for it.

Sheikh Muhiuddîn Abû Zakarriya An-Nawawî has stated (Sharh Muslim lil Imâm An-Nawawi, vol.2 p. 346) that there are three conditions for seeking repentance:

(1) to stop committing the sin. Some people, while continuously staring at unveiled females, say "Lâ howlâ wa lâ quwwata, Moulana, just look at how unveiled these women are!" While they are reading ALâ howlâ", they are also admiring the women. Such a Lâ howlâ is itself sayingLâ howlâ. Such istighfâr is itself in need of seeking forgiveness. Thus repentance is only accepted once a person refrains from the sin.

(2) The second condition is that one should express remorse and regret on perpetrating the sin. The reality of remorse is to regret in the heart. The regret should resemble that of the Sahaba (RadiAllâhu anhum). When they realised that Allâh and His Rasûl (Sallallâhu alaihi wasallam) were displeased with them, then the entire world would become distressful for them and they would remain aloof from their souls. This is from among the rights of love. This should be the effect of displeasing the one who one loves excessively. If one commits a sin, nothing should feel good with the displeasure and wrath of Allâh. One’s children do not seem good. Food and drink do not taste good. One’s home also does not feel good. The whole world becomes straitened in his eyes. He becomes detached from his soul until he performs two rakats of salâtut taubah and repents with tearing eyes in order to please Allâh. To use the bounties of this world while perpetrating a sin or persisting on a sin is contrary to the position of a slave. There was a poet in Badâyu who loved his wife extremely. I present to you the poetry of a poet who describes the rights of love:

.

 

(more…)