
Pasca Apakah Sekarang Ini?
Ini tulisan santai dan mungkin memeningkan kepala. Dunia blogging atau penulisan maya kelam kabut sekarang. Kita tidak akan menulis kerana orang lain menulis! Kita menulis kerana memang ingin menulis. Rentetan dari lahirnya penulis-penulis blogger yang begitu ramai melahirkan juga berbagai-bagai jenis alur pemikiran yang ditumpahkan secara berbeza melalui teknik penulisan yang berbeza. Ini kerana dunia internet menjanjikan pulangan tiada batas iaitu kebebasan menulis yang dilahirkan berdasarkan pola pemikiran yang berbeza. Tidak dapat tidak kita perlu mengakui penulisan-penulisan kontroversi ini banyak mempengaruhi malah mungkin mengurangkan atau menambah produktiviti masyarakat.
Feminism

DUNIA DAN FEMINISM
Isu yang kedengaran di Malaysia sekarang selain dari isu-isu yang biasa kita dengar adalah laungan Feminism. Ketika mendengar ke radio sebentar tadi, yang membincangkan conference tentang hak asasi wanita di Amerika Syarikat baru-baru ini menyedarkan kita betapa salahnya fahaman feminism ini, juga betapa sedikitnya suara wanita Islam yang kedengaran membela kebenaran Islam di dalam isu Feminism. Definasi Feminism atau takrifan nya yang boleh kita nukilkan di sini adalah…
" As a set of ideas espoused by a number of people- men and women- to form a movement whose goal is to attain the full equality of women." Contemporary political Ideologies. By Roy C. Macridis. Pg. 245.
Murtad Mama dan..
Saya bukan forward, tapi benar ingin sampaikan. Biar kita perah peluh pengabadian.. Kita sign petition sama2. di sini..http://www.myislamnetwork.net/portal/
Murtad Mama
Saya cuba mengingati kembali bagaimana saya boleh mengenalinya lantas menghantar email ke kantung emailnya. Tetapi, saya benar-benar tidak ingat permulaannya. Itulah detik pertama saya mengenali seorang insan yang telah murtad. Apabila mula saya mendengar namanya Murtad mama, saya terpegun sebentar. Saya tidak dapat bayangkan hidup insan yang hilang nikmat iman kelazatan hidayah Allah. Sungguh! Saya tidak mampu hidup sedetikpun tanpa Rahmah dan kasih sayang Allah. Saya tidak sanggup memikirkan malah membayangkan apakah akan terjadi pada diri saya andai hilang cinta dan sayang daripada kekasih saya. Ar-Rahman, Ar-Rahim. Walau sesaat, sedetik. Sya tidak sanggup. Begitulah permulaanya.
Lantas, di tengah padang pasir, pijar kinanh kota kaherah tiga tahun atau empat tahun yang lepas, saya memberanikan diri. Pada masa itu, tidak silap saya ke kaherah untuk musim pengajian musim panas atau program Mega sempena kebangsaan, juga saya tidak pasti. Saya menulisnya lebih kurang sekadar bertanya dan memberitahu saya ingin mengenali dan berkawan dengannya. Adakah saya telah hilang akal ingin bersahabat dengan manusia murtad? Tidak! Saya masih waras memkirkan apakah method yang perlu saya gunakan untuk mendekatinya. Saya tidak menyerangnya atau menuduhnya apa-apa. Sekadar bertanya. Dan beliau membalasnya dengan mesra namun beliau agaknya dapat menghidu tujuaan asal, atau barangkali sudah ramai yang mendekatinya, dengan tegas mengatakan hidupnya kini bukan muslim lagi. Akhrinya, itulah email terakhir darinya. Lagipun, memang saya tidak membalasnya, tidak tahu ingin mengatakan apa. Lemah benar waktu itu.
Saya rasa, bukan bukan putus asa manusia yang begitu amat sukar ditebak hatinya kembali beriman kerana sudah membuat keputusan untuk keluar dari iman. Jesteru, apakah yang dapat mengahalangnya melainkan hidayah Allah. Namun, andai hidayah Allah juga telah ditolak, maka jadilah hati-hati itu, buta, gelap dan tidak nampak kebenaran lagi. Itu akhir kisahnya dengan saya.
Azlina Jailani
Bagaimana saya mengenali pula insan yang mencetus kontrversi di Malaysia sekarang. Yang mencipta ketidaktenteraman bagi khalayak Muslim sekarang. Pada satu masa, lebih kurang dua setahun lepas, saya mendapat makluman yang terdapat satu websites untuk Murtad Malaysia. Benar-benar gusar. Risau metah. Lantas, saya memasukinya. Amaran: Andai anda ingin menceburkan diri di dalam site-site sebegini, anda harus sedia sepenuhnya dari sudut spiritual dan mental.
Betapa ramainya, di antaranya juga tersenarai nama Murtad Mama+ Atheis tidak silap saya. Macam-macam aliran yang dianuti mereka. Free Thinker. Berbagai-bagai. Saya membaca satu persatu kisah-kisah mereka, terdapat juga kisah daripada mereka yang berada di luar negara. Bila memasuki forum mereka, saya terkejut. Terdapat ramainya manusia-manusia Muslim yang hanya dibenarkan aktif di dalam forum tersebut dengan syarat untuk berkawan dengan mesra dan meyokong atau tidak menyatakan apa-apa. Syarat utama menjadi ahli forum.
Saya hanya termanggu di skrin computer. Pada masa itulah saya membaca ahli-ahli forum antaranya Murtad Mama, menyuruh sekian ahli forum samada Muslim atau tidak mendoakan agar kisah Lina Joy mendapat pengadilan sewajarnya daripada mahkamah Syariah. Kemudian, rasa saya beliau gagal menukar namanya kepada Christian. Maka Alhamdulillah. Saya tidak lagi mengunjungi site-site tersebut. Terpikul beban tugas yang lain. Adakah saya tersilap pada masa itu, dengan tidak mengunjungi lagi forum itu? Mungkin.
Hinggalah saya menghadiri salah satu program yang paling saya suka selama saya berada di kampus ini. Belajar tentang Bible, malah saya membelinya, mengkajinya belajar daripada pendakwah-pendakwah terkenal. Kami duduk bersama, menngubar isi-isinya yang kontradaksi di antara satu sama lain. Belajr tentang bagaimanakah pendekatan terbaik untuk mendekati non-Muslim. Bersama anak murid Dr Zakir Naik; Shah Kirit. Juga Bro. Lim Joi Soon dan Bro. Engku Fazli tidak silap saya. Seingat saya, tidak ramai pelajar melayu menghadirinya yang saya rasakan satu kerugiaan yang amat sangat. Selepasdetik itu, setelah diterjah dengan soalan-soalan daripada Bro. Lim Joi Soon, kami berasa tersentak, malah amat takut memikirkan betapa beratnya beban dakwah ini.
Antara pesan daripada Engku FAzli, andai mahu memulakan dakwah kepada mereka-mereka yang non-Muslim, kena berani malah kena tekal menghadapi tohmahan-tohmahan mereka terhadap Rasulullah s.a.w. Pada masa itu, saya hairan malah tidak berapa faham bagaimanakah gambaran sebenar apa yang beliau maksudkan. Di antara lain, andai ingin memulakannya, mulakan dengan soalan-soalan bukan bersikap defensive, bermula dengan internat dahulu baru berdepan.
Antara lain juga, yang membuat hati kamu semua bergetar; Bro. Lim Joi Soon yang bertanya: Apa yang kamu lakukan? Tidak sampaikan risalah yang sangat indah dan benar dari Allah. Ayah saya mati di dalam kufur. Semua salah siapa?
Di susuli pula selepas itu, menghadiri kelas wajib Muslim Scholarship in Comparative Religion, yang saya juga benar-benar suka. Pada masa itulah saya memberanikan diri memasuki bebarapa forum dakyah Christian dan free thinker forums, yang saya salahkan diri sendiri kerana tidak mencatat urlnya. Mula-mula saya masuk ke dua forum Chritianity sebagai unknown person. Yang tidak tahu identitinya. Tiada masalah. Namun, apabila memasuki forum freethinker, saya benar-benar tercabar. Membaca segala isi-isi ahlinya benar-benar menguji ketahanan iman dan diri. Jika belum mapan kekuatan berhati-hatilah. Bukan sedikit celaan, tohmahan, kejian terhadap Allah, Al-Quran, Rasulullah s.a.w yang dituduh dengan seribu satu cacian. Mahu berhujah dengan mereka. Be rational dan objective.
Mereka perlukan hujah yang rasional dan saintifik. Mereka berbeza, kerana pada asalnya saya sangka mereka itu Christian atau agama lain. Tetapi, mereka sebenarnya adalah Athies!
ATHEIST
Itu yang payah, dan itu yang susah dan mencabar. Saya cuba mengumpul hujah sekadar yang saya mampu. Saya juga cuba bertanya sedikit-sedikit. Namun, perlu benar-benar kuat dan saya belum mempunyai kekuatan yang benar-benar mapan untuk terus aktif di dalam forum sedemikian. Namun agak lama juga saya menulis apa yang saya mampu dan tahu. Berdasarkan ilmu saya yang cetek ini. Saya ingat metah, saya di dekati oleh seorang ahli yang namanya ” Always Kafir” yang secara peribadi mengajak saya keluar dari Islam, kerana katanya dia kasihankan semua Muslim dan ingin melepaskan kita daripada kesengsaraan menjadi Muslim dan macam-macam lagi. Tercetus juga tawa saya, namun saya biarkan dia.
Begitulah, setelah beberapa lama, akhirnya saya berhenti. Saya akur pada kelemahan diri sendiri, yang akhirnya saya akan menangis sahaja apabila saya melihat mereka mencaci Rasulullah s.a.w. Juga terpaksa tunduk pada desakan masa yang menuntut saya mengutamakan yang utama. Saya berhenti sebentar. Saya digesa oleh salah seorang ahli Muslim untuk tidak keluar atau berhenti, kerana katanya, sejak mereka menceritakan tentang Islam, ramai juga Christian yang mula berminat dengan Islam. Saya berasa sangat terharu dan tersentuh kerana memikirkan usaha kerdil saya yang tiada apa-apa itu dan betapa hebatnya tekanan dakwah dan serangan kepada Iman dan Islam. Namun, saya terpaksa juga dengan keputusan saya.
Hingga kini, saya tidak pernah lagi ke forum itu. Saya lupa apa URLnya yang dulu terlekat erat di dalam minda saya. Mungkin suatu hari nanti. InshAllah. Yang pasti, , kita harus bersedia malah tahu teknik dan benar-benar tawajuh pada Allah, memohon kekuatan. Mereka Atheis adalah yang paling payah.
Pertama, mereka menggunakan hujah daripada tafsiran-tafsiran Orentalis.
Kedua, seperti pensyarah saya pernah katakana. Beza diantara mereka yang mencari kebenaran dan yang tidak adalah, mereka yang mengkaji Islam atau sesuatu aliran hanya untuk mencari satu objektif yang telah ditetapkan apakah keputusannya adalah sangat berbeza. Kerana mereka yang menetapkan the result of this research will be…” this and that” tidak akan menemui kebenaran malah andai ada pun, mereka akan menutupi mata dan hati mereka. Namun, ia tidak menghalang kita mendekati mereka, yang pasti kena caranya.
Shaykh Khalid Yassin
Saya mengenalinya lewat cd yang diberi tonton oleh sahabat dari Indonesia.yang dipinjamnya dari sahabat Palestin. Sahabat saya juga dahulu, sering mencari hujah bila berdepan dengan aliaran-aliran yang pelbagai. Saya melihat bagaimana Syakh Khalid Yassin, an African American berbicara dengan begitu menarik sekali di dalam satu forum” The Purpose of Life” di Australia. Tetapi, apa yang membuat saya terpegun, bagaimana satu soalan datang dari seorang young lady ” I want to revert to Islam, right here and right now, but how do I want to do about the scarf.?” Jawap Syakh Khalid Yasin. Don’t worry about the scarf sister, what important is the belief, the shahadah.”
Di akhir program, apabila beliau memanggil the young lady, yang mengejutkan adalah yang ke depan adalah 6 orang. Bayangkan betapa hebatnya kuasa Allah! Kami semua ingatkan hanya seorang.
Rasa bersyukur dengan nikmat Iman dan betapa tersentuhnya saya melihat mereka mengucapkan kalimah Islam. Semoga Allah sentiasa memelihara mereka dan menetapkan iman mereka. Shaykh Khalid Yassin juga memesan selepas itu, yang sesiapa sahaja yang terlibat dengan mereka harus sentiasa bersama dengan mereka. Jangan lepas tangan.
Di dalam detik-detik kritikal begini, saya sekurangnya lega, betapa walau ada manusia yang lari dari nikmat Iman, namun lebih ramai yang berpusu-pusu masuk ke dalam Iman. Takjub juga bagaimana ramainya manusia luar dari Islam memasuki Islam, kita yang hidup di dalam nikmatnya Iman ini ingin keluar. Moga-moga Allah tetapkan hati yang hanya di hujung jari Allah di dalam mekar iman, dan yaqin.
Bila saya cuba search di Internet akan siapakan dia Syiekh Khalid Yassin, saya cuba bersikap skeptical. Macam-macam yang dikatakan oleh mereka. Saya telah mendengar beberapa cd, dan tohmahan mereka tidak benar. Benar, sebagai manusia, terdapat beberapa pendapat yang boleh diterima atau ditolak. Namun, as a whole, apa yang mereka katakana adalah tidak tepat sama sekali. Dia bukan extremist, jauh sekali memaksa dan petikan-petikan ucapannya hendaknya didengar secara keseluruhan. Namun, kuffar tidak pernah duduk senang dengan tersebarnya Islam.
Kini, setalah tersentaknya sekian khalayak manusia di Malaysia dengan isu terbaru ini, memaksa kita mengkoreksi diri sendiri. Benar, kita tidak akan benarkan atas nama pemahaman baru Artikel 11 itu mendapat tempat di dalam perlembagaan. Kita tidak rela usaha dalang-dalang di sebalik kisah Azlina Jailana/ Lina joy ini berjaya di dalam meresap masuk ke negara kita. Yang di belakangnya adalah United Nation dan sekumpulan peguam di US, juga beberapa pertubuhan yang KONONnya hak asasi manusia. Sila rujuk www.becketfund.com.–>
Makluman ini telah dimaklumkan sendiri oleh Peguma Kamar Ainiah Kamaruzzaman, saya mendengarnya sendiri pada 27hb Julai yang lepas. Sejak bila pula mereka risau akan hak asasi manusia di dunia? We never touch the right of Christian and Jewish if they can’t change their religion. If it written in their scared law. In Christian, they can’t change their religion but they didn’t have the law, the written law. As for Muslim, we have the law and it was written in the sacred sources of Islam. Al-Quran and Sunnah. They have created, gathered, planned and have cause public insecurity and disharmony in the state. This is what Dr. Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Pawanchek Marican and Prof. Razali Nawawi has indicated in the talk in the previous Saturday.
Namun, setelah kita garap sekian kekuatan menghalang usaha mereka, kita perlu melihat diri kita. Apakah yang perlu kita belajar dan muhasabah. Betapa kejatuhan Iraq dahulu pada tangan tentera Tatar yang tiada negara, kekejaman Israel juga pada Palestin, mereka juga tiada negara. Begitu juga Kosova dan lain-lain lagi.
Seperti yang ditulis di dalam karangan yang ditulis oleh Dr. Muhammad bin Abdullah di dalam Majalah Ummah pada Julai, 1982 yang menjelaskan juga apa yang ditulis oleh Dr. Yusuf Qardhawi bahawa Zewemmer pernah berkata: ” Kami tidaklah berharap ummat Islam menganut Kristian, tetapi kami akan terus berusaha untuk mengeluarkan orang Islam dari agamnya.”
Sebenarnya kita telah lama diserang dengan peperangan pemikiran yang jauh lebih hebat Berbagai-bagai tusukan tajam yang telah mencederakan anak-anak kita. Mencederakan dengan parah sekali iman, akhlak dan peribadi mereka. Kita membiarkan, malah berpura-pura kisah seketika, kemudia lupa. Itulah kita, kala angina menderu hebat, kita melaung-laung.
Kemudia senyap, sunyi kembali dengan tidur dan lalai kita. Kita lupa akan tugas menyampain Risalah. Agar keindahan dan pusaka yang diwarisi oleh Rasulullah s.a.w akan dinikmati bersama-sama insan lain. Kita simpan khazanah berharga kita, di dalam laci bilik kita. Kita malas, hanya untuk bercerita tentang Islam, walau hanya dengan teman sepejabat. Kita mencari alas an yang pelabagai di dalam usaha mengurangkan bahan bakar api nereka.!
Asrahgfirullah. Termasuklah saya.
Dr. Abdullad Nasih Ulwan juga ada menyebut di dalam kitabnya, ” ‘Aqabat Az-Zawaj”. Paderi Zuwaimer juga berkata di dalam Muktamar Missioonary di Al-Quds: ” Kami sediakan satu generasi yang tidak mengetahui hubungan mereka dengan Allah di negara-negara Islam. Bukan setakat ini sahaja, bahkan mereka lansung tidak ingin mengetahuinya. Ekoran dari itu, akan lahir satu generasi Islam yang tunduk kepada penjajah, tidak menghiraukan tanggungjawab, suka berehat dan bermalas-malas, memuaskan nafsu dan mereka melakukan apa sahaja dengan tujuan memuaskan nafsu syahwat mereka.”
Kita benar-benar takut andai menjadi calon api neraka. Nauzubillah. Kita telah di beri iman, dan saya tidak akan berpatah balik. Kita telah menyintai yang Esa, dan kita tidak akan memilih selainNya. Kita akur dan akui kelemahan sendiri, namun kita tidak akan berputusa asa. Ummatan Wasato. Kita ingin mendapat sayafat Baginda s.a.w dengan menunaikan jerih perih baginda. Walau kita tahu kita bersalut noda dan dosa. Namun aqidah ini, pokok utama. Persoalan Tauhid, satu taklif bagi semua manusia mengenal Allah, percaya dan beriman dengan NYA. Itu tugas, kita, menyeru pada Tauhid. Kita diberi cahaya, biarlah ramai yang merasa indah cerlangnya ia.
Yang pasti, kita tidak mahu bercakap dan menulis sahaja. Saya ingat pesan Dr Mumtaz, pensyarah yang saya kagumi. Islamic Movement has to be objective and creative. Action Oriented.
Saya berpegang dengan itu dan kita Cuba sedaya usaha kita yang kerdil, andai tidak pun, kenalkan anak-anak kita, siapa Allah, siapa pencipta sekelian alam. Mengapa kita wajib menyembahNya, menyintainya sepenuh jiwa. Mengapa dan kenapa. Andai tidak, hanya itupun dengan masak benar sudah memadai.
Saya berharap, agar Puan “Murtad Mama’ membaca tulisan saya ini. Please believe that there is not everything in this world can be explained by science. Believe me. And for Mala, hopefully, you will read this too. take your time to find the truth and i will alyas be behind you. InshAllah with Allah Wills, Bless, Mercy and Love we will be together in the heaven. Amin.
Saya yang masih belajar.
Weil China 1
Ketika menemui gadis Turkistan di masjid. Rasa gembira amat dan terfikirkan sesuatu ..ana termanggu dan terfikirkan novel ini…
Semasa kami belajar di negara orang dulu, jarang-jarang kami meminati penerbitan mereka yang berunsur sastera, melainkan kitab-kitab agama, surat-surat khabar yang sampai sekarang masih disimpan dan tidak dibenarkan digun walau untuk melapik meja. Juga majalah-majalah yang harganya seringgit; segeneh. Yang kononnya ingin belajar bahasa bangsa itu. Lucu bila dibayangkan ketika hari Jumaat, kami akan mencuri-curi solat Jumaat di masjid yang dipenuhi lelaki dan perempuan yang kami cintai kerana Allah. Kami akan berpusu-pusu di lautan jemaah wanita. Mulanya kami ingatkan ianya masjid ikhwan Muslimin. Namun bila diingatkan kembali rupanya ianya masjid neo-salafi! Kami akan membeli kaset-kaset rakaman khutbah jumaah.Yang kebanyakkan berbaur tazdkirah tentang hati dan kehidupan. Entahlah kami pun tak ingat bagaimana kami boleh tergerak ke sana..
Usai solat kami akan menujur ke gerai buku, membeli majalah-majalah yang kami suka, dan mengusungnya ke rumah sewa kami. Oh ya! Namun ada juga satu buku terjemahan oleh pejalar Malaysia yang amat membekas di hati kami. Weil China. Buku itu, sekalipun biasa sahaja pada luarannya namun memberi makna yang bererti buat kami. Jangan salah anggap, ianya bukan buku cinta. Ianya buku tulisan hasil jerih wanita turki bernama Amina.
Andai kami membaca testimoninya, air mata kami akan mengalir deras malu pada diri sendiri! Apa yang telah kami lakukan untuk agama kami sendiri? Tiada apa yang boleh dibanggakan di hadapan Allah nanti. Entah di lapisan manakah agaknya kami berada nanti di kalangan jutaan manusia yang lebih soleh dan tinggi taqwanya di sisi Allah..
Entah kami ni dapat tidak melihat zat Allah yang agung..Siapalah kami ini..Namun kami takkan putus asa..Ya ! Tidak putus asa pd rahmah Allah. Kearana itu kami masih hidup.
Weil china
Wanita Turki itu juga yang telah menulis buku " Maria " yang popular mirip kisah Isabella anak gadis paderi yang telah memeluk agama Islam. Amena yang tegar menulis dengan mata pena hasil cinta pada Allah dan Islam. Tulisannya yang mebuat lelaki soleh berfikir dan tidak lena malam. Ini benar. Juga buat kami menangis membaca kisahnya yang kadang-kadang ayatnya penuh perasan halus, juga kadang-kadang keras membentak ideology barat. Utama, tulisannya bukan memancing minat pembaca, Ianya terbit dari hati yang tulus dan kisah. Oleh itu, ia menresap jauh ke lubuk hati kami.
Kami merasa aneh bagaimana tajam dan halusnya menusuk hati kami, hingga mebuatkan kami teresak-eask membayang penderitaan saudara-sauadara kita yang di zalimi oleh ideology bertunjangkan atheis walaupun namnanya berbeza.
nai
me
Mari kita lihat apa kata Muslimah bernama Aminah Syenlikoglu yang kami kagumi ini.
" Pembaca yang budiman. Saya di antara salah seoarang wanita Muslimah yang kecewa kerana tidak menunaikan tanggungjwab saya terhadap saudara-saudara Islam di seluruh republic bangsa-bangsa Turki. Dari itu novel ini saya persembahkan sebagai tanda mengorak langkah di dalam usaha menunaikan tanggungjwab saya terhadap suadara-saudara Islam saya di sana sebagai seorang yang bergelar Muslimah."
" Semua jenis penyeksaan adalah natijah Atheis walau namanya berbeza "Kata Sasterawan Syule Yuksel Syenler.
" Saya membaca ‘ Weil China’ karya puan Aminah dengan penuh perasaan. Kami semua mengenali puan Aminah, seorang yang sentiasa prihatin terhadap permasalahan masyarakat dan pihak berkuasa serta dirinya sendiri. Beliau sering berkata " Apa yang mesti aku lakukan terhadap mindaku ini dan apa yang boleh aku lakukan padanya"
Juga kata-kata sasaterwan Turki- Husen Ozmez
" Puan Aminah telah menghasilkan sebuah novel yang mampu membuatkan saya tidak dapat tidur sampai ke pagi. Saya mula dapat selami apa yang dialami oleh orang-orang Islam daripada segala jenis penyeksaan sewaktu membaca novel " Weil China" ini sehinggakan air mata tidak dapat saya tahan sewaktu menjiwai patah-patah yang keluar dari mulut imam sambil airmatanya berlinangan mengalir ke pipi kerana terlalu teruk diseksa." Aku akan datang kepadamu wahai Rasulullah."
Saya menangis beberapa detik kerana terlalu sebak sambil berdoa memohon ke hadrat Allah agar mematikan saya pada jalan yang mulia ini setelah saya dapat menuntut bela untuk golongan lemah yang dizalimi.Rasa malu pada diri sendiri mula menyelubungi diri lebih-lebih lagi terasa malu kepada roh Islam saya sewaktu meneliti baris-baris ayat di dalam novel ini. Ianya sebuh kisah yang amat memilukan, bukannya sekadar sebuah cerita biasa yang dihasilkan melalui khayalan semata-mata bahkan sebuah rrealiti. Puan Aminah menggunakan gaya bahasa yang menarik sewaktu mempersembahkan kisah di dalam novel ini. Dari sudut bahasa beliau menggunakan bahasa yang lancer seperti air sungai, ada kalanya menggunakan gaya bahasa yang panas membara seperti bara api.
Kisah yang dipamerkan oleh beliau dalam novel ini sunyi daripada benda yang dibuat2 bertujuan memancing minat pembaca………."
bersambung
me

