March 19, 2008

Keranamu Ya Rasulullah

Allahumma Solli ‘Ala Muhammad!

MAJLIS HADITH SEMPENA MAULID NABI S.A.W :

TARIKH    :    22 MAC 2008 ( SABTU - bermula 3.00 ptg ) 

TEMPAT   :     MADRASAH  AL HASANIAH 

                      KG BUKIT SEMBILAN,                                              

                      KM 35 JALAN SEREMBAN-TAMPIN

                      71350  K0TA    NEGERI SEMBILAN             

            Dengan nikmat Allah swt , pada tahun ini Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS)Sayyiduna Muhammad sawUstaz Muhammad Fuad bin Kamaludin al Malikial Allamah al Muhaddith Dr. Mahmud Said Mamduh al Husaini menyambut secara besar-besaran majlis Maulid Rasul Teragung, dengan menghidupkan konsep penghayatan Hadith Nabi. Bagi menjayakan majlis kelahiran insan terbaik Nabi Muhammad saw Penasihat YSNS, berusaha mempersembahkan majlis terbaik dengan berbesar hati menjemput gurunya, seorang pakar hadith pada zaman ini, bagi memberikan pengisian yang terbaik dalam majlis tersebut. Semoga kehadiran beliau lebih memberkati dan melimpahkan fuyudhat ke dalam majlis yang akan dilangsungkan.

            Dalam majlis ini, beliau akan membaca kitab hadith karangan Mufti Syafi’i di Makkah al Mukarramah, al Imam al Allamah al Musnid Syeikh Muhammad Said Sunbul al Makki (wafat 1175 H) yang bertajuk al Awail al Sunbuliyyah, yang mengandungi 43 buah hadith terawal dari 43 buah kitab hadith, dan seterusnya berkenan untuk mengijazahkannya. Menjadi tradisi di Makkah al Mukarramah kitab ini dibaca dan mula-mula diijazahkan sebelum pembacaan dan pengijazahan kitab-kitab yang lain.

             Beliau juga berkenan untuk mengijazahkan hadith Musalsal Memakai Tasbih yang dikenali dengan Musalsal Munawalah al Subhah. Semoga kaum Muslimin dan Muslimin tidak melepaskan peluang keemasan mengutip segala kebaikan, nafahat dan barakat demi meraih kebahagiaan dunia dan akhirat.

TENTATIF SAMBUTAN :

3.00 ptg   :   Pembacaan dan Pengijazahan Hadith dari kitab al Awail al Sunbuliyyah

                   Oleh :  al ‘Allamah al Muhaddith Dr. Mahmud Said Mamduh al Husaini

4.23 ptg   :   Solat Asar 

              :   Pengijazahan Hadith Musalsal bi al Subhah

                   Oleh :  al ‘Allamah al Muhaddith Dr. Mahmud Said Mamduh al Husaini

6.30 mlm  :   Minum Petang

7.24 mlm  :   Solat Maghrib

              :   Bacaan Maulid al Daiba’ei

8.32 mlm  :   Solat Isya’ 

              :    Ceramah Maulid Nabi SAW

                   oleh   :   al ‘Allamah al Muhaddith Dr. Mahmud Said Mamduh al Husaini

10.00 mlm :   Makan malam dan bersurai 

PENGENALAN RINGKAS :

AL ALLAMAH AL MUHADDITH DR. MAHMUD SAID MAMDUH AL HUSAINI

         Beliau merupakan seorang ulama’ terkenal di Mesir yang lahir pada 10 Mac 1952. Bermazhab Syafi’i dan berpegang dengan aqidah yang digariskan oleh Imam Abu Hasan al Asy’ari. Beliau juga adalah seorang ulama’ Ahli Sunnah pada hari ini yang banyak mempertahankan aqidah Ahli Sunnah dari serangan musuh-musuh.

        Beliau telah berjaya memperolehi Ijazah Kedoktoran dari Universiti Muhammad ke-V Ribath pada tahun 2005 dan telah mempelajari ilmu syariat dari ramai ulama’. Di antara gurunya yang terkenal ialah:

Maklumat lanjut di http://yayasansofa.blogsome.com

February 6, 2008

Taman-taman syurga


Jadual Program Ziarah Habib Umar di Malaysia

Alhamdulillah, seorang ulama ulung telah memasukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang akan dilawati beliau apabila beliau mengadakan siri kunjungan ke Asia Tenggara. Sungguh bertuah bumi Malaysia kerana sering diziarahi oleh para ulama. Ulama yang aku maksudkan adalah al-Da’ie illaLlah al-Musnid al-Haafidz al-Murabbi al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Asy-Syeikh Abu Bakar bin Salim al-Husaini al-Hadrami, pengasas Maahad Darul Musthafa, Tarim, Hadramaut, Yaman.

Maka Abu Zahrah menyeru kepada para pengunjung blog al-Fanshuri dan Majlisilmu untuk kita sama-sama menghadiri majlis-majlis yang bakal diadakan sempena kunjungan Habib Umar حفطه الله ke Malaysia. Rebutlah peluang keemasan ini. Tidak rugi meluangkan sedikit masa untuk menghadiri majlis bersama ulama.


Tersebut di dalam kitab Irsyad-ul ‘Ibad oleh asy-Syaikh Utsman bin Shihabuddin al-Funtiani رحمه الله تعالى , pada halaman 4: Bersabda Nabi صلى الله عليه وسلم:

عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الجكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر

Yakni [artinya] lazim atas kamu dengan bersama duduk [bersama] ulama’ yang berbuat ‘amal dengan ‘ilmunya dan menuntut mendengar perkataan auliya Allah yang mempunyai ilmu haqiqat, maka bahwasanya Allah Ta’ala menghidupkan Ia akan hati yang mati dengan nur hikmah, (berkata qaum [sufi] seorang berhimpun bersama-sama ahlullah mendapat ia kelakuan yang mulia dan lagi sebenar memberi manfaat dengan berhimpun bersama-sama mereka itu terlebih memberi manfaat daripada lafaz lidah) maka bahwasanya Allah menghidupkan Ia akan hati yang buta dengan nur ilmu yang memberi manfaat seperti menghidupkan Ia akan bumi yang mati dengan air hujan.

Asy-Syaikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani رحمه الله تعالى, di dalam kitabnya Nasha-ihul Ibad fi bayani al-Faadzi al-Munabbihaat ‘alal Isti’daadi Li Yaumil Ma’adi pada halaman 4, beliau telah memberi penjelasan bahwa yang dimaksudkan dengan:

Ulama’ ialah orang-orang ‘alim yang mengamalkan ilmunya
Hukama’ ialah orang-orang yang mengetahui/mengenal zat Allah Ta’ala, yang betul dan tepat dalam perkataan dan perbuatan mereka.
Hikmah itu adalah ilmu yang memberi manfaat

Seterusnya asy-Syaikh Nawawi al-Bantani رحمه الله تعالى mengklasifikasikan ulama’ itu kepada 3 bahagian:

Ulama’ yang ‘alim tentang hukum-hakam, mereka adalah ashhab al-fatwa, yakni mempunyai hak untuk memberi fatwa
Ulama yang ‘alim [ma’rifat] akan dzat Allah sahaja. Mereka ini adalah golongan hukama. Bergaul, berdamping dengan mereka menjadikan akhlaq terdidik, kerana dari hati mereka bersinar cahaya ma’rifatullah dan terbit dari sirr mereka cahaya keagungan Allah.
Dan ulama yang memiliki kedua-dua shifat diatas, mereka itu kubara’. Maka bergaul dengan ahlullah mendatangkan ahwal yang mulia. Lirikan mereka lebih mendatangkan manfaat dari daripada ucapan mereka. Dan barangsiapa yang lirikannya memberi manfaat kepadamu, maka bermanfaatlah kata-katanya, dan barangsiapa yang lirikannya tidak memberi manfaat kepadamu, maka kata-katanya tidak akan mendatangkan manfaat.

Selanjutnya asy-Syaikh Nawawi al-Bantani رحمه الله تعالى عنه membawakan sepotong hadits:

سيأتي زمان أمتي يفرون من العلماء والفقهاء فيبتليهم الله بثلاث بليات: أولاها يرفع الله البركة من كسبهم، والثانية يسلط الله تعالى عليهم سلطان ظالما، والثالثة يخرجون من الدنيا بغير ايمان

Artinya: Akan datang satu zaman atas umatku dimana mereka lari [menjauhkan diri] daripada [ajaran dan nasihat] ulama’ dan fuqaha’, maka [akibatnya] Allah Ta’ala menimpakan tiga (3) bencana atas mereka iaitu yang pertama, Allah mengangkat (menghilangkan) keberkatan dari usaha mereka, kedua, dikuasakan penguasa yang dzalim atas mereka dan ketiga, mereka keluar dari dunia [mati] tanpa membawa iman.

[Kitab Irsyad-ul ‘Ibad oleh ash-Shaikh Utsman bin Shihabuddin al-Funtiani رحمه الله تعالى adalah merupakan sebuah kitab terjemahan dari kitab al-Munabbihat ‘alal Isti’dat li Yaumil Ma’ad oleh Ahmad ibn Hajar al-Asqolaani رحمه الله تعالى . Kitab al-Munabbihat ‘alal Isti’dat li Yaumil Ma’ad juga telah diberi syarah oleh ash-Shaikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani رحمه الله تعالى (yang digelar oleh ash-Shaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani رحمه الله تعالى sebagai Imam Nawawi ats-Tsani, ertinya Imam Nawawi Yang Kedua) didalam kitabnya Nasha-ihul `Ibad.]

Jadual selanjutnyadi www.majlisilmu.com 

__________________

Entri ini sememangnya 100% ‘kopi pasta" dari al-Fadhil Sidi Abu Zahrah di Majlisilmu.blogspot.com.

"Once In A Blue Moon", Ulama’ yang sangat dicintai akan menziarahi kita. Tika umur masih ada, sama-sama kita mengambil peluang ini. Ibarat pengembara yang carik pakaiannya, kita sangat perlu kepada angin yang mendamaikan bagi mendakap kedinginan dunia, menepis debu di hati, dan carik kain seorang kembara di safar dunia.

September 7, 2007

Meriahkan Memasuki Madrasah Ramadhan

SYEIKH NURUDDIN AL BANJARI DI UIA




Assalamualaikum wbth. InsyaAllah, Syeikhuna Syeikh Nuruddin Al banjari Al Makki akan berada di UIA pada september 2007 ini. Untuk maklumat lanjut, semak jadual di bawah..

Program : ” AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN KAREEM WITH SYEIKH NURUDDIN AL BANJARI “
Date : 8 September 2007 ( saturday )
Time : 8am - 10 pm

TENTATIVE PROGRAM :-
morning session :

8.00am - Arrival of participants
8.30am - Arrival of VIPs
8.45am - MC begin
9.00am - ‘ Pengijazahan hizb Nawawi ‘
9.30am - Kitab ‘ kumpulan Hadith Nabawi riwayat 10 sahabat ( jilid 2 )
10.30am - Break
11.00am - Kitab ‘ kumpulan Hadith Nabawi riwayat 10 sahabat ( jilid 2 )
12.00pm - Question & Answer session

evening session :

5.15 pm - Muslimat session ( Kitab ‘ haidh, nifas & istihadhah’ )
6.30 pm - Question & Answer session
6.45 pm - session closed

Night session :

7.30 pm - maghrib prayer
8.00 pm - ‘ maulid & Qasidah ‘
8.40 pm - isya’ prayer
9.10 pm - Talk on ‘ Ahlan wasahlan ya ramadhan kareem’
10.30 pm - Souvenir giving, closing remarks and Disperse.

Semoga Allah memudahkan segala urusan para ulama’ tidak kira dimana mereka berada dan Allah memelihara mereka daripada hasad orang - orang yang hasad dan dari dengki orang - orang yang dengki.

~ MAY ALLAH REWARD US WITH HIS REDHA AND MAGHFIRAH ~


Ehsan dari Saudari UmmulBarakah.blogspot.com

August 10, 2007

Seminar Imam Al-Ghazali

 
 
 
 11hb Ogos merupakan antara hari yang paling banyak pengisian program yang pelbagai, namun apa yang termampu adalah menghadiri mana yang paling dilapangkan Allah. Untuk maklumat lanjut berkenaan seminar Tokoh Tajdid Al-Ghazali jemput ke kakiblog.com
 
*Terima kasih kepada CampusDakwah Project. Atas kerjasama para sahabat dari pelbagai komposisi persatuan diharapkan dapatlah kiranya menjernihkan sedikit suasana haru-biru di kampus ini. Arigato. 

Malam yang barakah lagi bermakna

 
 
 
 
Qod Kafani ‘Ilmu Rabbi.
 
Sesungguhnya Allah dengan kemuliaan dan kebesaranNya telah memberi nikmah dalam sudut yang pelbagai hanyasanya kita jarang-jarang mensyukuri. Di antara nikmah Allah yang tiada taranya adalah rasa cinta yang tiada batas yang dikurniakan pada kita.
 
Rasa ketenangan luhur apabila dapat bertemu dengan Ahlul Bayt Nabi saw lagikan terrasakan merupakan antara nikmah terbesar di akhir zaman ini. Kita punya keluarga untuk ditaati, kita punya pasangan untuk memenuhi kehidupan hingga yaumul akhirah nanti, kita punya teman yang mengisi. Namun, nikmah bersama awliya’ Allah WaSolihin merupakan penenang jiwa yang tidak terungkapkan. Kita tidak dapat bertemu muka dengan kekasih Junjungan Besar s.a.w, juga sahabat-sahabat Baginda saw yang mulia lagi dirindukan. Namun, kita punya ulama’ yang menjadi pewaris Nabi buat penyuluh jalan penerus Risalah dakwah dan kalimah Tauhid. Mereka itulah pengubat rindu pada Junjungan Besar s.a.w. Mereka itulah yang mententeramkan puing-puing rindu pada salafuna soleh. Mereka itulah yang punya jiwa bersih hingga air mata hadirin mengalir tanpa henti. Hangat dan mendamaikan.
 
Malam bersama Habib Shatiri baru-baru ini meyaksikan alunan merdu dan syahdu Maulid Ad-Daibaie  menceritakan akan kerinduaan kepada Rasulullah s.a.w juga qasidah-qasidah Imam Hadad yang menghamparkan munajat kepada Rabbul Jalil. Semua manusia, hamba Allah yang hina lagi berdosa walau sebagaimana pun kita, pasti amat akan merindukan ketaatan maksima, mengharapkan keampunan dan penyesalan dosa-dosa. Juga harapan tanpa henti dan pergantungan mutlak hanya kepada Allah semata. Terima Kasih ya Allah, atas apa yang telah dikurnia pada kami. Ampunilah kami atas dosa-dosa kami yang lebih banyak dari pepasir di pantai. Lebih luas dari buih di lautan. Ampunilah kami.
July 26, 2007

Majlis Ilmu

By xenorcb on Flickr

1) Kedatangan Habib Salim Abdullah B. Umar As-Syathiri di Majlis Ilmu

2) Dr Alan Abdul Haq Godlas : Maklumat lanjut  di Darwisy

3) Makan Malam Bersama Keluarga Shuhada’ Palestin di Teh Zaharah

4) Talk dan Da’wah Workshop bersama Saudara Idris Tawfiq- Bekas Pendakyah Roman Katholik.

Tempat: Main Audi Engin pada 26 ( Malam selepas Maghrib ) dan di Masjid IIUM 27 Julai 8.30 pg- 5.30 petang.

May 15, 2007

Edisi 1: “Madrasah Salaf: Kebangkitan, Keperluan & Praktikal”

Terjemahan kertas kerja-Syekh Yusuf Bakhour
Seperti yang telah dibentangkan oleh Syeikh Yusuf AlHasani semasa Ijtima’ Ulama’ Nusantara di Jenderam baru-baru ini.

 

(more…)

Ijtima’ Ulama’ Pondok seNusantara 2

 

 

  • Sekadar sebaran makluman awal, agar semua dari kita yang berminat dapat menyusun masa awal dari sekarang. Pertembungan jadual pasti akan berlaku kerana pada masa tu sebahagian kampus bercuti, program keluarga juga majlis Sambutan Maulid di tempat lain. Jesteru, inshAllah rancanglah masa kita dengan bijak agar hikmah barang kehilangan mu’min dapat kita kutip semampunya dan meraikan hak-hak disekelilng kita dengan sebaiknya.
  • Persidangan pertama dalam bulan ini yang telah lepas telah bertembung dengan program Syeikh Nuruddin di UIA, oleh itu tidak semua dari kita dapat menghadirinya. InshAllah bagi yang belum, sama-sama kita rebut peluang ini.
  • Jasa Ulama’ Nusantara kepada perkembangan Islam di Asia tidak dapat dinafikan. Bagaimana Wali Songo datang sebagai daie ke Asia, meyebarkan Islam menerusi pengajian tradisonal, poliltik juga melawan penjajah sering di pandang sebelah mata. Nama mereka iabarat luput dari mata sejarah. Namun bagi yang sedar, jasa-jasa mereka bukan sedikit. (Jangan pula nanti yang kata org yang mengaji kat pondk sesat. Ada teman ana yang mengatakan begitu depan mata ana sendiri. Katanya ada tokoh Tajdid di malaysia dah berjaya menyelamat org2 pondok dr fahaman salah mereka. Aduhai teman, pening kepada den mcm ni. Mengaji kat pondoklah yang banyak barakahnya, depa tak kejar sijil (tp memang sijil tu wasilah dakwa) ilmunya tulen dan bersanad juga bertalaqqi. walau ada sistem yang boleh dibaiki sumbangan pondok kepada tamadun Islam dan perkembangan ilmu Islam di Nusantara memang perlu dihargai. Antum mengaji habis lagi ka, berani nak kata begitu.Astaghfirullah.Rasanya serasa ana makin  mengaji makin rasa tak pandai adalah. Allah,Allah.)
  • "Hanyasanya dengan memperingati Ulama’ akan menurunkan barakah." Telah berkata Sufyan b. Uyaynah yang telah dinaqalkan dalam kitab Risalah Mustarshidin yang ditahqiq oleh As-syeikh Abu Ghuddah dan dikarang oleh Imam Al-Muhatsibi.
  • Untuk makluman lanjut bolehlah ke website Yayasan Jenderam.
  • Laman web berkaitan: Jemput ke http://hembusan.blogspot.com/2006/12/mat-saleh-alim.html#art (Artikel asal telah ditulis oleh Sidi Mugharrib di sitenya, namun dikemas kini oleh Akhina Tawel di sitenya.)

Self Reflection

*Picture by Tara in Flickr
The beaming scholar in the centre of the picture above will be in town soon! Masyallah.

Habib Omar Benhafidz known as one of the prominent scholar in this decade whom emphasizing on purification of heart whenever he delivering a lecture in various subjects. Even when he only beginning to utter Assalamualaikum and starting with the muqaddimah it could really touch peoples heart deeply and throughly which resulting them really cry alongside the feeling of surrender to Allah.

While this halaqah al-ilm is a long-awaited moment as long as I could remember. May Allah give us the opportunity to grab this golden chance to meet him and hear his soothing lecture. Amin.

Moreover, our iman has it’s upside and down, therefore being in the halaqah al-’ilm is one of the way to purify our heart and soul  and  make our iman become more strenghter than before. On top of that, the barakah which will be shower by Allah -InshAllah- by being in halaqah al-’ilm cannot be denied  is one of our companion  to continue our long journey towards Allah’s love and pleasure.

LEPAS MAGHRIB 8.00 PM

Masjid Baitul Aman,
Jalan Damai, Off Jalan Ampang
Kuala Lumpur

~Stepped out~

  • Self Reflection. 
  • Working Hours.
  • Launching Arabic Week -Kallim Arrabii Lau Samah ya Tullab-. Hopefully the students who just came back from Yaman will brought the Yamani air  and Arabic speaking culture to the school.
  • Qiam for female students.( Knocking to their hearts; Asslamualykum girls, how is your heart condition (we were’nt afraid of  heart attack;we are not a doctor but how are your spiritual feedings at the time being) now,dear? After we have make an effort to invite other’s brothers but then finally it was  Bro.Xifu Naseer whom can managed to come to deliver the talk that night.Alhamdulillah. An awkening topic have been brought by him.
  • A week after sports day, still doing the muhasabah for that day.

Allahu

Allahu

Allahu

#For further information of the timetable Habib Omar visits please do take a peek at Albazrah site. InshAllah. I have tried to paste it here, but then it have caused some problem with the setting of the templete.

Haul Imam Haddad II


 


Bismillahi MasyAllah.


Allahumma Solli ‘Ala An-Nabi Wayusallimu Taslima.


Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu'’.Riwayah Muslim.


Hari ni hari Jumaat. Hari paling barakah dan hari yang dipilih Allah. Disunnahkan banyak berselawat pada Habibuna Rasulullah s.a.w. Hari di dalamnya terdapat rahsia dikabulkan apa sahaja permintaan. Walau ulama’ berselisih pendapat akan dhobit waktunya, namun hikmahnya berdoalah tiap masa. Ditekankan pada waktu diantara dua khutbah dan akhir petang jumaah. Kira-kira waktu akhir sebelum maghrib. 


(more…)

Good Programme

Filed under: Journal, Halaqah al-'Ilm

 

1) INTERNATIONAL CONFERENCE ON THE MUSLIM WORLD AND THE WEST: BARRIERS AND BRIDGES

5-7th September

In Senate Hall and Bonqute Hall.

For more info can go to AlBazrah’s Site..Actually it was an international confrence( again) and there are a lot of scholars comes, but we didn’t registered because there are too many international confrences in the past two months, and we have arrived at the critical time of our lifes and studies. We didn’t attend this conference consistently. I have only attracted  today and yesterday silghtly after meet some of my freinds , we just choosed certain presenters because of time factor. Everyone is busy with their affairs. We have to plan very carefully  and  choose only the awlayiwat and aham minal al-muhim.

Today, the presenter from Turkey really attracted us.

2) Nadwatul Al-Jumuaah for sisters.

1/9: Islam and Other Religion: Realities in todays Era. By: Dr Haslina Ibrahim.

(more…)

The most waited Halaqah Al-Ilm

Filed under: Halaqah al-'Ilm

 

InshAllah. esok dan lusa akan diadakan Seminar Perpaduan Ummah dan Pemurnian Aqidah di CAC, UIA, pendaftran bermula jam lapan pagi. tentatifnya boleh dilihat di blog Kenakelayan. Jemputlah datang..Masyeikhnya akan datang lapan orang, kurang lapan dari Seminar semasa di Kuantan hari tu..

Firstly,  so overwhelming with feelings upmost with a lot of gratitude towards what Allah has give us today. Alhamdulillah. Nevertheless, those who can’t attend the halaqah al-ilm in Kuantan for the reosons basically that day is wedding event by mostly of our relatives, then this is the best oppurtunity, for those who love to seek knowledge and the seekers of truth. Secondly, if we want to find the truth according the Quran and Sunnah we have to avoid the attituede of riya’, ujub, takabbur in order to attain al-ilm sohih. Furthermore, the way to learn al-ilm sohih has to be respect to the masyeikh-masyeikh kabir and avoid the feeling of prejudice. I think i can’t find a word which could describe our feeling that we felt so SubhanAllah all we could say for the coming of this Masyeikh-masyeikh. Allahukabar for this nikmah. Nikmah al-ilm that only the one who mingle with it could understand. Personally, i think this is the best event i have attend since the day i came back from ardhil anbiya’. So thoughtful of the classical way of tarbiyah by that masyeikh-masyikeh kabir. The Academican is totally different with this masyayeikh. " Allahummah Nawwir Qulubana Binuri Hidayatik Kama Nawwartal Ardha BiNur Shamsik Abadan Abada..Amin."

Prof. Dr. Umar Abdullah Kamil
Ulama’ Arab Saudi.
Tajuk : Kebatilan Pembahagian Tauhid Kepada TigaBahagian

Al Allamah Syeikh Usamah al Sayyid Muhammad Mahmud
Sa’ad
Pensyarah Universiti al Azhar Mesir.
Tajuk : Hukum-hakam Kubur.

Al ‘Allamah Syeikh Sa’id Abdul Latif Faudah.
Ulama’ Besar Jordan.
Tajuk : Salafi dulu dan kini, dan implikasinya
terhadap perpecahan ummah.

Al ‘Allamah Syeikh Abdullah Farraj al Syarif
Ulama’ Arab Saudi.
Tajuk : Kaedah Usul: al Tarku La Yuntaju Hukman;
Perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah tidak
menatijahkan suatu
hukuman?

Al ‘Allamah Sayyid Ahmad Muhammad ‘Alawi al Maliki al
Hasani.
Pensyarah Universiti Malik Abdul Aziz Jeddah.—

Dr. Sa’ad Jawish
Prof. Jabatan Hadith Universiti al Azhar Mesir.
Tajuk : Perbahasan Tentang Hadith Perpecahan Ummah.

Tajuk : Mazhab Asy’ari di antara Tafwidh dan Takwil.

Professer Dr. Omar Abdullah Kamel

Tajuk : Pemahaman Sebenar Tentang Bid’ah

Resolusi

 

Thousand of apologize by what i have written, mixing the english with Malay. The tentatif did not follow the actual one. It  will depends on the day of the event. wallhua’alam. Champ site has comment’s a little about this programme. Here..http://3ain.blogdrive.com/archive/46.html

Filed under: Halaqah al-'Ilm

First International Conference on Islamic Jurisprudence and the Challenges of the 21st Century.

From 6-10 August, in CAC, IIUM. 

–> Maqasid As-Shariah and it’s realization on contemparary issues.

The conference will provide a rare platform for more than 10 guest speakers and more than 40 speakers of different disciplinary backgrounds and multifaceted experience from all over the world. The conference will begin with the Officiating Speech by the Y.B. Dato’ Dr. Abdullah bin Md Zin, Minister in the Prime Minister Department and the Keynote address by Secretary General of Islamic Fiqh Academy, OIC. This will be followed by

(more…)

Pengajian

Filed under: Halaqah al-'Ilm

 

Credit gambar: blog bro Tawel.

  Pertama, apakah yang lebih menyenangkan kita daripada masyayiekh kita sendiri turun ke padang, menghamparkan ilmunya untuk kita selami ibarat lautan yang dalam. Ketika suatu masa dahulu, ulama-ulama mu’tabar merentas padang pasir, mrentas benua demi hanya untuk menghafal atau mencari  satu riwayah hadith. Dan betapa sahaja Imam As-Syafie dengan kesungguhannya mencari ilmu seawal kecil bersama ulama’ hadith Sufyan Bin Uyainah, menghafal al-quran di awal umur 7 tahun, menghafal al-Muwatto’ pd usia muda. Imam Ahmad bin Hanbal, merentasi dengan susah payah hanya untuk bertemu dengan masyikh2 kabir suatu masa dahulu.

 Lantas atas alasan apakah kita:-

1) Menafikan keperluan menjelajah ke benua serata alam, berguru dengan sekian ulama’ muktabar. Mengiktiraf kealiman dn kefaqehan mereka.? Mempelajari ilmu secara talaqqi dengan masyayiekh sendiri merupakan antara marhalah penting di dalam pembelajaran ilmu. Ulama’ di sini adalah kita maksudkan yng mengikuti sistem pengajian ilmu lengkap dengan ilmu alatnya, segala kemahiran di dalam pengjian ilmu juga mempunyai asas yang kukuh dan kuat di dalam setiap sumber ilmu. Samada, ilmu alat; bahasa, nahu sorof, ulum hadith, mustolah hadith, usul feqh, feqh muqoran. Dll.

 Imam-imam kita, Salafussoleh berguru dengn sekian ramai manusia. Imam Syafee dengan mengembara ke Madinah, Yaman, Baghdad dan Mesir. Begitu juga Ulama’-ulama’ lain. Mempelajari hadith sahaja dengan sekian banyak muhaditthunnya.

2) Apkah yng menyibukan kita daripada berusaha menuntut ilmu luar kuliah, yang mana akan menjadikan kita manusia lebih bersyukur dan bertaqwa?

Andai ingin ditanya soalan, tetapkn niat ikhlas untuk mencari dan mengetahui kebenaran. Baik di pihak mana pun, kita ada adab-adabnya, dan hanya kata-kata yg ikhlas terbit dari hatilah mereka-mereka yang bercahaya hatinya dapat menerima dan berfikir. :) . semoga Allah merapatkan dan menghubungkan hati kita semua dengan kasih sayang juga dengan tali Allah..

Mengakui yang cinta dan larut dengan nikmat ilmu itu adalah kurnia Allah juga, jesteru mesti kita berusaha dan berdoa agar ia kekal dan sentiasa ada di dalam diri kita. Dan hanya ikhlaslah jua yang ada di dalam hati-hati kita serta sentiasa itbaun Nabi, Sahabah, Tabieinn,Tabie’ wat-Tabieen, Awliya’ was-Solihin.

JUMAAT, 2 JUN

 2006 9.00 pg - 11.00 pg Program Muslimat: ‘Permasalahan Haid, Nifas & Istihadhah‘ (Masjid Al-Falah, USJ9)

1.00 tgh – 1.20 tgh Tazkirah Jumaat (Masjid Al-Falah, USJ9)

8.00 mlm – 9.30 mlm Ceramah Perdana: ‘Bagaimana Mengamalkan Hadits-Hadits Dalam Kehidupan Seharian’ (Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8, Shah Alam)

SABTU, 3 JUN

 2006 9.00 pg – 10.30 pg Pengajian & Diskusi Kitab – Sessi 1: ‘Ringkasan Nasihat Agama & Wasiat Iman‘ (Masjid Al-Falah, USJ9)

10.45 pg – 12.15 tgh Pengajian & Diskusi Kitab – Sessi 2: ‘Kumpulan Hadits Riwayat Sepuluh Sahabat Jilid 1’ (Masjid Al-Falah, USJ9)

5.15 ptg – 6.45 ptg Pengajian & Diskusi Kitab – Sessi 3: ‘Ringkasan Nasihat Agama & Wasiat Iman‘ (Masjid Al-Falah, USJ9)

8.00 mlm – 9.30 mlm Forum bersama Ustaz Zamihan Mat Zin Al-Ghari, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, JAKIM (Masjid Al-Falah, USJ9)

AHAD, 4 JUN 2006

 9.00 pg – 10.30 pg Pengajian & Diskusi Kitab – Sessi 1: ‘Ringkasan Nasihat Agama & Wasiat Iman‘ (Masjid Al-Falah, USJ9)

10.45 pg – 12.15 tgh Pengajian & Diskusi Kitab – Sessi 2: ‘Kumpulan Hadits Riwayat Sepuluh Sahabat Jilid 1’ (Masjid Al-Falah, USJ9)

8.00 mlm – 9.30 mlm Pengajian & Diskusi Kitab ‘Manaqib Imam Syafie’ (Surau An-Nur, Bandar Seremban Selatan, N.Sembilan)

ISNIN, 5 JUN 2006

8.00 mlm - 9.30 mlm Ceramah perdana (Masjid Jamek Bagan Serai, Bagan Serai, Perak)

* Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Hj Ahmad 012-2600160 Sdr Zain 012-3083086

Filed under: Halaqah al-'Ilm

Several interesting sites to visit in based on my opinion of my occasions for this moment :-

AlBazrah

Abdullah Tahir

Aljoofre

Ahmad

Malakian

Cage Prisoners

JourneyEnds

SunniPath

Islam Web,Aljazeera and formost http://www.q-news.com/.

An Extra: http://www.deenport.com/ 

An additional: Herry, Champ, Tawel, Almuhasibi and Saufiah. 

* Only a suggestion for spiritual supplement.

21 JUN 2006 akan diadakan kuliah Kitab Hikam Ibnu Atho’illah oleh Syiekh Ust Fahmi Zam-Zam di Anjung Rahmah selepas maghrib

Tasawwuf

Hari ini dan semalam ibarat mengalir satu jalur cahaya yang hebat ke lubuk hati. Kalaulah kita meneliti alam Tuhan ini dengan jiwa yang bersih pasti akan bergetar segala punca nikmat dengan zikrullah..Tiadalah apa jua walau satu pun yang terpinggir melainkan basah dengan zikrullah…Lantas, atas alasan apakah kita masih kabur terhadap lazat berbicara denganNya? Andai hati cerlang dengan cahaya, pasti akan membenarkan jalan menemui kebenaran itu sangat luas, cuma kita yang menyempitkannya dengan kaburnya mengenal tawadhu’ dan zuhud. Kita mahkluk yang terpilih memikul beban yg berat, yang tiada satu mahkluk pun menyanggupinya, sesungguhnya pada Allah jualah juga kita memohon kudrat dan moga-moga biar basah hati, aqal dan ruh dengan mengingati Allah.

Mawlana Abul Hassan Ali Nadawi  pernah berkata

" Kepetahan berkata-kata dan keluasan ilmu tidak akan dapat memberi kesan yang hebat andai tidak disirami dengan kekuatan rohaniyah yang tinggi."

Bulan 25/8/06 ini inshAllah akan berlansung ,seminar Ahli Sunnah wal-Jamaah yang akan dihadiri oleh ulama’ ulama’ besar antaranya Syeikh Ali Juma’h dan juga Syeikh Muhamad Syed Mamduh (anak murid kepada Abdullah Siddiq alGhumari).

i. Prof. Dr. Ali Jumu’ah
Mufti Republik Arab Mesir

ii. Prof. Dr. Ahmad Tayyib
Rektor Universiti al Azhar, Mesir

iii. Prof. Dr. Muhammad Abdul Fadhil
Naib Rektor Universiti al Azhar, Mesir.

iv. Dr. Sa’ad Jawish
Prof. Jabatan Hadith, Universiti al Azhar, Mesir

v. Prof. Dr. Umar Abdullah Kamil
Ulama’ Arab Saudi

vi. Al ‘Allamah Syeikh Abdullah Farraj al Syarif
Ulama’ Arab Saudi

vii. Al ‘Allamah Sayyid Ahmad Muhammad Alawi al Maliki
Pensyarah Universiti Malik Abdul Aziz, Jeddah

viii. Al ‘Allamah al Muhaddith Syeikh Mahmud Sa’id Mamduh
Penyelidik di Pusat Penyelidikan Islam, Dubai

ix. Al ‘Allamah Syeikh Sa’id Abdul Latif Faudah
Ulama’ Besar, Jordan

x. Dr. Ahmad Badruddin Hasun
Mufti, Syria

xi. Al ‘Allamah Syeikh Muhammad Mukhtar al Salami
Mantan Mufti Tunisia

xii. Dr. Muhammad Benkiran
Ulama’ Morocco

xiii. Al ‘Allamah Syeikh Usamah al Sayyid Muhammad Mahmud Sa’ad
Pensyarah di Universiti Al Azhar, Mesir

xiv. Prof. Dr. Faruq Hamadah
Prof. Jabatan Hadith, Universiti Muhammad V, Morocco

Ditaklifkan menterjemah kitab  -al-Mafahim- karangan ulama’ besar Syeikh Alawi al-Maliki- . Tugasan yg berat. Moga-moga keikhlasan sentiasa kita tanamkan ke dalam diri kita ibarat syarat utama di dalam belajar di Dar-Mustafa di Yaman dan tunjang kebarakahan ulama’-ulama zaman lampau menjadikan ilmu itu menjadi darah daging yang memberi cahaya dan membuahkan amal yang ikhlas hingga akhir hayat. Dan kekalkan warisan ilmu dan karya-karya mereka menjadi panduan generasi kini. Yang semuanya hasil panduan al-Quran dan Sunnah.

p/s: Terima kasih tidak terhingga pd dia yg banyak memberi makna ilmu dan penghayatan.Ibarat benih yang subur dan sihat. Tunduk, menyenangkan dan memberi. Dia tahu siapa dia.;)

Syeikh Nuruddin yang saya kenali

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RadhiyaAllah Anhuma telah berkata :

" HasbunAllah wa ni’mal al-wakil telah di sebut oleh Ibrahim a.s ketika dilemparkan ke dalam api, telah disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika mereka katakan padanya : " Sesungguhnya manusia telah berhimpun dan menakutkan mereka maka  bertambahlah iman mereka dan berkata " حسبنا الله ونعم الوكيل" - Hadith Sohih Bukhari.

(Dari Kitab "Makharij min al-fitan karya Mustafa ibn Al-Adwi)

Ana selalu mengambil jalan skeptikal di dalam setiap apa jua sedaya mampu ana. Kita belajar daripada masa lalu dan mengambil ibrah (pengajaran) disekeliling kita. Juga sering mengambil langkah berdiam diri daripada mengatakan sesuatu terhadap manusia atau perkara yang kita tak tahu atau tidak pasti. Kita percaya bahawa saling menghormati, bersikap adil juga bersangka baik adalah hak Muslim terhadap Muslim yang lain. Betapa kita tahu Rasulullah s.a.w sangat teliti tentang akhlak dan meraikan perbezaan pendapat juga dengan cara yang sangat indah dan halus.Lebih-lebih lagi bagi penuntut ilmu dan penyampai ilmu harus lebih ditekankan aspek ini.

Kita sedia maklum mafhum ayat Allah di dalam Surah al-Hujrat ayat 6

"Seandainya datang kepada kamu  seorang fasiq membawa khabar berita, maka hendaklah kamu memberi penjelasan"

Sebab turunnya ayat ini berdasarkan kisah yang sangat panjang, yang kalau berkesempatan inshAllah akan cuba ana ringkasakan di sini nanti.

Namun cukuplah andai kita sama-sama saling memberi peringatan akan matlamat kita mencari ilmu adalah hendak menggapai Redha Allah. Adakah Redha Allah boleh dicapai begitu sahaja?

Oh, pasti tidak. Di dalam menuntut ilmu, pasti ada adab-adab juga akhlak yang perlu kita telusiri hingga nanti ilmu kita bukan sekadar retorik namun aplikasi hayah menjadi amal khaire dan uswah hasanah pada insan lain.

Ana teringat bagaimana Syeikh Nuruddin yang amat mementingkan ilmu dan adab semasa belajar juga sentiasa tawaddu’ dan rendah hati terhadap ilmu pernah menceritakan. Betapa menjaga adabnya ulama’ ulama Salaf yang silam, samada Imam Hanafi, Syafie juga Hanbali. Contohnya, Imam Ahmad Bin hanbal yang kita tahu pernah berguru dengan Imam syafie amat menjaga adabnya sehingga hendak menyelak helaian sofhah (muka surat) kitab amat berhati-hati takut andai tok gurunya rasa terganggu. Begitu juga ulama’-ulama’ yang lain yang kita tahu sifat taqwa nya sahaja tak mampu kita tandingi.

Begitulah Syeikh Nuruddin mengajar kami adab-adabdan akhlak-akhlak belajar juga sentiasa menyuruhkami menyintai Sunnah dan mengamalkannya tanpa rasa malu. Syeikh sentiasa mengucapkan maaf dan terima kasih pada sesiapa sahaja. Tidak pula meminta apa-apa bayaran ketika mengajar. Cukup sekadar dua katanya buat beliau.

Setiap tahun saban musim berganti, syeikh Nuruddin akan datang menjagar kami, tanpa apa-apa bayaran dan sentiasa mengajar kami hingga serak-serak suaranya, dari pagi hingga ke malam. Dan andai tiba saat pulang, pasti akan kami mengalirkan air mata  sedih mengenangkan kami pasti akan merindui kelas bersamanya juga d sebabkan ketulusan syeikh mengajar kami, tanpa mengharapkan apa-apa.

Rasa hormat dan kasih kami pada Syeikh Nuruddin bukan di dasari taasub atau melampau, namum memadai andai ianya kerana kami menyintai Allah, Rasulullah s.a.w, juga sahabat, tabie tabiean dan ulama pewaris Nabi.

Bukanlah bermakna kami tidak akan pergi ke Syeikh-syeikh yang lain. Apabila berkesempatan, kami juga akan belajar dengan syeikh-syeikh Arab yang lain dengan rasa dahaga terhadap ilmu yang tak pernah padam.

Syeikh Nuruddin juga sentiasa menanamkan kecintaan kami pada Sunnah saw, dan pasti selepas mendengar halaqah dengan Syeikh kami akan cuba untuk mengamalkan dengan sedaya kami.

Syeikh juga sering mendengarkan kisah sahabah-sahabat salafussoleh hingga pasti sarat sebak di dada kami dengan cinta pada mereka.

Syeikh sering menggunakan kitab-kitab yang mu’tabar dengan menceritakan keindahan-keindahan juga susah senang perjalanan para sahabah menempuh risalah Rasulullah saw.

Beliau amat menekankan aspek adab berilmu dan akhlak Muslim, yang mana mahfum dari hadith Nabi saw " Sesiapa yang merendahkan dirinya akan dinaikkan (darjatnya) oleh Allah ".

Kami amat berhati-hati akan perilaku semasa belajar dengan beliau walaupun kami; akwhat hanya mendengar tafaqquhnya dari tv (bahagian bawah) asrama pelajar. Kami tidak akan berganjak, bersembang, pusing-pusing pen, tidur, makan dan lain-lain lagi yang kami tahu Syeikh Nur tak berapa gemar kami buat. walau Syeikh tak nampak kami sebab kami di bahagian bawah, namun kami tetap rasa hormat akan beliau dan menyebabkan kami sedaya mungkin  mengamalkan adab-adab yang diajarnya.

Juga hormat terhadap kitab-kitab para ilmuan Islam yang lampau, dengan memegangnya dengan baik, bukan mcm bawa plastik ikan (hayun-hayun), dan meletakkan barang2 lain atas kitab dan lain-lain lagi.

Beliau sentiasa menceritakan tentang Imam Abu Hanifa, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad hingga kami cinta pada mereka semua.

Beliau; Syeikh Nuruddin juga amat lantang menentang kesesatan atas apa nama samada tareqat sesat dan lain. Beliau akan berkata dengan benar dan tegas andai ianya berkait rapat dengan aqidah, dan lembut juga sederhana dan santai ketika membicarakan soal feqah. Soal-soal sensitif jarang beliau sentuh melainkan apabila di tanya. Itupun beliau akan jawab dengan zuhud " Biarlah kat mereka, tak usah gaduh-gaduh. Kita amalkan sahaja apa yang kita yakin pada pendapat masing-masing."

Namun, beliau hanya sekali ana mendengar kelantangannya terhadap isu yang sensistif itupun setelah berlaku beberapa perkara yang beliau rasa wajar di jelaskan. Namun, beliau aakan akhiri dengan rasa tawaddhu’, mohon maaf dan kerendahan hati terhadap ulasan-ulasan beliau juga beramallah dengan dengan apa yang kamu rasa betul di sisi kamu di sirami sifat taqwa dan tawaddhu sebagai makhluk Allah yang amat-amat dhiof (yg dhoif kita ni, memang adh’afu dhu’afa 100x kali ganda, berbanding dhoif ulama-ulama’ silam, kita tak menafikan kema’suman hanya ada pada Rasulullah saw, namun kita yang tgk tv, internet, bersembang kosong? kategori apakah taqwa dan iman  kita ini? Its nothing compare to ulama’ ulama’ dahulu..)

Siapakah kita ini? Contohnya Imam Bukhari solat istikharah sebelum mentashihkan hadith, begitu juga Imam Malik RadiyAllahuanhuma yang mandi dan solat istikharah sebelum meletakkan apa-apa hadith di dalam kitabnya yang ulung " al-Muwattho". Jesteru, setiap langkah ulama’ adalah di dasari hidayah Allah.

Sedikit Biodata ringkas Syeikh Nuruddin

Antara keistimewaan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin ialah beliau
mewarisi metodologi pengajian berasaskan sanad ataupun silsilah.
Sebagai contoh: Sekiranya kita mempelajari hadis, maka hadis itu
sampai silsilah periwayatannya sehingga kepada Rasulullah s.a.w.
Kalau kitamempelajari kitab-kitab ulama muktabar, maka kitab-kitab
ini sampai silsilahnya kepada pengarang asal kitab ini seperti Imam
As-Shafei,
Imam As-Sayuti, Imam Nawawi dan lain-lain lagi. Di sinilah ketulenan
dan keberkatan ilmu itu berpindah dari generasi ke generasi.
Lantaran itu, amatlah wajar kita meraikan kedatangan Al-Fadhil
Syeikh Muhammad Nuruddin dengan mengikuti majlis ilmu yang akan
dikendalikan oleh beliau sendiri. Mudah-mudahan dengan menghadiri
majlis ilmu dan mendampingi ulama, kita semakin hampir dengan Allah
s.w.t.

BIODATA RINGKAS SYEIKH NURUDDIN :

Al-Fadhil Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib
bertasal dari Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus
Amuntai pada 1 September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya
menetap di tanah suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah
adalah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun
1982 beliau menamatkan pengajian dimadrasah Shaulathiah dengan
keputusan cemerlang (mumtaz).

Sepanjang di Makkah beliau banyak mendapatkan ilmu dari tokoh-tokoh
Ulama seperti Syeikh Allamah Hasan Masshath yang digelar Syeikul-
Ulama rahimahullah, Syeikh al-Allamah Mohd Yasin Al-Fadani yang
bergelar Syeikul Hadith wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zain
yang digelar
Al-Faqih Ad-Darrakah dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama di Makkah.

Pada tahun 1983 beliau melanjutkan pelajaran ke Univ. Al-Azhar As-
Syarif Mesir dalam jurusan Syariah Islamiah hingga mendapat ijazah
sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian di
Maahad ‘Ali Liddirasat al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat
diploma am "Dirasat Ulya" pada tahun 1990.

Setelah menamatkan pengajian di Univ. al-Azhar, beliau menumpukan
perhatiannya dengan mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar yang
datang dari Asia termasuk dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan
Thailand yang menuntut di Univ. al-Azhar Mesir sehingga beliau
digelar sebagai al-Azharus Tsani ( Univ. Al-Azhar kedua). Di samping
mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab berbahasa Arab serta
karya ilmiah dalam berbagai bidang. Beliau telah menghasilkan
karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang dari 50
buah karangan. (rujuk biodata beliau dalam kitab beliau bertajuk At-
Tamassuk Bil Kitab Wassunnah edisi terjemahan bertajuk Berpegang
Dengan Kitab Dan Sunnah). 

Sebenarnya ana tidak mahu memanjangkan isu ini, namun apabila ana melihat tersebarnya isu ini hingga ada di kalangan mereka yang ana kenal dengan mudah mengambil soal jawab isu berkaitan Syeikh dan men’kopi pasta’ (tanpa menyelidiki apakah benar dakwaan tersebut, juga perbahasan yang panjang tentang Hadith Musthalsal di kalangan ulama’) Contohnya:( hadis musalsal bukannya hanya dhoif shj ttp ada yg sahih dan hasan.Ibn Solah r.a mengatakan yg paling sahih hadis musalsal yg diriwayatkan ialah hadis m’baca surah as-sof }..  itu yang membuat ana terluka, tersayat, terguris hati. Moga-Moga Allah sucikan hati kita dengan ikhlas dan rendah hati juga selalu berada dalam maghfirah Allah.

Ibaratnya andai hati ini umpama pohon tamar, ianya bagai ditampar-tampar, disiat-siat. Alangkah pilu. Namun semoga kita digolongkan yang berlumba-lumba mendapat keampunan Allah dengan menahan marah dan memaafkan insan lain.

 " Al-bayyinah ala muda’a wal-yamin ala man ankara". -Riwayat dari Tarmidzi dan Baihaqi. Salah satu kaedah feqhiah yang diistinbatkan dari hadith Rasulullah s.a.w. Walau kaedah ini kebanyakannya digunapakai untuk masalah jenayah, namun perlu kita teliti hatta di dalam masalah jenayah yang hanya menjatuhkan hukum haram/halal, dosa /pahala sahaja perlu kita berhati-hati, inikan pula yang berkait rapat soal yang berkait tentang anti-hadith, maruah dan lain-lain.

Diakui juga, kita memang tidak menafikan kritikan memang  perlu di dalam medan ilmu, atas hujah ilmiah namun perlu bezakan antara kritikan dan tuduhan. Kritikan perlu juga dengan adab-adab dan memahami feqh ilkhtilaf dan khilaf yang mamduh(dipuji) dan khilaf yang madzmum (dikeji)

Segalanya kita kembalikan pada Allah, moga kita sentiasa berbaik sangka seperti yang Islam ajar, berkasih sayang kerana Allah juga moganya kita semua. Kita semua ingin memasuki syurganya bersama-sama melihat zat Allah,(andai diberi rahmahNya), melihat Rasulullah s.a.w yang sangat kita rindu juga para sahabat yang kita dengari kisah mereka sedari dalam perut ibu lagi. Para tabie-dan tabien yang telah berjasa besar bersusah payah dalam mehnah meneruskan perjuangan Rasulullah saw. Kita semua ingin begitu, mohon-mohon diperkenankan oleh Allah hendaknya..Aminemoticon

Akhiran ana katakan:

" Ya Allah ampunkan kami semua, kami hambaMu yang teramat lemah tanpa Rahmah dan kasih sayangMu juga Hidayah dan taufiqMu tiada makna hidup kami dan dimana ingin kami letakkan diri kami ini di langakaun nikmatMu yang luas. Ampunkan kami yang mengharap belas ehsanMu terhdap perkara yang kami tersalah atau tersengaja atau tak tahu atau jahil atau tidak sengaja."

AstaghfiruAllahaladzim

Wallahu’lam

p/s: credit for" hembusan blog " aka Bro Tawel referring  the picture that has been taken above.