May 15, 2007

Haul Imam Haddad II


 


Bismillahi MasyAllah.


Allahumma Solli ‘Ala An-Nabi Wayusallimu Taslima.


Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu'’.Riwayah Muslim.


Hari ni hari Jumaat. Hari paling barakah dan hari yang dipilih Allah. Disunnahkan banyak berselawat pada Habibuna Rasulullah s.a.w. Hari di dalamnya terdapat rahsia dikabulkan apa sahaja permintaan. Walau ulama’ berselisih pendapat akan dhobit waktunya, namun hikmahnya berdoalah tiap masa. Ditekankan pada waktu diantara dua khutbah dan akhir petang jumaah. Kira-kira waktu akhir sebelum maghrib. 


(more…)

Ulama


Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah



Gambar-gambar di sebelah kiri blog ini menunjukkan link kepada beberapa orang daie dan ulamak. Antara yang diletakkan ialah link ke web almarhum Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah. Untuk mereka yang kurang mengenali beliau, bolehlah klik di gambar tersebut dan membaca di web tersebut.

Ana ada memulakan usaha terjemahan kitab agung beliau yang berjudul “Sofahat Min Sobril Ulamak”, atau Lembaran Kesabaran Ulamak. Namun begitu entah bila kitab ini akan selesai diterjemah, wallahu a’lam. :-( Doa-doakanlah ya. Di bawah disertakan sedikit petikan daripada bab biografi Syaikh Abdul Fattah daripada kitab tersebut, yang ditulis oleh anaknya sendiri dan ana selesai terjemahkan.


Sifatnya


Syaikh Abdul Fattah Rahimahullah memiliki terlalu banyak sifat yang mulia. Antaranya ialah kecintaannya kepada kesempurnaan dalam semua urusannya. Beliau amat menghormati tetamu, seorang yang amat berlemah lembut lagi pemaaf. Selain itu beli