Calon-calon Parlimen Subang

Sambil-sambil berjalan kaki pulang dari Seminar Takaful Ta’awuni yang dihadir oleh ulama-ulama’ di seluruh dunia di Senate Hall semalam singgah sebentar membeli majalah Milenia di salah satu kedai di ruang legar kampus, mata sempat membaca tajuk-tajuk akhbar utama di kedai. Rasa terkilan menyelinap jauh di lubuk hati. Jangkaan saya pilihanraya tahun ini hampir ingin mengecualikan diri. Malah tarikh Parlimen dibubarkan dan penamaan calon pun saya tidak tahu kerana lamanya tidak membaca akhbar, menonton televisyen dan mengikuti perkembangan politik tanah air. Cuma baru-baru ini sempat meluangkan masa mebaca berita-berita terbaru di internet, berbincang dengan teman-teman dan pulang ke rumah serta singgah di pusat gerakan melihat suasana pilihanraya yang makin rancak. Hati manusia mana yang tidak inginkan keadilan. Kali ini tidak mungkin saya dapat lari melainkan jiwa sudah terharu benar dan amanah ilmu terasa menuntut walau kecenderungan politik hampir sifar namun kerana fitrah insani sangat cintakan keadilan tuan site ini akan mengenalkan mereka di sini. Terutamanya kerana kempen mereka yang sangat terhad dan terbatas. Hati bagai mengalirkan airmata terharu melihat senario Malaysia dan keikhlasan calon-calon kawasan Parlimen Subang. Mereka telah lama bergerak untuk memberi khidmat pada rakyat. Mereka boleh memilih hidup selesa, namun masa mereka untuk membela kebajikan dan keadilan buat penduduk estet, setinggan, peneroka dan pekerja-pekerja kilang.
1) CALON PARLIMEN SUBANG : SIVARASA RASIAH


Baru-baru ini, usai mendengar kalam dari Dr. Nasir calon kawasan Kota Damansara di halaman markaz saya kemudian masuk memanggil Umi dan adik Muhammad yang berehat di dalam rumah di halaman markaz salah seorang pasangan pejuang Islam yang sangat komited bekas ahli ABIM, daie yang terbuka dan muslimah yang ‘devoted’, teman rapat, pencinta sufi; kerana hujan turun sewaktu majlis baru bermula, kebetulannya Dr. Nasir, pengiring Dr.Nasir, ahli-ahli keAdilan berbangsa India sedang menyantapi hidangan mebuatkan diri ini tersentuh. Sambil bersembang dengan Umi dan teman-teman yang sangat ikhlas, berilmu dan sungguh komited Umi berkata; Sangat rugi andai Sivarasa tidak menang di Parlimen SUBANG kerana beliau sangat cinta untuk berbakti, mempunyai kredibiliti yang kukuh dan kerjanya hanya untuk rakyat. Sangat dicintai oleh golongan mahraen, penduduk estet, penduduk setinggan kerana sudah lama berkerja untuk rakyat selain dari seorang yang berkaliber dan bijak berkata-kata. Seandainya kita mempunyai wakil sepertinya di PARLIMEN sungguh menguntungkan! Syura sudah membuat keputusan meletakkannya di bahagian Parlimen sesuai dengan kredibilti dan kelebihannya. Malah tuan rumah sempat bersembang tentang Islam dengan isteri beliau, Ann James yang mengakui Muslim yang meraih kekagumannya ialah Tn Guru Nik Aziz Nik Mat kerana akhlak dan peribadi beliau.
Kita sangat perlu skeptikal dengan media. Tidak semua yang media hidangkan adalah benar. Timbanglah dengan neraca akal dan ilmu. Tidak kisah apa bangsa anda, diri ini boleh menangis sahaja apabila mereka ditindas! Malah apa yang membuatkan diri ini terharu adalah penyokong-penyokong berbangsa India yang memilih kebenaran dan cinta kepada Tuan Guru Nik Aziz malah ada yang menitiskan airmata keharuan apabila melihat gaya hidup Tn Guru. Mereka komited dan rajin membantu kita, jesteru perlulah kita mengenepikan isu perkauman dan berganding bahu menegakkan keadilan prinsip asas agama yang kita cintai.
SIVARASA RASIAH’s Profile:
Sivarasa Rasiah is a prominent Malaysian lawyer and human righ
ts activist. He is co-founder of Suara Rakyat Malaysia or Suaram (a human rights NGO) and vice-president of Parti KeADILan Rakyat.
Early Life
Though today he may be one of the top lawyers in Kuala Lumpur, Siva’s first degree was actually in genetics.
Reminiscing on his early days in an interview with the New Straits Times, Siva said, “I was trying to get into medicine after high school in Victoria Institution but didn’t make the grade. Form Five was great but I guess in Form Six, there were many distractions. So instead I went into genetics in Universiti Malaya and graduated with first class honours. Six months into my Master’s I realised that this was not my cup of tea and was already looking at other options.”
He then applied for a Rhodes scholarship to pursue law at Oxford University. After completing his law degree and the Bar in Britain, Siva took a year off and went to Germany where he spent most of his time in libraries there reading. He worked for a bit after that in London before returning to Malaysia on his 30th birthday.
Human Rights Involvement
It was while he was in UK that he got interested in human rights and “became involved with union workers and stuff like that there”.
His first involvement with an NGO was in 1997 when he got involved with a women’s group called Citizens Against Rape. Siva got arrested twice during the 1998 Reformasi period but shrugs it off as part and parcel of the job.
Cancer Survivor
This lawyer-cum-politician is a cancer survivor who lost his voice for almost a year due to thyroid cancer which damaged a nerve on his vocal cords. He had to speak with a little boom box and a speaker for a while due to this. Currently he has regained his voice but he says, “I can’t sing or shout, but at least I still can talk.”
Family life
He is married to Ann James, a prominent personality in the Malaysian theatre scene. Incidentally, he met his wife at a demonstration as well. “It was during Operasi Lalang and she was there too. We were kind off thrown together and that’s when it all happened. After a long courtship, we finally got married in 1993,” he revealed in the NST interview.
For someone who’s had a brush with the police, ironically both his father and his older brother were members of the force. His father was the registrar of the police force and his older brother was a senior police officer.
He is also an avid guitar player.
Bio-Data
Graduated First Class in Genetics from University of Malaya.
Read Law in Oxford University under the prestigious Rhodes Scholarship.
Senior Lawyer and former EXCO member of the Malaysian Bar Council.
Founding member of the National Human Rights Society which was initiated by former PMs Tunku Abdul Rahman and Tun Hussein Onn; Founding member and director of Suaram and the Institute for Democracy and Reform.
Married to Anne James, teacher, education advocate and renowned theatre actress. His siblings and their spouses - comprising all ethnic groups - reflect the ideal multicultural Malaysia.
Vice-President of Parti KeADILan Rakyat.
Track Record
A leading lawyer in Malaysia on public interest court cases.
Involvement in landmark constitutional court cases on civil liberties and social justice.
Legal representative and adviser on rights of citizens, consumers, women and workers.
Involvement in the arts, diversity and pluralism, youth, community, healthcare, education and environmental issues.
Speaker at the UN Human Rights Commission and the UN World Conference on Human Rights.
Involvement in the exposé of corruption by ministers, including the former Prime Minister’s family members and cronies, to the ACA.
2) CALON DUN PAYA JARAS: KHAIRUDDIN OSMAN
Saudara Khairuddin Othman calon PAS yang bertanding di DUN PAYA JARAS, seorang peguam muda yang giat membela hak-hak asasi manusia dan sering kelihatan di mahkamah dan penjara-penjara apabila terdapat mereka yang tidak bersalah ditahan.
KHAIRUDDIN OTHMAN’s Profile
UMUR : 37 TAHUN
ASAL : HULU LANGAT, SELANGOR
MENETAP : KAJANG, SELANGOR
KELAYAKAN AKADEMIK :
DIPLOMA SYARIAH, UKM,
IJAZAH UNDANG- UNDANG, UITM
PEKERJAAN : PEGUAM
PENGALAMAN KERJAYA : BBMB (1994-2000)
JAWATAN DI DALAM PARTI :
KETUA PENERANGAN KAWASAN,
EXCO DPP NEGERI SELANGOR
More here
3) CALON DUN KOTA DAMANSARA: DR NASIR HASHIM

Terlalu banyak yang ingin ditulis sebenarnya tentang Dr. Nasir Hashim ini, namun masa berada di blog ini semakin sempit, saya perlu menyiapkan tugasan sebentar. InshAllah akan di update semula. Dr Nasir Hashim pejuang hak pekerja, estet, setinggan, sangat disayangi oleh golongan mahrean terutamnya golongan India. Hidupnya sungguh sederhana, malah lebih Islamis dari sesetengah akademis yang belajar pengkhususan Islam yang pendirian politik mereka mengelirukan khalayak. Mendengar kalamnya yang lembut dan prinsip hidupnya sungguh meyentuh. Walau bukan dikenali sebagai Islamis tetapi percayalah gaya hidupnya sungguh menyerupai Khalifah Umar Abdul Aziz! Syura memutuskan meletakkan beliau di DUN KOTA DAMANSARA.
Dr.Mohd Nasir Hashim Profile’s
• 1970, Ijazah sarjana Muda Biologi,
Monmouth College , USA
• 1974 , Sarjana MSc(Food Science &
Tech) Cornell University ,USA
• 1977, PhD(International
Nutrition)Cornell University, USA
• Timb.Dekan , Fakulti Sains
* Bekas Pengerusi INSAN, Institut Kajian Sosial * Bekas Pengerusi J/Kuasa Sokongan Peneroka
Bandar * Bekas Timb.Peng. Parti Sosialis Rakyat Malaysia , KL * Peng. Suara Warga Pertiwi
Pengasas SUARAM * Penasihat Gabungan Peneroka Bandar JERIT * Berjaya mendapatkan
perumahan untuk rakyat Ldg,Braemer, Ldg.Sg.Rasah, Ldg.Bkt.Jelutong , Bkt .Tinggi . Berjaya
perjuangkan gaji minima dan polisi perumahan untuk pekerja Ladang .Penasihat Gabungan
Pekerja Kilang * Delegasi Persidangan APCETII , East Timor * Pengasas Sambutan Hari Buruh
Rakyat ,1994 * Mengetuai Protes Perang Amerika Iraq * Pengerusi Gabungan Membantah GST
(Cukai Brngan & Perkhidmatan) *Mengetuai delegasi aduan Salahguna kuasa Polis ke Bkt.Aman
Ditahan semasa Operasi Lalang , 1987 ,selama 15bulan * *
4) CALON DUN PAYA JARAS: ELIZABETH WONG
Pejuang hak asasi manusia. Kerana masa sangat tidak mengizinkan silalah ke blog
Elizabeth Wong untuk mengetahui maklumat lanjut tentang beliau.
ELIZABETH WONG (黄洁冰) has been involved in human rights since her student days in Sydney and subsequently during her work in Nepal. She was the secretary-general of the National Human Rights Society (Hakam) (全国人权协会)from 2000-2006 (now sitting as a member of the Ex-Com), a member of the Suaram (大马人民之声) secretariat and was a human rights fellow of Carnegie Council for Ethics and International Affairs (2002-03). She is also a political consultant and has been involved in the setup of the Asean Inter-Parliamentary Myanmar Caucus for Democracy and Solidarity Campaign for Human Rights in Aceh.
She is currently working on an initiative to develop further understanding on democracy and its mechanisms for possible reforms.
Wong enjoys looking at the paradoxes and intricacies of democracy and politics. In her spare time, she researches and writes on the War on Terror and security in the region.
Her interests are in political imagery and symbolism, history, South Asian politics, resistance and Islamism in Southeast Asia, technology and the politics of change.
Wong hopes to crush post-modernism and return such rubbish in its rightful bin. Buffy-style preferred.
She is still leaving the option of playing guitar in a loud band open, singing in Nepali and Arabic, though Nepali folk-dancing is hard and involves moving limbs while twirling round and round. Proceed with care.
This blog is primarily an archival site of writings and photographs, with the occasional notes-to-self to clear out some thoughts.
Photo credit: The Sun
p/s: Entri ini masih belum selesai ada beberapa isu ingin dikupas terutamanya pendapat Ulama’ dalam memilih calon bukan Islam dan maslahah besar dan qawaeed syara’ dalam memilih sesuatu calon. Buat sementara waktu, pendapat SaifulIlsam dalam entrinya yang bertajuk
Islam atau Muslim menarik untuk dbaca. Tuan site ini tidak pernah menyukai isu perkauman atau
racisme, malah perlu benar kita simpan dalam hati bahawa Islam itu Rahmah buat semua dan Rasulullah s.a.w. prihatin kepada semua kaum dan agama malah dalam beberapa situasi bekerjasama dan membuat perjanjian dengan Bani dari kaum Yahudi. Kaum bukan Islam di Malaysia adalah kafir dzimmi iaitu mereka yang mebayar cukai dan tinggal dengan aman di bawah pemerintahan negara majoitinya Islam. AlMawardi dipersetujui oleh sekian ilmuan Islam dan juga Dr Yusuf Qardhawi membolehkan kafir dzimmi dilantik sebagai menteri dan menjadi wakil dalam parlimen. Kita memberi wala’ yang tertinggi kepada Muslim tentunya andai adanya Khalifah suatu hari nanti, namun menjadi wakil Parlimen dan DUN bukanlah yang tertinggi. Diri ini tidak mungkin membenarkan sesuatu perkara kerana politik. Kerana kita punya sedikit ilmu yang menjadi amanah maka ilmu itu menjadi neraca dan kebenaran itu lebih dicintai dari selainnya. InshAllah tuan site ini akan menjadi PACA. Doakan segalanya berjalan lancar. Sama-sama kita perbanyakkan zikir, istighfar dan solat taubah. Moga keikhlasan untuk kebenaran menjadi kiraan amal khair di sisi Allah.
VOTE FOR JUSTICE!