
This entry is strictly dedicated for my fellow’s members and those who may have know me.
I’m hereby want to apologize of any miscommunication that may have occurred during this few months for those who are trying to reach me through my cell phone. My hand phone was broken and I has lost all the phone numbers inside it. Unfortunately I didn’t registered my sim card for the service of what ‘ I don’t know ‘ so that my phone numbers will be persistently save. I’m asking for kindness from all my respected fellows and sahabiyat who has accidentally encountered this page to please kindly send your phone number to my email alqasam@gmail.com for my reference. I will gladly appreciated it.
Thanks so much. I’m so sorry for any inconvenience that may have occurred.
Oh, dunya, dunya. We have been so dependable to this one piece of innovation.*Shaking my own head.
Warkah Buat Arusah Fisabilillah
Aku menulisnya dengan penuh rasa cinta pada sahabatku ketika itu. Sahabatku, Ukht Zaiton akan melansungkan pernikahannya. Aku panasaran kerana tidak dapat menghadiri walimah beliau pada tahun lepas. Lantas, aku mengirimkan suratku kepada temanku, Nejmiye gadis polos dari Turki.
Warkah di bawah (ayat sedikit klasik) di tulis setahun lepas. Saya masih ingat detik itu. Kerana tidak dapat menghadirkan diri ke majlis sahabat tersebut, saya hanya mengirim kepada teman baik Turki yang berkesempatan mengahadiri majlis beliau.
Saya sungguh takut andai tertinggal memesan kepada Nejmiya teman saya. Saya terus menghayun langkah ke bilik beliau yang berada di satu tingkat dari bilik saya.
“Nejmiya, benarkah kamu akan pergi ke majlis Zaiton? Saya benar risau andai surat ini tidak sampai ke tangannya”
Nejmiya, gadis mulus Turki itu hanya tersenyum polos. Seperti biasa, susuknya bisa menenangkan diri.
” Jangan risau Sumayyah, pasti saya akan sampaikan kiriman kamu ini”
Dia menenangkan saya. Oh, Nejmiya. Mengenangkan dirinya sahaja boleh bikin diri teringat akan segala budi baik dan halus bicaranya. Masakan enak beliau dan diskusi bersama.
Bersama sedikit pengemaskinian, saya berkongsi bersama di sini. Entri asalnya di sini dan pernah juga kuemel kepada emel Alumni Sekolah Hiraku dan pernah kutitip untuk sahabat-sahabatku yang lain. Namun Kekanda Zaiton adalah insan pertama yang pernah menerimanya hampir setahun lepas.
Bismillahir-Rohmani-Rahim
Buat ukht habibti yang dicintai dan dikasihi sepenuh hati kerana Allah….
Semoga kala ukht membaca warkah ini, berada di dalam Redha dan RahmahNya sentiasa dengan limpahan barakah, sakinah mawaddha sebagai arusah di jalan Allah…
Tiada bicara rasanya mampu menatafsirkan betapa dalamnya perasaan rindu pada ukht…Seakan-akan terbayang kita menyulam bicara bersama.Saling bertukar pandangan, saling nasihat menasihati. Alangkah indahnya saat itu..Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati bila melihat barang-barang ukht tiada lagi, dan rasa bersalah bertimpa-timpa kerana tidak mampu dan tidak berkesempatan lansung menemui ukht buat kali terakhir. Sahabat dan adik apakah saya ini!..Namun ingatan yang tak putus tidak pernah padam buat ukht tercinta…
" BarakAllahulak WaBarakAllahua’laikuma Wajama’ BainakumaBilkaier.."
4hb yang lepas, tiga dua pertiga malam, saya bermimpikan ukht..Seakan-akan terbayang ukht mengejutkan saya.." Mari lihat gambar akak nikah ni." Dan sebak sungguh dada saya mengenangkan mimpi itu. Lantas, saya mengambil wudu’ dan menunaikan fardhu Subuh. Tanpa dapat ditahan-tahan lagi, menderu-deru airmata saya membasahi pipi. Saya sebak mengenakkan akan kehilangan ukht sebagai teman yang bukan dulu, namun bahagia mengenangkan ukht bakal menjadi sayap kiri kepada pejuang di jalan Allah..Saya sedih tapi gembira. Sungguh! Hanya Allah mengetahui.
Saya tahu saya bukan selayaknya, namun izinkan saya mengukir kata buat kakak yang saya cintai kerana Allah. Tika tiba saat ini, saat bertukarnya alam kepada sebuah ikatan dan "akad" yang berat. Yang mana terlerainya hokum haram kepada halal dengan satu, akad menuntutsatu tanggungjawab yang bukan mudah dan amat berat. Tika ini, terpundaklah amanah sebagai isteri, bukan sebaran isteri namun isteri kepada mujahid fisabilillah. Tegar dengan al-Quran dan Sunnah, penerus tarbiyah dan dakwah. Pemangkin semangat hidup dan mati untuk agamaNya!
Ingin saya nukilkan kata-kata Asma’ binti Kharizah Fazari r.a diriwayatkan bahawa ia telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya. Katanya. " Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engakau tanah bagi suamimu (dengan mentaati perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engaku seperti lantai supaya dia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebaninya dengan pelbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhimu maka jauhilah ia dengan baik, Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak-enak sahaja dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja dari dirimu"
Juga tegar seperti isteri Mustafa Masyhur, ketika beliau di dalam tahanan, tabah isterinya memelihara harta, dan anak-anaknya. Sabar menjadi isteri pejuang Risalah yang payah ini. ! Juga Khan’sa yang menyerahkan ketiga-tiga anak lelakinya ke medan jihad, tegar jiwanya, yang menerima kesyahidan anak-anaknya dengan senyuman bahagia. Telah kutunai janjiku pada suamiku..Katanya. Semoga Allah kurniakan kekuatan pada kita untuk menjadi andai tidak sepenuhnya seperti mereka.
Zaujah solehah pada suami yang soleh,
Tika suatu hari nanti juga, kamu bakal menjadi ibu. Kamulah itu yang akan menjadi penanam benih jilun-mansyud atau generasi yang ditunggu-tunggu. Begitu juga bakal ibu kepada jilun Qurani Farid! Kamulah itu yang akan mendidik anak-anak agar meletakkan cinta dan Redha Allah di tangga yang utama. Juga sentiasa membajai dengan ilmu warisan Islam, dan kemuncaknya adalah hidup dan mati untuk agamanya, mati berdarah sebagai syahid! Tetaplah ukht ku akan jalan yang payah ini. Taat, patuh juga menjaga amanah, harta, anak-anak tika suami tiada di rumah.
Jalan yang bukan mudah. Perlu dibayar dengan darah dan airmata..
Moga-moga Allah menyaksikan segalanya. Dan diberi ganjaran yang selayaknya buat pendokong risalah dakwah yang sukar dan penuh turis ini..
Rasanya itu sahaja yang mampu kunukilan. Sekadar cetusan rasa buat insan pengantin di hari bahagia. Moga-moga segalanya dipermudahkan, dilimpahi Rahmah, hiadayah dan barakah yang tak putus-putus. Juga moga cekal mengharungi hidup sebagai isteri seorang pejuang. Kuatkan dirimu ukht!.
:Uli dan lesung! Kita gaul tolak-ansur, saling memahami, bertanggungjwab menjadi satu. Moga beroleh barakahNya:
Selamat Pengantin Baru Arusah di jalan Allah
Aku menyayangimu sepenuh hati kerana Allah
Mendoakan jua sentiasa untukmu..FiAmanillah!
Salam sayang buat arusah yang dirindui
nai
10/3.2005
-Aku sisipkan sekali warkah buat Ukht Zaiton di atas dengan satu sajak yang pernah kutulis lama dahulu di bawah ini. Kutulis semasa aku di mansurah, Mesir dulu. Semasa kekandaku, Siti Noor Izzati Hussein akan berkahwin. Bersama-sama kita membacanya.-
Termetri sudah
Duhai insan bergelar isteri,
Buat pejuang di rantai ini,
Sudah termetri janji,
Sudah diikat setia,
Sudah dibongkar rahsia atma
Sudah suluh jiwa
Bagai diatur bersama,
Engkau melamar,
Memetrai janji buat yang halal,
Engkau merisik
Menyinggah diri sebagai suami,
Kini,
Rahsia hati,
Sudah lumat dalam diri,
Kini,
Singkap jiwa
Telah lerai tersimpul mati,
Bisikan garisah,
Desis halus berlagu merdu,
Telah berpada
Menjadi usrah tiada jemu,
Berganding membina diri,
Bersama menongkat jihad,
Bersatu melakar impian
Bertaut menyisip abstrak hidup,
Berpimpin mengintai kanvas syahid
Berjanji memikul perih amanahNya
Bersama segala
Meredah desak arah hidup
Menjunjung asperiasi Sunnah Nabi
Menjadi dagang di zaman modenisasi
Genggam Sunnah persis genggam bara api…..
Isteri
Kau sahabatku…
Menjadi medan generasi pejuang Ilahi,
Mencorak variasi ummah bervisi,
Mendidik benih hamba Rabbi,
Menyatu tenaga meredah,
Turisnya duri untuk menghirup,
Lazatnya cinta Rabbi…
Suami..
Engkau di sana,
Memerah darah,
Mengalir keringat,
Pasung tenaga,
Gelut usaha,
Ripuh rasa,
Demi damba taman cinta-Nya,
Pejuang di siang hari,
Pengabdi Tuhan di malam hari
Mengejar syahid impian sukma,
Yang hidup hanya untukNya…
Suami, isteri…..
Bukan di sini,
Bukan cinta kita matlamat utama
Namun,
Bersama untuk Cinta Kekasih selamanya..
Bersatu mengemis tulus RedhaNya,
Berganding mengait mulus RinduNya,
Kita berpaut, bertaut ; hanya..
Untuk, kekal bahagia,
Di RaudhahNya..
Lestari di dakapan halus
Tuhan
Yang Maha Mengerti Segalanya
Hanya kerana
D.I.A
Cinta Agung kita..
Hanyalah keranaNYA
Hanya…
Maka termetri janji ini….
