May 6, 2008

Pertembungan Pemikiran Siasi 2

Filed under: Politic, Fikrah

Entri kali ini adalah sambungan entri alqasam berkenaan hukum orang bukan Islam menjadi menteri menurut pendapat Dr Yusuf Qardhawi dan AlMawardi dalam entri   "Pertembungan Pemikiran Siasi 1 " yang lalu. Tulisan di bawah sekadar pindahan ringkasan komen saya di bawah entri " Bahana Perang Bendera Dan Simbol " di laman blog Akhina Tawel Sensei dengan sedikit tambahan dan editting. Banyak yang saya ingin tambah namun saat-saat ini saya punya masa namun saya tidak mampu fokus untuk menulis. Untuk menulis, saya perlukan fokus yang mapan. Tanpa fokus, tulisan saya akan hilang ruh dan intinya. Saya tidak dapat berjanji kerana saya masih punya beberapa entri yang perlukan sambungan dan ta’liq. Jesteru, untuk melangsaikan hutang saya yang lepas itu lebih utama untuk didahulukan. Tolong doakan saya berada dalam keadaan sejahtera ruh dan jasmani. Untuk perkongsian laman-laman anak-anak muda seperti Tawel Sensei, Rausyan Fikir, Kakiblog, Abqori, Hafiziftiqar dan MFR menjadi satu santapan intelek yang menarik untuk dibaca dan menjadi satu wacana pemikiran kritis. Selamat membaca bagi mereka yang suka mencari kelainan dalam pembacaan berbentuk fikrah atau pemikiran! Membaca tidak semestinya serupa.

ANEKDOT PENGUNDI 

Sayangnya dan sungguh mengecewakan hakikat yang pahit untuk ditelan apabila mahasiswa dan graduan yang berada dalam pra-sedar atau mereka yang sedar masih tertidur sekali sekali dalam proses membuat perubahan dalam negara dan hidup kita sekaligus. Lebih sayang lagi waktu tertidur mereka sewaktu tempoh kritikal seperti sekarang.

Majalah Milenia Mac 2008 membuat liputan menarik tentang ‘Kesedaran Pengundi’ m/s 22-24. Selain dari penyokong-penyokong setia parti yang tetap akan mengundi, pengundi senyap, pengundi atas pagar ada dua 3 golongan lain yang menyumbang kepada peratusan tidak keluar mengundi.

1) Golongan intelektual yang tidak mahu mengundi kerana tidak percaya kepada sistem demokrasi dan politik Malaysia.

2) Golongan anak-anak muda terutamanya golongan ‘urban’ yang merasakan mengundi lansung tidak mempunyai kepentingan, memberi kesan dalam hidup mereka dan malas berfikir. Mereka tidak mendaftar, malah tidak lansung mahu mengambil tahu. Just want to have fun as it is.

3) Golongan yang mendaftar namun kurang peka terhadap kesannya malah tidak mahu pulang atas pelbagai alasan remeh temeh, renyah dan sebagainya. Mereka boleh menukar tempat mengundi mengikut alamat kad pengenalan namun kurang peka untuk berbuat begitu.

Apakah faktor utama yang menjurus kepada sebab-sebab ini? Entah. Tiada jawapan yang tepat.

Sayangnya, ketidaksukaan kita kepada politik menyimpangkan kecenderungan kita untuk berfikir bahawa mengundi itu sangat mampu merubah banyak benda. Isu petrol, harga barang, keadilan, serta taraf hidup yang makin ‘mencekik’ kita saban hari. Sayangnya mahasiswa termasuk dalam senarai tersebut.

Harapnya tahun ini peratusan keluar mengundi akan meningkat. Moganya.

ANEKDOT AHLI DZIMMAH 

Al-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam As-Sulthaniyyah tentang bolehnya ahli dzimmah menjadi menteri.
 
Malah dalam kitab Dirasah fi Fiqh Maqhashid Asy-Syar’iah Maqasid Al-Kulliyah wa An-Nushus Al-Juziyyah (Feqh Maqasid Shariah) karangan Dr Yusuf Qrdhawi dalam bab Madrasah Zhohiriyyah Baru, Feqh Tekstual yang jauh dari Maqased-Maqased Syara’ Dr Qardhowi menyelar golongan zhohiri moden yang mengharamkan segala macam perkara dengan alasan ianya haram dan menafikan keperluan kepada proses ‘ta’lil’ ( mencari sebab dalam proses pengeluaran dan pensistinbatan hukum berdasarkan dalil ). Dr Qardhowi menyelitkan sekali:-

" Mereka menolak pendapat Al-Mawardi dan yang lainnya dalam kitab ‘Al-Ahkam As-Sulthaniyyah’ tentang bolehnya ahli dzimmah menjadi menteri. Malah mereka tidak menerima jika ahli dzimmah dicalonkkan dalam parlimen."

Menurut Dr Qardhawi lagi golongan ini dari sudut agamanya ialah Salafi yang mempunyai beberapa sayap dan mempunyai ‘rival’ yang mereka sebut sebagai ‘ahbasy’ dan dari sudut politiknya mereka bernama ‘Hizbu At-Tahrir’.
 
Kesimpulannya, golongan dari madrasah Zhohiri moden ini telah mengambil madzhab Zhohiri. Meskipun mereka tidak menamakannya dengan Zhohiri atau mengaku bahawa mereka telah menirunya. Mereka mengambil kejumudan lafaz-lafaz yang literal, melupakan hikmah dan ‘ta’lil terhadap teks dari mazhab tersebut.

Wallhua’lam.

Pemerintahan Negara Dari Sudut Maqasid Syara’: Siri Kedua

6.0 Maqasid kedua : Mentadbir Dunia dengan Deen 

Islam tidak meminggirkan dunia. Oleh itu wasilah pemerintahan ini amat penting agar dunia ini dapat ditadbir seperti yang telah digariskan oleh penciptanya iaitu Allah. Tidak ada panduan yang lebih baik selain panduan al Quran dan Sunnah yang telah disampaikan oleh Rasulullah. Dengan panduan risalah ini negara Islam yang dibentuk oleh Baginda yang diteruskan oleh para sahabat telah berjaya meruntuhkan empayar jahiliah yang besar pada ketika itu iaitu Rom dan Parsi. 

Musuh Islam hari ini cuba memasukkan jarum sekular kepada pemikiran umat Islam dengan membawa pemikiran pemisahan antara agama dan dunia. Selain itu, mereka mengatakan jika Islam memerintah maka akan membawa kepada negara agama yang skopnya sempit.  

Dr. Yusuf Qaradawi mengulas perkara ini dengan mengatakan : 

 "Penjajah telah berjaya membentuk pemikiran bahawa agama tidak ada tempat dalam pentadbiran negara, agama lain dan politik lain…" [9] 

Kerangka utama dalam mentadbir : 

· Menjalankan Keadilan

· Memastikan Keamanan

· Menyediakan Keperluan

· Melipatgandakan Hasil Bumi 

6.1 Menjalankan Keadilan 

Keadilan amat dituntut oleh Islam. Ini jelas seperti yang disebutkan dalam firman Allah : 

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (٥٨)يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا (٥٩) [10]

Maksudnya :

58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat. 

59. Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. 

Ayat 58 dan 59 menggambarkan bahawa amanah dan menghukum dengan adil adalah tanggungjawab utama ketua negara. Oleh itu, dengan perlaksanaan kewajipan tadi dan ketaatan mereka kepada Allah dan Rasul maka barulah rakyat memberikan ketaatan kepada ketua negara. 

Dr. Yusuf Qaradawi mengatakan : 

 "Dengan 2 ayat ini Syeikh Islam Ibnu Taimiah telah mengarangkan kitabnya bertajuk Siasah Syari’yyah fi Islah Ra’ie Wa Raieyah yang membahaskan isi dua ayat tadi" [11] 

Justeru, ketua negara juga perlu memastikan setiap perlantikan dalam jawatan negara adalah disandang oleh mereka yang berkelayakan dan amanah. Ini kerana mereka merupakan wakil ketua negara dalam urusan dengan rakyat dan ketidakmampuan mereka akhirnya akan memberikan ketidakpuashatian rakyat kepada ketua negara. 

Ini sejajar dengan firman Allah : 

قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الأمِينُ (٢٦) [12]

Maksudnya :

26. Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang Kuat, lagi amanah".

Selain memastikan amanah dan berkelayakan, tugas memantau dan memerhatikan gerak kerja setiap jawatan di bawah negara perlu dilakukan. Ini bagi memastikan bahawa tidak berlaku penyelewangan yang boleh menzalimi rakyat dan menyebabkan rakyat marah dan negara tidak stabil. Kuasa yang diberikan tidak secara mutlak tetapi terikat dengan syariat Allah. 

Ini sejajar dengan firman Allah : 

يا دَاوُدُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الأرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ (٢٦) [13]

Maksudnya :

26. Wahai Daud, Sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (Hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.

Keadilan ini bukan sahaja kepada orang Islam tetapi juga kepada yang bukan Islam yang bernaung di bawah kekuasan negara Islam.  

Berdasarkan firman Allah dalam surah al Mumtahanah : 

لا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (٨)

Maksudnya : 

8. Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. 

Said Hawwa mengulas dalam Urusan Kewarganegaraan dengan bukan Islam : 

 "Bila bukan Islam menepati janji maka perlu berbuat baik dan berlaku adil kepada mereka dan mempertahankan mereka".[14] 

6.2 Memastikan Keamanan 

Semua manusia menginginkan keamanan. Keamanan perlu menyeluruh kepada semua yang berhak berada di bawah sebuah negara Islam. Antara yang perlu dilaksanakan dan dijalankan ialah perundangan jenayah yang akan memastikan hukuman bagi mereka yang cuba menggugat keamanan menurut perspektif Islam. 

Said Hawwa mengulas dalam Urusan Keamanan : 

 "Keutamaan yang besar perlu diberikan kepada keamanan. Keamanan ini termasuklah keamanan ketua negara, pemerintahan dan rakyat. Maka akan termasuk di dalamnya banyak perkara seperti polis, perisik, kehakiman yang adil, hukuman…"[15] 

Beliau mengulas dalam Urusan Jenayah : 

 "Hukuman dilakukan dengan kadar yang diperlukan untuk memperadabkan tanpa melampau kepada kezaliman dan tidak mengambil mudah perkara hudud dan qisas. Syariat telah memberi pilihan yang banyak kepada ketua negara dalam ta’zir bagi menghukum golongan fasik, melakukan maksiat begitu juga meilzamkannya mendirikan hudud dan qisas…"[16]

6.3 Penyediaan Keperluan

Setiap negara mempunyai pelbagai sektor yang boleh dikembanggiatkan bagi memenuhi tuntutan dan keperluan rakyat. Usaha ini perlu bagi memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat dan juga menjalani kehidupan dengan keperluan yang mencukupi. 

Ini boleh dinyatakan seperti berikut : 

· Penyediaan peluang kerja

· Mencambahkan industri

· Meningkatkan tahap keilmuan 

Usaha-usaha ini dalam persoalan hukum merupakan fardu kifayah yang amat penting.  

Berkata A’llamah Ibnu Abidin dalam kitabnya Raddul Mukhtar A’la Durril Mukhtar : 

 "Merupakan fardun kifayah bagi penyediaan tempat pengeluaran (kilang) yang diperlukan".[17] 

Said Hawwa mengulas dalam Urusan Taraf Hidup : 

           "Ini merupakan perkara yang diambil berat oleh manusia dan sebagai penimbang, siapa yang gagal maka sukar mendapatkan istiqamah manusia untuk menyukai dan memberi ketaatan".[18]

6.4 Mengusahakan Hasil Bumi 

Allah menjadikan bumi ini penuh dengan hasil yang boleh diusahakan bagi kemanfaatan manusia bersama.  

Firman Allah : 

وَهُوَ الَّذِي أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ نَبَاتَ كُلِّ شَيْءٍ فَأَخْرَجْنَا مِنْهُ خَضِرًا نُخْرِجُ مِنْهُ حَبًّا مُتَرَاكِبًا وَمِنَ النَّخْلِ مِنْ طَلْعِهَا قِنْوَانٌ دَانِيَةٌ وَجَنَّاتٍ مِنْ أَعْنَابٍ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُشْتَبِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ انْظُرُوا إِلَى ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَيَنْعِهِ إِنَّ فِي ذَلِكُمْ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ (٩٩) [19]

99. Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu Segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman. 

Maka sudah pasti sebagai ketua dalam negara Islam mengusahakan dan melipatgandakan hasil agar dapat dinikmati oleh rakyat dan digunakan bagi manfaat rakyat bersama. Sikap ini telah digambarkan oleh Khalifah Harun Ar Rasyid yang meminta semua pakar kejuruteraan dan ulama’ berkumpul bagi menyediakan plan pengaliran yang hendak dibuat bagi menyuburkan tanah Kharaj (cukai kepada tanah yang dibuka oleh orang Islam). Dalam usaha ini Imam Abu Yusuf telah mengarang kitab berkenaan Kharaj bagi keperluan negara.[20]

7.0 Konklusi 

Sudah pasti jelas bagi kita betapa besarnya maqasid yang hendak dicapai oleh Islam melalui pemerintahan. Melalui wasilah pemerintahan begitu banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seorang ketua negara bersama ahli kabinetnya.  

Adalah amat malang jika sebuah negara Islam itu diperintahkan dengan ketua negara yang tidak memiliki akhlak pentandbiran ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Said Hawwa dalam 30 Akhlak bagi seorang ketua negara. 

Harapan agar para ulama’ sedar akan kepentingan tanggungjawab ini dan menjadikan agenda bagi memastikan negara mereka mempunyai kepimpinan yang berakhlak. Kelalaian ulama’ dalam memastikan adanya mereka yang layak menjadi ketua negara dan memastikan mereka berakhlak dengan akhlak yang telah ditetapkan akan mengakibatkan kepincangan dan kerosakan dan sudah pasti Islam tidak dapat dipelihara dengan baik dan dunia menjadi sarang kemaksiatan. 

Bangunlah generasi hari ini bagi mendepani cabaran yang cukup besar. 

والله من وراء القصد وعليه توكلت وإليه أنيب

وما أريد الا الإصلاح وما توفيقى الا بالله

 الفقير إلى الله

Amly Asenar

Abu kinanah

BA Syariah dan Undang-Undang

Jabatan Syariah Islamiah

Universiti Al Azhar As Syariff

Cawangan Tanta

Penuntut

Darul Ifta’ Al Misriah

Mesir



[1]Surah Ali Imran : 85 

[2]Surah Al Baqarah : 85 

[3]Abdul Karim Zaidan (Dr.), Usul Dakwah, Beirut, Muassasah Risalah, Cet.9, 2001 M – 1421 H, Hal.53 

[4]Ibid. Hal. 230 

[5]Lihat : Ibid.  

[6]Said Hawwa, Fusulun fil Amrah Wal Amir, Kaherah, Darul Salam, Cet.2, 1994 M – 1415 H, Hal.71 

[7]Muhammad Diya’uddin Riss (Dr.), Islam Wa Khilafah fil Asril Hadis, Kaherah, Darul Turath, Hal. 271 

[8]Surah Al Baqarah : 138

[9]Yusuf Qaradawi (Dr.) Min Feqh Daulah Fil Islam, Kaherah, Darul Syuruq, Cet.1, 1997 M – 1417 H, Hal. 13 

[10]Surah Al Nisa’ : 58-59 

[11]Ibid. Hal. 15 

[12]Surah Al Qashas : 26 

[13]Surah As Sod : 26 

[14]Said Hawwa, Op.Cit. Hal. 75 

[15]Ibid. 

[16]Said Hawwa, Ibid. Hal.77 

[17]Abdul Karim Zaidan (Dr.), Op.Cit. Hal. 235 

[18]Said Hawwa, Op.Cit. Hal.75 

[19]Surah Al An’am : 99 

[20]Abdul Karim Zaidan (Dr.), Op.Cit. Hal. 236

March 5, 2008

Injuksi Umum Minda Malaysia

 

Suatu hari, ana mendapat maklum balas seperti di bawah di atas entri pendirian peribadi politik di Malaysia. Berdebat tentang politik bukanlah perkara yang meyenangkan namun kerana datangnya maklum balas seperti di bawah maka untuk menyampaikan kebenran itu lebih kita cintai. Jawapan di bawah lebih berbentuk satu jawapan commen sense atau bersifat ‘aqli yang tidak berniat memanjangkan apa-apa isu disekitarnya. Pendirian tuan site ini jelas, namun untuk memanjangkannya dengan pendebatan yang tidak menguntungkan dan menenangkan bukanlah kecenderungan tuan site ini.

I just didn’t agree with u..sorry….i vote 4 the goverment….tidak semua ahli2 UMNO & Barisan National korupsi…cume segelintir drp mereka yg berbuat demikian…dan tidak semua ahli2 pembangkang adalah betul…kita sama2 beragama islam..kenapa saling bertelagah.Saya pernah alami situasi sedemikian malah ader segelintir rakan2 saya memilih parti pembangkang mereka mengagungkan wakil mereka malah sangup berdebat dan memulaukan rakan2 yg berlainan parti dan mengatakan kitaorang semua kafir….inikah perjuangan yg mereka sanjungkan.Sedangkan secara peribadi mereka jarang sembahyang…masya Allah…jarang berpuasa….dan bermacam-macam lagi.Malah mereka sering mempelaga2 sesama sendiri…inikah contoh & teladan yg patut kita ikuti….zaman telah berubah…pemikiran juga harus berubah….Saya hanya vote 4 pembangunan insan…same2lah kite fikirkan..
I just sorry 2 say this…….rakyat negara malaysia tidak pernah bersyukur…………
rakyat negara ini hidup dgn manja…
rakyat negara ini hidup tanpa ape2 perjuangan..
perjuangan yg ada hanyalah demi kepentingan peribadi..
sedarlah rakyat malaysia..
anda hidup di negara yg membela anda.
anda hidup di negara yg memperjuangkan hak manusia..
sedarlah..
Sebab MELAYU mudah lupe….
Jangan disebabkan bicara saya ini…awk memulaukan saya…were are muslim…….assalamualaikum

 

1) Well, each one on to thier own. Saya hormati setiap pendirian masing-masing. Betul tu, apa yang saudara sebutkan tidak patut kita bermusuh dan lain-lain. Sejujurnya saya tidak begitu meminati politik dan lebih cenderung kepada majlis ilmu, pentarbiyahan dan pendidikan hati.  Alhamdulillah, saya juga proud to be Malaysian.

2) Sebagai manusia tiada siapa yang sukakan akhlak yang kurang menyenangkan, tidak kira apapun latar dan kecenderungannya, namun kerana kita belajar sedikit feqh siasah dan feqh daulah dan saya  cinta kepada Allah dan RasulNya maka kita menilai dengan kaca mata syariah. Dari perspektif politik kita melihat kepada dasarnya walau aplikasinya masih dipersoalkan. Contohnya, kita melihat kepada dasar Islam bukan pada Muslim bagi memahamkan non Muslim yang aqidah Islam itu yang wajar diimani bukan akhlak Muslim kerana akhlak Muslim bersifat plural, tidak tetap sifatnya dan bukan qotie maqamnya. Begitu juga contohnya bagi kalangan penyokong parti alternatif yang kurang akhlaknya, tidak menunaikan kewajiban disebabkan tidak mengikuti proses tarbiyah secara sistematik umumnya terjadi kerana sasaran platform tertentu yang merangkumi secara keseluruhannya termasuk orang awam. Kejahilan mereka membawa fitnah kepada dakwah dan parti-parti tertentu sendiri, ianya bukan perkara yang menggembirakan walau saya faham ianya terjadi kerana mereka tidak diserap ke dalam proses tarbiyah Islam secara tersusun, mereka sayang islam namun jahil dalam banyak perkara. Saya tidak akan justifikasi perbuatan mereka, ia tetap salah cara dan tindakan. Namun setidaknya mereka cintakan kebenaran dan kebaikan.

3) Ini yang dikatakan keperluan kepada pemahaman manhaj dalam siasi dan tarbiyah dalam Islam. Menurut  prinsip Islam kita melihat kepada gambaran yang lebih luas dan besar. Maslahah yang lebih luas. Yang bertetapatan dengan qawaed syara’ dan dalil-dalil syara’. Walau dalam 100% terdapat 40 % tidak kita gemari, namun 60% dalam isu barisan alternatif menepati manhaj salaf dan amalan Ulama-ulama’ silam juga menepati keadilan sejagat, maka saya memilihnya. Dasarnya bukan tubuhnya. Keadilan dan Islam itu sendiri.

4) Saya sayang kepada negara, namun saya lebih sayang kepada Ulama’-ulama’ Salaf dan para-para sahabat yang dijanjikan Allah akan syurga, saya belajar dari Ulama dari sekian genap pelusuk negara, walau masih sangat jahil namun dari sirah mereka kita telurusi wahyu dan petunjuk yang membawa kepada cinta Allah dan RasulNya yang Rasul bersabda bahawa ikutilah sahabat-sahabatku mereka ibarat bintang-bintang. Mereka tidak bersama dengan kefasiqan dan kemungkaran dan mereka tidak bersenang-senang bersama pemerintah. Kerana barangsiapa memlih dunia dari Allah, maka halawatul iman tidak akan menyinggahi hatinya,

4) Saya tidak memusuhi mereka yang pro BN, sebagai individu Muslim saya sayangkan mereka sebagai saudara seislam saya, seperti kita tidak membenci Muawiyah & Yazid b. Muawiyah r.a yang mempunyai konflik dengan Saidina Ali r.a dari sudut muslimnya, namun dari sudut siasah dan pendirian politik Islam yang kita lihat selari dengan pemahaman Al-Quran dan Sunnah maka kita memisahkan diri dari menyintai pendirian politiknya. ( Ya, memang di situ terlalu panjang sirah dan kupasannya ).

5) Namun, apabila melihat kepada ketidakadilan yang berlaku, instrumen kerajaan digunakan untuk mengempen parti politik sedangkan parlimen telah dibubarkan pd 12hb Februari yang lepas, hati saya sangat sedih, bermakna kerajaan sudah tidak ada sehingga keputusan diumumkan namun segala media massa menggunakannya khidmat awam untuk kempen parti-parti tertentu. Inikah keadilan? Bagaimana ingin dijawap dihadapan Allah kelak? Sedangkan ulama’ zaman tabie’en sangat takut menjadi umara’ kerana andai sebutir anggur yang dimakan atas dasar wang rakyat maka menggeletarlah tubuh seraya pengsan kerana takutkan Allah. Ini yang terjadi pada Khalifah Umar Al-Khattab dan cucunya Khalifah Umar Abdul Aziz. Menelurisi kisah-kisah mereka dalam ketaqwaan pd Allah, mengamalkan syariat serta sangat berhati-hati dalam memerintah membuatkan jiwa kita bergetar kepada Allah. Kemaksiatan yang mengundang bala Allah, isu-isu sosial dan jenayah yang berleluasa, jalan belakang Petaling Street apakah cara pencegahannya? Kerajaan punya kuasa, namun? Malah isu yang paling kritikal ialah yang membabitkan persoalan wibawa dan integriti ahli-ahli politik, rasuah, korupsi, kenaikan harga barang dan minyak yang semakin meningka serta keadilan dalam pembahagian kekayaan negara kepada rakyat.

6) Saya bukan political junkie, saya tidak berminat untuk convert orang kepada barisan alternatif yang saya yakini secara umumnya, namun saya sekadar berkongsi. It is never related with the feeling of being proud as a Malaysian. Saya juga tidak setuju dengan semua perkara dalam barisan alternatif, namun berbanding dengan BN, maka saya timbang dengan neraca qawaed syara’ dan ilmu yang saya ada (walau masih sangat cetek), maka memilih mereka lebih dekat InshAllah dengan kebenaran dan keredhaan. Bagaimana pemimpin yang kita pilih seandainya praktikaliti asas dan sahsiahnya jelas bertentangan dengan isu-isu fundamental agama yang asas dan bercanggahan dengan kriteria-kriteria pemimpin adil, saksama dan selaras dengan prinsip pemimpin Islam? Apakah yang akan dijawab di hadapan Allah kelak? Saya tidak terpengaruh dengan siapa-siapa dan saya hanya memerhati  secara skeptikal sejak dari dulu lagi. Tidak suka pada sifat taasub kepartian dan sukakan kasih sayang.

7 ) Barisan alternatif tidak mengharapkan kemenangan besar, cukuplah ketelusan dalam pilihanraya dan proses berkempen. Saya pernah alami pelbagai kekotoran semasa proses berkempen sewaktu saya cenderung kepada politik dahulu, politik wang, rasuah, poster-poster dikoyak, akhlak yang sangat mendukacitakan. Inikah keadilan? Kalau berita diberi sama rata, medium-medium kerajaan memberi keadilan pada liputan dan pilihan raya yg bersih dan telus, SPR yang adil; Terlalu banyak bukti tentang nama-nama pengundi yang mepunyai masalah, pengundi hantu, masa pengiraan yang dipanjangkan, inikah keadilan? Kalau bersih dan telus yang kami dapat, saya tidak kisah. Benar! Walau kalah saya puas hati. Senang dan tenang kerana pilihanraya bukan segala-galanya namun keadilan itu asas prinsip islam serta akan mejalani pemerintahan BN dengan senyum lebar. Barisan alternatif dan pembangkan diperlukan juga dalam parlimen bagi check and balance dalam banyak perkara. Ini prinsip asas dalam pembentukan kerajaan dan diakui bagi mereka yang belajar politikal sains.

8) Saya juga berterima kasih kepada kebaikan yang BN lakukan namun itu adalah tugas mereka, memberi khidmat setelah diberikan mandat majoriti rakyat dalam pilihan raya dan membentuk kerajaan, mereka mengurus wang rakyat dan melahirkannya dalam bentuk fizikal dengan cara yang menguntungkan rakyat bukan sebaliknya. Sebagai warganegara juga kita punya hak mutlak menilai setelah mandat diberi bagaimana hasil pemerintahan mereka secara keseluruhannya dan kita punya hak untuk memilih. Berbeza bukan satu jenayah. Inginkan keadilan dan perubahan bukan tanda tidak bersyukur. Minda rakyat Malaysia telah dicetak dengan budaya pemikiran yang menerima apa sahaja hidangan di media-media massa malah telah membantu melahirkan sindrom kemalasan berfikir dan bersifat kritikal yang sihat.

9) Saya yakin BN tetap akan menang, namun saya ingin melihat Barisan alternatif di beri sedikit tambahan mandat dan berjaya menafikan dua pertiga kerusi Barisan Nasional di Parlimen dalam lingkungan peratusan 45% Barisan Alternatif supaya suara-suara kami juga diambil berat. Jangan risau, saya juga cakna akan anasir-anasir luar. Kita semua perlu sangat berhati-hati namun tidak bermakna kita memejamkan mata dari kebenaran dan menafikan hak bersuara.

Sirru ‘Ala Barakatillah.

al-haqer 

_____ 

1) Epilog Politik Triologi www.hembusan.blogspot.com

2) Aku Manusia Percaya www.saifulislam.com

3) Kata Tak Nak- Everything About Politics. A witty and sarcastic blog.

4) Educated Voting 

Can’t Malaysian Differ?


 

Election Day Is Just Around The Corner

Q: Aren’t you proud being Malaysian?

A:  Of Course I’m proud being Malaysian, but each citizen has their own right to voice out their opinions based on solid knowledge, sense of justice, human right perspective and not based on emotions or provocation by certain parties. Choose to being different with mainstream is never related to gratefulness or feeling proud being a citizen in one country. As for us who are just a normal citiznes, we feel that whom can provide the up most benefits to us, those who think about the people first, those who have prove to has a wise integrity, and parties who are fair and clean plus the most sincere to us, they are the one that we will vote for. Nevertheless I truly respect different choices and views which is based on faith, knowledge and objective point of view.

February 29, 2008

LIES ? We had enough.

 
 "Allah doth command you to render back your Trusts to those to whom they are due; and when ye judge between man and man, that ye judge with justice: verily how excellent is the teaching which He gives you! For Allah is He Who hears and sees all things." [An-Nisa 4:58]
Well, maybe I’m sound a little bit immature  in this post but I’m so going to boycott mainstream newspapers but SUN wouldn’t be included, of course. Beside, it is not a mainstream paper to begin with due to the fact that we can get it freely from 24 hours 7-eleven shop and it is an independent team!. I didn’t know about other’s view on it but this is definitely my family decision. What more we can hope from them? Just a daily news of unworthy dry humor with a low standard of sarcasm and an obvious biased news reporting that occurred repeatedly. I mean, excuse me, but aren’t we also a human being who naturally want an equal news coverage? or aren’t we also a citizen who pay taxes that has a full right to receive a fair news on both parties? I said, we had enough. Bye-bye my so called ‘darling’! An obvious manipulation of human mind and unfair treatment of human right with a wicked provocation, indeed. Well, maybe I’m still in the state of dreaming in my ‘dreamland’ to ever hope for it at the first place.
 
To begin with, it is a known fact that mainstream media is not a reliable source to gain a precise news updates for any issues that revolving the upcoming election. Basically, if there is one thing that will make a person who are not a political junkie or those who are not sensitive political wise become interested and more aware of political issues is the discrimination in treating the alternative parties, either it is on the news reporting or the limited prominent medium for the people to voice out their opinions. The government instruments has been used all the way to promote their respected parties which is clearly misused the people’s money and government services for the sake of personal political interest. Government and parties is both different literally. While government is build by the majority of certain parties that gain more votes and chairs in the parliament but right before the election and after Prime Minister dissolves Parliament on 12th February 2008, there is no government manifactured anymore until the election day has come to the final and all the result has been announced. Hence, using government instruments that is build by people’s money is totally unfair action by certain political parties.  Rather then have my rage build up that literally will torn my heart apart out of frustrated I rather choose to read an intelligent and decent writing that covered objectively any news and analysis on both parties online yet I didn’t like to involve in any heated discussion online. We say, what we want is the right of the people to have clean and fair election. It is not the winning itself but our highest hope is to have a decent elections and wise campaigns.
 
Related Link:
 
February 28, 2008

Pertembungan Pemikiran Siasi 1

Allahumma Solli ‘Ala Muhammad.

Semua sudah maklum akan hangat pilihanraya sekarang. Sempat juga alqasam bersembang dengan sahabat akan persoalan tarbiyah dalam satu parti politik  dan kontradaksi dalam kekeliruan pemilihan undi yang berlaku di kalangan ahli-ahli gerakan Islam samada mereka yang cenderung kepada politik kepartian ataupun tidak.

Semua dari kita adalah makhluk Allah yang mempunyai akal yang diberi Allah dada yang cerah inshAllah dengan tumpahan ilmu yang sohih andai benar ikhlas mencari  keRedhaannya namun kita juga manusia yang faqir yang tertakluk pada kalimah janji LAILAHAILLAH.

Ingin alqasam ulas beberapa momentu utama namun sebelum itu ingin sahaja menangis bila membaca ini, rasa lapang bila membaca ini, rasa terkilan bila mebaca ini dan menjadi kritikal dalam bentuk yang positif bila membaca ini. ( Baca: alfaqer tuan site ini tidak mempunyai affliciation dengan mana-mana link-link berkenaan. Mereka adalah pemikir, kita membaca, menyeluruhinya, berfikir dan membuat keputusan. )

Mengapa semua rasa ini terhimpun, inshAllah akan disimpulkan dalam entri akan datang.

Percayalah, alqasam tidak menjadi ahli kepada mana-mana parti politik di Malaysia tetapi tidak bermakna tidak mempunyai kecenderungan kepada siasah Islamiah. Sejak kehangatan perbicaraan mengenai pilihanraya berlansung, alqasam cuba untuk tidak menghiraukannya kerana keutamaan-keutamaan dari aspek masa dalam perkara-perkara lain. Namun ketidakpedulian kita atau tidak kecenderungan kita terhadap persoalan manhaj, tarbiyah ataupun akhlak dalam sesuatu gerakan tidak lansung boleh diberikan alasan untuk kita melupakan persoalan menentang kezaliman dan menegakkan ma’ruf dari perspektif Feqh Ad-Daulah! Samada anda Tabligh, ISMA, Abim, Jim, Haluan, AlaMadzhabiyyah, Wahabi, Tradisional atau pun apa sahaja kecendurangan dalam toriq ilAllah, jangan lupa ulama’-ulama Salaf dan silam tidak pernah berhenti melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkar dan giat berjihad melawan fasiquun dan zholimuun.

Andai kita tidak bersetuju akan persoalan demokrasi sebagai keperluan fardhu dalam menentang kezaliman dengan alasan ianya adalah bid’ah dan ideologi kuffar, maka apakah anda boleh menafikan tanggungjawab sebagai warganegara dengan mengambil ianya sebagai hukum harus yang sangat diperlukan dalam mencegah munkar dari aspek kenegaraan ataupun Feqh Daulah. Andai kita tidak menyukai Umno juga tidak cenderung kepada barisan pembangkang bolehkah sahaja kita goyang kaki dan mengambil jalan mudah mendiamkan diri? Kalau benar kita cinta pada ulama’ ‘Amilin atau cinta kepada usaha dakwah, maka proses pembuangan undi adalah tanggungjawab sebagai warganegara dalam sebuah entiti hidup bermasyarakat.

Benar, pilihan raya bukan segala-galanya, bukan tujuan bukan juga matlamat bukan juga sasaran. Meyebarkan risalah dakwah adalah matlamat utama dalam mana-mana gerakan Islam.  Kerja utama kita adalah menyampaikan dakwah dan menerapkan tarbiyah Islamiah ke dalam setiap individu-individu Muslim. Tanggungjawab utama kita adalah dengan menerapkan pemahaman Islam yang sohih dan jelas serta menyeluruh dan pencarian ilmu yang tidak akan henti-henti salam bila-bila. Asasnya ilmu dan zikir. Pilihanraya adalah ‘phenomanal’ sedang kerja kita adalah selepas dan sebelum malah kita tidak boleh  bergantung kepada apa-apa keputusan ‘phenomanal’ tersebut, tetapi duduk halnya ‘phenomanal’ itu akan meberi banyak impak dalam hidup bermasyarakat dan usaha membudayakan kehidupan yang lebih positif dan bersih, paling tidak.

Mahu tidak mahu kita tidak dapat menafikan pilihanraya merupakan salah satu satu medium dalam usaha menentang kezaliman, rasuah, ketidakadilan, penyalahgunaan kuasa dan keruntuhan moral di kalangan generasi era ‘virtual world’ andai malas mengaitkannya dengan persoalan agama!

Kalau kita tidak suka kepada keduanya, pilihlah yang paling ringan mudharatnya, paling sikit kekurangannya, paling minima kekhalifannya. Ini selari dengan kaedah qawaed feqhiah. Hilangkan sebentar sifat keakuan dalam mencapai maslahah yang lebih besar. Paling tidak, punya manfaatnya pada masyarakat secara keseluruhannya atas dasar yang dibina kepada cinta pada Allah dan RasulNya walau praktikalnya masih ada yang mempersoalkan. Paling tidak pada mereka yang bersih cara hidupnya dan mengamalkan cara hidup Islam secara umumnya. Di saat kritikal begini, berfikirlah dengan bijak!

Bersambung inshAllah.

Akan datang biiznillah.

#Apa kata Dr Yusuf Qardhawi tentang kafir dzimmi menjadi menteri atau wakil rakyat?

# Undi calon atau parti? Pendapat ringkas Dr. Wahbah Zuhaili.