
Pasca Apakah Sekarang Ini?
Ini tulisan santai dan mungkin memeningkan kepala. Dunia blogging atau penulisan maya kelam kabut sekarang. Kita tidak akan menulis kerana orang lain menulis! Kita menulis kerana memang ingin menulis. Rentetan dari lahirnya penulis-penulis blogger yang begitu ramai melahirkan juga berbagai-bagai jenis alur pemikiran yang ditumpahkan secara berbeza melalui teknik penulisan yang berbeza. Ini kerana dunia internet menjanjikan pulangan tiada batas iaitu kebebasan menulis yang dilahirkan berdasarkan pola pemikiran yang berbeza. Tidak dapat tidak kita perlu mengakui penulisan-penulisan kontroversi ini banyak mempengaruhi malah mungkin mengurangkan atau menambah produktiviti masyarakat.
(more…)
May 15, 2007

We are sneezing now…so we have to take a break for a while aren’t we? Mybe with a cup of lemon tea?
Sekarang musim selsema..Media selsema, orang ramai selsema, kolumnis selsema, mufti selsema aduhai kesian..Mungkin perlu rehat dan berfikir seketika. Maklum-maklum akan hati kita sendiri. Maklum sahaja waktu selsema sangat meletihkan..
___
Wandering around and have a nice cup of tea

1) History of Tarim. A very nice indeed by Sidi Yahya
2) Antara ‘Ajwah dan Kokka
3) Hadith dhoif?
4) Kembara Sub Sufi Sahara
5) A journey of Hajj of AbuZhulixin 1425 Hijra
6) A Journey to Syria. A very barakah land.
Memetik bunga " Juri" di halaman Urdun.
Seperti biasa,setelah tiba musim bunga tiga siswi nakal membuat perancangan.Seakan-akan kelihatan tanduk di kepala mereka bertiga.. Mari kita ke Amman. Musim bunga dah tiba. Ketiga-tiganya tersenyum nakal. Mereka bertiga yang terkenal dengan kejaguhan memetik bunga menuju ke Amman. Dari Mafraq yang dipenuhi sahra’ mereka menapak penuh keazaman. Mahu memetik "juri" di halaman jameah (Universiti) Urdun. Sambil menaiki bas berbekal "shantoh" besar dan gunting mereka menuju Amman. Kata siswi A " wei, kalau kita petik bunga tu, kira mencurikan..lebih 4dinar kena potong tangan kan.? Di kira hukum "sariqah". Katanya gaya seorang pelajar syariah. Siswi B." Kalau mazhab Hanafi dua dinar dah kena potong tangan…so gi mana nih?..sis c " ala, kau, hari tu kau lalu tepi rumah ammu,pun kau amik bunga tu. Teringat siswi B memetik bunga di tepi rumah ammu..Tiba-tiba.." ya anisah..(gadis)..petik..bunga.ye.suka bunga "juri" ker..Jawab dua siswi itu. Sambil tersengih dan berdebar-debar juga takut di marahi. " aiwah nubibbu awi2x.." ammu pun tersenyum tanpa terselit perasaan marah melihat gelagat dua siswi nakal tersebut..
Di Universiti Urdun
Emm..harapnya tak bertembung dengan Ammu Haris Nanti kena tangkap…Emm ye la..Kira kita ni amik harta awam..so takpelah..masing-masing menyedapkan hati masing-masing kerana sudah tekad. Tiba di Amman, mereka menuju urdun..sambil masing-masing galak memetik bunga..Masing-masing memerhati takut2 ada syabab-syabab di jamieah yang melihat mereka siswi seolah-olah dari "badwi" atau kampung memetik "juri" seolah-olah tidak pernah melihat bunga lagaknya..Hehe…biasalah kan di jamieah kita mana ada bunga. Yang ada hanya pohon-pohon zaitun dan tanah gersang sahra’. Selesai, walau tangan luka-luka akibat memetik, tapi kita puas hati. Gumam diri masing-masing..
Pulang
Ya Allah, apa yang korang buat ni..?..—sambil melihat bunga-bunga itu ditampal ke dinding menjadi pot-pori. Budak-budak ni, desis si kakak..Tapi.." Jom temankan akak pula..". kata kakak .sambil tersengih..Macam-macam gelagat mereka yang mencuit hati..Perempuan. Aduhai! Begitulah, gelagat siswi Jordan-Mafraq yang nakal,^_^
Menyelinap ke Masjid Hussien dan Azhar
Senario2 pula lebih suka mendaki gunung Thur Sina, dari memetik bunga. (Ketika mereka mendak bukit Thur-Sina, bermula dari yang terakhir start, ketika insan lain sudah bermula, mereka masih belum bermula.. tapi antara yang terawal sampai disebabkan ke"cekalan" sis B ..meredah angin kuat dan kepenatan yang bukan sedikit. Sis A: akak, dah tak larat ni, kita relax dulu. Sis B: teruskan jgn berhenti, nanti lagi penat.." katanya sambil meneruskan langkah dan memberi galakan penuh pd sis A..Sis A: akak saya penat sungguh ni…Sis B: takpe, kita ikut jalan shortcut..sambil mendaki cerun yang akan bahaya..Sis A: ya Allah, kuat sungguh kakakku ini…sambil matanya meliar melihat shbt2 yg lain bersantai berehat..Allah shj yg tahu, memang penat sgt.."..Akhirnya dengan deruan angin yang mat kuat, juga cerunan yg bahaya berjaya juga mereka sampai yg terawal di puncak Thur Sina atau Jabal Musa..
Ya Allah, melihat tempat bermunajatnya Nabi Musa selama 40 hari..alangkah bersyukurnya…" ) Entahlah mengapa mereka kurang berminat pada bunga-bunga ini. Tika musim rabieah pasti ramai siswi ke Kaherah untuk bergambar bersama pohon-pohon Mawar.. Namun sesetengah siswi pula lebik enak pergi mencuri-curi ke Hussien untuk ke masjid azhar, bertalaqi dengan Syeikh. Walau berpanas-panas, dan berdebar-debar juga kerana Seakan melanggar peraturan sekolah.." Ala, takpe nak cari ilmu."..masing-masing yakin dengan hati dan diri masing-masing. Walau tidak digalakkan, mrk pergi jua.. Memang kepingin belajar dgn syeikh-syeikh di situ. Namun awas! Berhati-hati semasa di Hussien…!.
Mesir, bumi barakah, bumi Musa dan Firaun. Di dalam nya antara dua neraca. Mahu baik, ke kananlah, menapak jejak Musa dan para anbiya’ , salafussoleh dan ulama-ulama’ tersohor. Begitu juga dataran Syam, di sana tinggalan para anbiya’ dan salaf-soleh. Laut mati, megajar manusia agar jangan mecabar Tuhan. Kamu Luth telah di ‘azab’. Ummah manusia sekarang! Usah berbangga dengan dosa dan maksiat. Hidup di dunia dengan rasa bangga dgn ingkar pada Allah. Lihatlah pada tinggalan dan ambillah ia menjadi ibrah pada akhir zaman ini. Jangan menjadi ummah yang dilaknat Allah, jauh pula dari Rahmah dan hidayah Allah. Nauzubillah..
Andai mahu bebas segala rasa, ke kirilah menitip jejak yang direntas Firaun.. Buatlah apa sahaja. Tiada siapa melarang. Tiada ibu-bapa mengawasi. Segala pilihan di tangan. Allahlah jua yang akan menilai dan memerhati.
( kalau lelaki, nak berambut panjang sampai ke pingggang,boleh ikat "tocang" sampai boleh buat iklan syampu SunSilk dan Pantene for man, pun boleh, or siswi yang nak makan2 KFC dgn zaujuha mustaqbal, tengah malam di "tahrir" berdua-duaan di persisiran Nil pun boleh.., andai iman no 100 dalam ranking hati..)–> Ini adalah ihtimal atau satu assumpation di mana-mana sahaja…
atau
( ke kuliah, tafaqquh or talaqqi, berguru dgn Syeikh Mu’tabar, bergaul dgn orang Arab dan dll. tidak statik..Rajin ke masjid bg lelaki, tegar dgn, ikhlas, da’wah dan tarbiyah. maka Alhamdulillah..)
Alhamdulillah. Bagai terbayang segala yang dilalui di sana. Mana mungkin mencari bumi tarbiyah yang lebih indah dari bumi2 anbiya’ itu. Segalanya dilalui dengan penuh sabar dan melerai hikmah di atau ujian dan dugaan. Menhadiri kelas atau ke kuliah tidak seselesa yang dibayangkan..Berhimpit-himpit, tanpa kipas atau aircond cukup menguji. Di dua bumi itu, tinggalan segala sirah Nabi dan kisah-kisah sahabat, tabie’ dan ‘tabien. Alangkah bersyukur dapat menjejak di jejak para anbiya! Cukuplah andai dikatakan tidak mungkin melupakan lembah-lembah yang banyak menguji rasa namun menatijahkan satu ingatan yang paling bermakna di dalam hidup dan mengurniakan satu bekal tarbiyah yang paling mahal di dalam dunia.
Glosari–tulis2 je, bukan kamus- Nota kaki buku maya yang nostalgik
Juri: mawar
Shantoh: plastik
Zaujuha Mustaqbal: bakal isteri, tunang, makwe, kawan2 shj, bakal tunang, baru kenal2 dll. ajnabi
Aiwah, nuhibbu awi2x: benar, kami suka sgt2
ammu haris: pak guard
tribute to: saudara yang musafir semalam, teman berlumpur, berselut, masuk hutan, naik rakit, main guli etc. Semoga menjadi ulama’ pewaris Nabi, pelapis pd ulama’-ulama’ yang kian tandus sekarang. Ummah menanti kalian. Juga sahabat x-Jordanian, k.dn yg bakal pulang, moga Allah memberkati.
Kadang-kadang sering kali kita terpana melihat hebatnya putaran qada’ dan qadar Allah. Segala-galanya penuh hikmah dan rahsia. Kadang-kadang kita termanggu memerhati melihat apakah bejana yang diisi dan kadang-kadang juga membuat kita memikir, alangkah moleknya aturan Allah.. Selalu-selalu hendaknya kita pasakkan kukuh dalam hati dunia ini bukan satu warna, jadi pelbagaikan warna yang kamu pilih. Dengannya kita belajar dan membesar. Kita berkongsi dan bersabar. Ibarat pelangi. Entri kali ini, sekadar tulis-tulis. Satu tulis-tulis yang mungkin bercempera isinya. Tapi hasil taajub dengan kuasa Allah.
SubhanAllah. Hari ini, di dalam satu hari yang dingin dan renyai-renyai hujan(sebenarnya setelah lebat baru renyai, namun ingin mencipta suasana dramatis); bertemu dengan sahabat-sahabat lama dari negara asing yang berlainan dan akan pulang ke negara masing-masing. Bertemu mereka ibarat bertemu dengan pelbagai karekter yang sangat mengembirakan, menyenangkan, bersemangat juga bermaklumat. They have astonishing me in many ways.
Soalan suka-suka buat diri-diri. 1) Ini bukan entri pasal world cup fever 2) Pernah kita mendengar tentang Filem "The Road to the Guantanamo Bay? 3) Tahukah kita apa yang berlaku di Guantanamo Bay dalam minggu ini? 4) Pernahkah kita menonton filem "Osama" 5) Kenalkah kita siapakah Yvonne Ridley? 6) Agak-agak sudah masakkah kita siapakah Taliban sebenarnya? 7) Adakah Rooney akan diturunkan oleh Erikson? atau siapakah penjaring terbanyak melawan Crespo Hernan?
Soalan di atas sekadar tulis-tulis, namun tiada jawapan; kerana jawapan ada pada kita. Masing-masing berbeza. Semuanya kerana diri ini yang ketinggalan zaman kerana sudah lama ingin menonton filem "Osama" tetapi baru melihat hari ini.Secara kebetulan bersama sahabat yang ketiga. Bagi yang belum. Be skeptical. Don’t believe in everything you see and hear. Media sekarang bukan ditangan kita. They twisted everything. Satu hari bertemu dengan tiga insan berbeza. Dengan yang satu kami berjanji bertemu di syurga. Bertulang doa dan harapan mengambil barakah petang Jumaat. Mengumpul fakta dan berlari sekeliling dunia mengejar konspirasi Barat. Bergetar jiwa dengan dirinya yang berhijab penuh mendengar bicaranya tentang jihad. Mahir tentang media dan komunikasi kerana memang itu bidangnya. Dengan yang satu kami dengar bicaranya yang terbuka dan pelbagai pula pengalamannya.Liberal, Syiah, Feminisme, Ahmadiyah(Ahmad Mirza), Bahaiyah dll. Yang satu tegas, yang satu kami bertikam hujah. Yang satu kami termanggu mendengar, yang satu membuatkan kami terpisat-pisat mencari hujah juga kagum metah. Dua-dua bermakna. Dengan yang terakhir, kami sama-sama mendengar indahnya alunan burdah dan mengintai kisah anak gadis Afghanistan "osama" yangperlu skeptikal.Maaf silap. Ketiga-tiganya bermakna di dalam hidup dan akhirat harapnya.
Jesteru, tercover musim cuti tanpa naskhah berita hampir seminggu.(setelah dihitung lompat-lompat hari dan jarang-jarang waktu). Jesteru juga, usah mudah percaya pada media. Kenapa? Kita sendiri tahu jawapannya..
Seperti juga lebih enak menonton bola dengan mata dari membaca dari ‘paper’.Mungkin perlu kita bangun dari’ tidur yang nyenyak berbantalkan bantal yang empuk, bermimpikan bulan bintang ,atau hanya menonton drama,kerana dunia sebenarnya sudah terbang, lari meninggalkan kita yang akan masih kagum melihat insane menaiki roket, dan teruja melihat manusia menaiki parachute .
Sedang musuh sudah ligat terbang tanpa sayap!–> Walau terbang mereka akan terjunam akhirnya, namun kita masih kaku berdiri hanya atas bumi.
Tulis-tulis 1) Mohon maaf, tulisan ini memang bertempiaran segala tatabahasa dan susur atur isinya. Mungkin gagal di dalam peperiksaan bahasa ibunda. 2) Sekadar tulis-tulis. 3) Soalan no 1 dan no 7 hanya berkaitan di antara satu sama lain. Tidak yang lain. Sekadar sebuah "pembuka selera" dan "desert". Pertama, musim sekarang orang kemaruk bola. Kedua, sering terlupa, teringat, kemudian pulang terlupa pula. Lupa segala hal yang kekal ke hari penghitung masa. 4) Semoga kita semua bukan penonton tetap apa-apa cerita ;filem, vcd, cd tidak bermanfaat untuk agama, iman dan pembentukan minda kerna takut andai ditanya di suatu waktu; apa yang kamu buat sewaktu saudara kamu di sini? ( Persoalan: Ulama’ dahulu sempatkah mereka menonton wayang, cereka piring apa jua nama?) 5) Sering kita bersorak andai satu gol dijaringkan oleh anggota pasukan kegemaran kita(atau mungkin tanpa sengaja seperti jaringan tanpa sengaja hantaran Beckham) yang sebenarnya banyak sungguh mengambil masa ibadah kita, namun sayang sekali sia-sia kerena kita tidak akan bahagia pun dengan kemenangannya buat selama-lamanya dan mustahil pula ia memberi kesan di dalam hari hidup di sini dan di sana. 6) Bahagia dengan ketenangan strictly different dengan seronok.
Maaf sekali lagi. Kerana mengharu-birukan pembacaan sesiapa sahaja. 9) Musuh Allah tetap akan diazab, kita tetap akan diberi Rahmah;namun sampai kapan ajal dan masa kita mengisi kantung amal dan muraqabah? Berbuat sesuatu untuk Ummah. 10)Entri ini khas untuk diri sendiri yang sedang berada di depan pc. Bukan biased pada sesiapa atau apa-apa pd peminat bola.
Astaghfirullahaladzim..
" dan hamba-Ku tidaklah mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih AKU cintai selain dari apa yang AKU fardhukan kepadanya, dan ia terus-menerus mendekatkan diri kepada-KU dengan berbagai-bagai amalan nafilah(sunnah), hingga AKU mencintainya" (Hadith Qudsi diriwyatkan oleh Imam Bukhari)"
ya Allah. Kami cinta padaMU dan Rasulullah saw. Penulis yang akan berhenti bernafas. Selamat pulang buat kalian… Selamat tinggal dunia penulisan di sini. Buat sementara waktu. Kali ini Feqh Awlawiyat perlu benar-benar dita’biqkan.
Di antara Dataran Syam & Persisiran Nil

Two World Two Bonds ~
Ketika memikirkan kembali komentar ana tentang tulisan Ust. Maszlee yang luas diperkatakan sekarang (atau bulan lepas ) , ada suatu perkara yang berlegar-legardi fikiran ana. Adakah sampai maksud yang ingin disampaikan. Jelaskah.
Lantas, ana mengambil keputusan untuk menaip keyboard sekali lagi untuk sambungan komentar ;bukan sambungan Ustaz. Maszlee atau kisah cereka rekaan atau sambungan proksi tv atau lanjutan kisah cerpen pendek. Bukan juga thesis ataupun assignment kuliah namun hanyalah satu tulisan yang amat-amat dhoif dari insan yang faqirah IlaAllah.
APAKAH KITA MENGHADKAN SEGALANYA?
Ketika kita menlayari hidup sehari-hari pasti kita akan bertemu dengan ramai orang dengan pelbagai rencam dan ragam. Segalanya kita hadapi dan lalui dengan zikrullah dan tahmid sentiasa kerana Allah kurniakan kita dari etnik, suku, kaum, adat dan bangsa( macam kamus pula ) yang pelbagai agar kita sentiasa belajar ‘ilmu manusia’ dan bersyukur di atas nikmat Rahmah atas satu lafaz aqidah dan tauhid.
Dan andai berbeza aqidah kita ucapkan syukur atas nikmat dan islam juga iman dan terus bersahabat bersama mereka dengan doa dan usaha moga hidayah dan taufiq Allah menyinari hidup mereka.
Pasti kita akan tertanya-tanya perlukah kita hidup dengan suatu ragam sahaja manusia untuk kita matang di dalam mendepani dunia.? Tentu tidak. Sunnah seperti pesan Rasulullah s.a.w sentiasa bersahabat dengan orang soleh kerana agama kita adalah pada insan yang paling dicintai. Namun pergaulan pelbagai.
Teringat ana akan perbezaan hidup 2 tahun yang lepas dan sekarang. Dulu, keadaan berbeza;dengan suasana tarbiyah yang selesa dan sahabat-sahabat yang membina. Kini, lain sekali namun kita pasti belajar sesuatu. Di persisiran Nil lain di bumi sendiri lain. Ini medan praktikal dan realiti
Seorang yg dikenali
Terdapat seorang sahabat atau kakak yang ana kenali di sini yang cukup istimewa dan amat jarang-jarang ditemui. Dia lepasan dataran yg lagi satu.(kebetulan ahlul baiti di sini lebih 12 purnama lebih).
Kami dibatasi "mediterene" dahulu dan tidak pernah bertemu semasa di sana. Dia sahabat kelahiran bumi seberang, aktif, lasak^^(tapi, lembut juga jiwanya) berani, banyak bergaul dengan ramai manusia, ramai kenallannya, luas ilmunya, dalam fikirannya, tegas hujahnya dan realistik pendiriannya. Memang lain dari yang lain. Satu dalam seribu.
Melepasi Syiria seorang diri
Dengannya banyak yang dipelajari dan diketahui. Hidup di bumi seberang menjadikkan tidak static dan berani. Dirinya yang berani ke Syria melepasi sempadan bumi Jordan seorang diri-Allahuakbar- beraninya…kmudian disuruh pulang oleh penjaga sempadan Syiria kerana tak punya " Ta’shir ad-dukhul"(visa masuk).
Menangislah " kakakku ini" kerana tak dapat masuk ke Syiria. Pulanglah ke Lembah nya untuk buat pengesahan dulu( kesian akk ) Setelah selesai, dengan senang hatinya dia ke Syiria untuk bertemu sahabiah-sahabiah di sana. Rajin ke Negara yang pelbagai semasa di Lembah yang lagi satu. Cuma satu katanya Negara yang dia tidak berani pergi berseorangan untuk bertemu sahabiahnya. Lembah Nil tempat ana belajar. Memang pun, bahaya banyak di lembah Nil II . Andai ada mahram, ahsan, andai tidak pergilah beramai-ramai. (sebab tu semasa kami di sana, di kawal ketat (oleh "ayah" or persatuan kami, namun mesti ada yang menerobos dari kawalan tu..biasalah akhwat 2 yang nakal-nakal..sebaiknya ada mahram di tempat yang kurang aman seperti ini ).[1]
Kisah di Masjidil Haram
Beliau Ke Mekkah bersama sekumpulan "siqohtil mar’ah" ;students Malaysia. (kami di lembah Nil yg lg satu tak boley,kena ada mahram".) Bermalam di masjidil haram bersama sahabaiah dr negara-negara lain walau menempah hotel . Katanya rugilah andai ke Masjidil Haram, namun tidak berpeluang bermalam di masjid. Di situ, di dalam masjid katanya aman. Pagi-pagi usai melakukan saie beliau akan mmerhatikan ragam manusia. Observe. Itu kegemarannya. Pelbagai rencam manusia melakukkan haji dan umrah katanya.
Ada yang lansung tidak boleh bergerak semasa tawaf lebih dari tiga kali. (students Malaysia ) ada yang sempat berbual-bual di telefon pula " Assalamualaikum. Aiwah. Ana fil-haram bil-waqti….bla..bla " Macam-macam; diversity of ummah. Berbagai kisah; tentang kisah bagaimana dirinya dibantu dengan ditolak (Allhuakbar) untuk mengucup hajarul-Aswad oleh "pakcik guard" di situ. Sedang lelaki andai ingin mengucup akan disanggah" Ithlaq Barrah " Bagaimana pula ketika dia ingin mendirikan solah di Hijir Ismail, tiba-tiba menderu "pakcik pembersih lantai " memaksanya melarikan diri. Namun akhirnya berkesempatan juga menlakukan solah namun usai solah, menoleh ke belakang. Subhanallah, dipenuhi rijal-rijal sedang solah. (gurau kami; adui kak..mcm kes Amina Wadud pula.:) ::- ini kiasan tidak tepat disbbkan ukht ana ni solat sunat dn lelaki-lekaki lain jg solah sunat). Dia yang menjadi "musyrifah" pada gadigdis pelajar Melayu yang "lemah lembut dan terkenal dgn sifat malu"[2] apabilaseorang ikhwah enggan menjadi musyrif .[3]siswi-siswi ini dan siswa tersebut melarikan diri ziarah ke Universiti Madinduhai akak.) Setiap ulas katanya, pasti menerbit derai tawa.
Dia yangku kenali
Dia Yang bergaul dan mengenl ramai orang dari pelbagai latar dan budaya. Dengannya segalanya kami berbincang, Ahmadiyah, Liberal, Syiah, Neo- Salafi, Salafiyyun, politik, dunia, dll. Dengannya bagai meneroka dunia luas tanpa sempadan. Bagai tidak percaya berbicara dengan seorang perempuan. Namun, kerana kami berdua pernah menerima tempias debuan sahrawi kami serasi sekali.
Penutup
Namun se’berani’ mana pun dia, masih menjaga dirinya, paling penting aman dari fitnah. Kerana dirinya menurut mata pelbagai memang Alhamdulillah aman dari fitnah. ( walau me kalau nak buat semua tu tak berani with various reasons, walau Syira, Makkah "toba’an amali" ) Kami saling bertoleransi ketika berbual, memahami dan bertolak-ansur(mcm ayat motivasi pula) walau kadang-kadang bertingkah hujah namun kami temui titik persamaan. Dengannya pelbagai pengalaman dan ilmu tercurah. Rasa kasih dan cinta bersahabat keranaNya.[5]
Inilah erti ukhwah di dalam sunnah. Inilah hikmah kepelbagaian namun tegar menjaga syariat dan akhlak muslimah.
Nota Kaki___________________
1] لحديث ابن عباس قال: قال النبي (ص):(( لاتسافر المرأة إلا مع ذى محرم, ولا يدخل عليها رجل إلا ومعها محرم)) إلخ…رواه البخاري ( 3006) ومسلم ( 1341).
Terdapat khilaf ulama’ di dalam masalah ini. Jumhur ulama’ mengatakan haram seorang perempuan keluar tanpa mahramnya melebihi tiga hari
Yang terbit dari masalah syarat-syarat haji bagi wanita.
Berdasarkan Riwayat lain dengan lafaz yang lain dari Ibn Umar yang menegah wanita keluar lebih dari tiga hari tanpa mahram( Muttafaq Alaihi; Bukhari dan Muslim, Ahmad-
(نيل الأوطار:2ظ290).
Jumhur ulama mewajibkan mahram di dalam syarat wanita menunaikan haji. Manakala terdapat mazhab Syafieiah yang membolehkan haji wanita dgn sekumpulan wanita yang boleh dipercayai. Dan Malikiah mewajibkan haji bagi wanita jika terdpt baginya perjalanan yang aman dengan wanita yang aman saha atau lelaki-lelaki sahaja. Namun, di simpulkan khilaf di antara Syafeiah dan Malikiah dan fuqaha’ yang lainnya adalah berdasarkan safar wajib contohnya Haji.Dan tidak boleh diqiaskan dengannya safar pilihan2 yang lain bil-Ijma’ berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh ibn Abbas yang awal tadi. Yang menguatkan apa yg dimaksudkan wajib mahram adalah pada waktu haji.(فقه الإسلام وادلته, ج3.)
Masalah ini luas diperbincangkan, dan ada para ulama’ yg mengharamkan lansung safar marah ke- mana-mana tanpa mahram walau atas alasan menuntut ilmu. Namun Dr. yusuf qardhawi mengatakan boleh andai wanita safar atau urusan menuntut ilmu ( dgn keamanan dan sekumpulan2 wanita yg dipercayai.) Namun ana lebih cenderung andai ada mahram kalau ada . Lebih selamat (walau dulu pergi blaja tanpa mahram terkena diri sendirila….:)
[2] Sekadar berkongsi pengalaman dan cadangan– Silalah, berjalan dengan cepat semasa di negara orang terutamanya. Supaya tidak ketinggalan bas atau tramco atau ghabbar yang harganya beberapa sen. Percayalah dengan jubah anda tidak akan punya masalah untuk aktif dan tidak akan terjejas ke"ayuan" yang anda risaukan akan hilang andai anda bergarak aktif atau pantas. Ini lebih baik dan selamat dari "dhoror" yg lain iaitu terlepas kuliah atau lambat didlm urusan. Usah anda risau walau sebesar manapun langkah anda; masih kalah pada ammu atau ablah Arab yang langkah gemalainya sahaja mampu mengatasi langkah seribu anda( ni exaggerate sket)—< Pesanan penaja buat ukht2 yang ingin melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah. (Usah gentar; ; anda perlu bersedia menjadi bakal ibu yang akan mendidik anak-anak tegar generasi abad ke-21-jilun mansyud)
[3] Fenomena ini kekadang kedengaran terjadi (teruatama di Mansurah-tmpt ana dan zaman ana dulu.)
ikalangan ikhwah yang agak berat (bukan kesemuanya) untuk menjadi musyrif apabila diminta akhwat yang mempunyai urusan-urusan penting( bukannya dgn alas an remeh seperti ingin membeli minyak masak atau membeli buah-buahan pencuci mulut di wkt mlm) Namun akhwat akan dimarahi pula seandainya keluar tanpa musyrif pada waktu dan urusan yang memerlukan. Ex: Terdapat urusan penting pada waktu malam kami memang diwajibkan oleh persatuan meminta musyrif di kalangan siswa untuk sekumpulan akhwat. (Tidak sangka kami menghadapi isu sama; dua lembah berbeza) Namun, bukan kesemua siswa begitu..Majoritinya bukan begitu. Alfun syukran bagi yang banyk membantu siswi-siswi.; kami akhwat2,
[4]Nah lelaki! Anda kerap menyatakan kami lemah (memang kami hamba Allah yg amat lemah) dan punya banyak kekurangan. Oleh itu, tegur dan pimpinlah kami. Bukan sekadar kritikan tanpa bimbingan . Ini bukan laungan feminism, (feminism tiada did lm Islam) namun hanyalah sekadar suara hati sebahagian wanita.( for me taat 100% yg dituntut pada perkara tiada maksiat & pergantungan sebelum berkahwin hanya pd Allah tentunya dan ibu-bapa sebelum kahwin dan suami selepas kahwin. Sebelum-berdikari!)
[5] Perempuan sesama perempuan. والعكس . Vice versa. Selain itu sila check balik did lm nas al-Quran atau Sunnah. Andai classmate, kawan sekolah, kawan se"jemaah", kawan sekampung termasuk did lm saudara seagama dan aqidah. Other than that, tidak menghalalkan hubungan atas nama apa pun. Ukhwah fillah or what so ever. Kawan saje, kenal-kenal dulu. Kami ikat tak nampak. Ana zuajuha mustaqbal. Kami makan-makan je..( tunggu la dik oi nnt dh kawin makanlah sekali.mkn sblm kawin, nnt dah kawin Allah hilangkan rasa sakinah yg Allah janjikan bila berkahwin. Suami balik penat-penat, biarkan dia mkn sorang.." Takpelah dulu kan kita selalu mkn2 sekali..you pesan utk I, I belanja u..sekarang sekali sekali makanlah sendiri…I penat tadi..bla.bla tgk soap opera,…(dlm hati..boring nye layan suami.(Nauzubillah)…Mana sakinah, mawaddah, rahmah?…Bila tiada barakah..beginilahà just example..)..abg adik angkat sejak tadika…, saya takde siapa lagi, dialah seorang kawan yg saya boleh harap (aik..try harder dear. .pasti ada sister2 yg available).Aman dari fitnah. This is the keyword.
p/s: Sahabat-sahabat yg dikasihi fillah, dan diri ini juga Allah tidak akan menguji kita andai kita tak mampu..Andai diuji bermakna= kita mampu..Caranya: Ilmu dan iman yg Allah kurniakan…Gunakanlah kurniaannya itu…insyAllah..khir..Mu’min tidak akan jatuh ke lubang yg sama buat kedua kalinya.
Talaqqi
Alhamdulillah

Syeikh Nuruddin ada di Subang sekarang. Dan akan terus hingga 15-16 April ini untuk satu Seminar besar. Anakah yang pelik sebab masih rindukan tanah itu. Medan tarbiyah menjadi manusia. Itulah bumi Mesir, bumi Firaun dan Musa. Biarlah orang bosan mendengar " saya teringat mesir". Tapi sesiapa yang pernah minum air Nil, pasti ingin kembali ke sana.
Sistem talqqi adalah warisan Islam tradisonal di dalam mempelajari ilmu. Seperti kata dari Sheikh ali Jum’ah. " Kita mahu mereke memahami kitab-kitab tradisi Islam dengan bahasa kita, dengan apa yang sepatutnya difahami, bukannya apa yang mereka mahu kita faham "- Islamica Magazine. Spring. (Tapi, bukan pula meghalang kita memahami dan memepelajari pemikiran-pemikran barat ideologi-ideologi mereka. Juga tidak sekali-kali bermakna kita tidak perlu bersikap kritikal dan berfikiran kritis. Penting, mempunyai asas kukuh dan guru yang mu’tabar.)
Menjadikan ianya sebagai jadual wajib bagi setiap penuntut/pencinta ilmu.Pentingnya guru muktabar. Menyedari diri yang masih kurang dari pebagai, membuatkn tidak pernah puas menunut ilmu. Ketika syeikh Nuruddin datang mesir, kami akan menadah ilmu sebanyak-banyaknya dari beliau. Berpisah dengan Mesir, ibarat berpisah dengan kekasih/khazanah ilmu. Rindu memang rindu. Ana pasti akan mencari peluang andai Syeikh datang Malaysia, bawa teman yang belum kenal, untuk kenal. Ilmu, carilah ia utk mendapat Rahmah Allah, kala ikan di air pun mengucapkan salam..
Gadis Palestin
Ana menemuinya lewat zohor tadi.Di depan pintu library.Mengejarnya, dengan suara kecill memanggil.Tanpa mempedulilkan sekeliling.Kebetulan tidak ramai orang. Iman..iman..Lantas kami bertukar khabar. Nampak sis nas pun sekadar melambai kerana peluang bertemu Iman perlu dihargai. Tambahan dia akan pulang ke Palestin hujung minggu ini. Mula-mulanya, sekadar sembang kosong, bertukar2 khabar. Namun kelihatan diwajahnya riak kurang ceria. Ana pasti. Setelah ditanya katanya.
" Aku akan balik hujung minggu ni, namun persiapan belum selesai lagi. Dan apa yang aku bimbangkan, wajah pertama yang akan aku lihat setelah kepulanganku adalah YAHUDI!."
Ana sekadar mengganguk dan mebiarkan dia bercerita. Ana memahami hatinya, dan kami terus bertukar cerita. Ana lebih banyak mendengar. Entah kenapa sebak pula bersembang dengannya kali ini. Kami mengahargai waktu bersama. Kerana banyak yang ana perlu berterima kasih padanya. Menolong banyak benda juga memasak untuk kami. Kirimkan salamku pada Palestin, Iman..
Betapa tanahmu itu juga tanah yang aku rindui sejak dari dulu. Menjejaki tanah ummat Islam, berkongsi kesedihan dan kesengsaraan juga perjuangan bersama. Memimpin anak-anak kecil melontar batu yang juga hantaran dari Tuhan…
-dialah yg sering menegur- " Berbicaralah dengan bahasa fushah wahai ..xx " . Aik.kalau terkena dengan dia, tahan telinga jelah..
Ana berjanji akan menemuinya sebelum dia pulang. Katanya, yang memang sudah sedih tapi masih mengukir senyum( Sebenarnya dia seorang yg sangat tabah,ceria, kelakar sesuai dengan kehidupannya sebagai anak palestin Katanya " jangan sebak-sebak, nanti akan menambah sedih lagi di hati." Benarlah. Perasaan itu bukan boleh dipaksa. Mulanya, ingatkan tak sedih, namun perasaan itu memang unik. Lahir dengan fitrah tanpa paksaan atau kepura-puraan. Segalanya akan datang dengan sendiri. Kerana kami bertemu atas nama sahabat di jalan Allah. Sedih sangat. Kalaulah dapat mengikutnya ke sana…Alangkah..SubhanAllah
Benua Berbeza :wanita merendahkan harga diri dan yang tinggi nilai diri
Tahu salah sebab lebih menyayangi mereka yang bukan satu bangsa dengan ana lebih dr bangsa sendiri. Tidak adil, tak sama rata pula. Entahlah, gadis Palestin, Turkistan, Kazahtastan, Syira, Turki, Us adalah sahabat-sahabat yang dekat amat dengan hati. Biarlah mereka itu cara berpakaian berbeza, tapi mereka muslimah-muslimah baik. Malah amat menghargai Islam. Susah payah mereka memiliki kebenaran tidaklah mereka sia-siakan begitu sahaja. Bukan mcm kita. Mudahnya menanggalkan hijab apabila rasa nak bergaya dengan " fashionble dress" or what so ever..
Please you didn’t even look gorgeous g or sexy with that kind of wardrobe, you only make me want to laugh at your stupidness and cry because seeing what you have done with your own dignity.” In short: I hate looking at your own stupidness.
ya Allah! tolong…sedar-sedarkan jiwa mereka itu.."
"Meh2 kita baling iman kita dalam longkang. Lepas balik kampus…kita ambik balik, pakai tudung dalam taxi..hahah..Maklumlah rambut baru blond ni, kaler cantik ni, kenalah bagi org nampak…yelah kan, dah buat rebonding.kat salon tu..tak kisah lah org nak kata apa..asal hidup enjoy beb Boleh blahlah dengan orang yg konservatif tu..They din’nt know anything…I don’t give a damn with them..hahhaha."
Ketawalah puas-puas..
Moga2 adalah hendaknya Rahmah dan Hidayah Allah buat mereka.
Iman pun geram sangat bila cerita apa yang dia alami..
Pakcik taxi: Sister, tak nak buka tudung ker
Iman: Kenapa cakap macam tu? Pakcik Taxi: Student xx memang mcm tu.
Iman: Bukan semua p.cik. Tapi Wanita jahat ( haha selamba jer..iman bagsu2 iman..ana sokong)
Berbeza dengan mereka. sahabat-sahabat.Walaupun mereka baru mengenal Islam. Mereka akan kata. Seperti gadis Turkistan. " Please teach me about islam. I want to know about Islam.." Bayangkan.! Rasa sayu dan kerdilnya diri ini. Kita?
Entahlah haru biru wanita-wanita kita. Tenggelam dalam "make-up" (kecantikan/hiburan yang dipelopori yahudi) yang konon2 nya berjenama/ high profile/ kualiti hidup tinggi/ mahal, tapi ciptaan Yahudi…Bersuka-suka lah kamu, Enjoy? Tapi sampai bila.
Itulah dua wajah, malah mungkin wajah-wajah tersembunyi yang lain. Di mana kita?
p/s: Credit For k.sarah untuk makluman tentang Syeikh. Juga Bro Tawel utk gambar itu. Bebarapa kali ana ambil gambar yang sama sejak di blog lama lagi. Memang ada sesuatu di situ. Tertarik dengan mesej tersembunyi di sebalik tiga lelaki menunut ilmu. Memaparkan indahnya Islam di sebalik segala perbezaan. Universalnya Islam, walau berbeza warna kulit, bahasa juga budaya tidak menghalang kita menyintai kerana Allah. Kerana ada sesuatu yang luar biasa mengikat hati kita. Aqidah yang sama..! Bukankah sahabat-sahabat R.A saling mengasihi kerana di atas jalan yang sama. Tidak pernah pula merasakan diri hebat di antara satu sama lain, walau mereka mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah. Bukankah dengan merendahkan diri akan di tinggikan oleh Allah.?
Andai sahaja, mampu kita atur satu satu barisan, bersama mara ke depan. Andai saja..Menanti tibanya saat itu, dengan dua, harapan dan sabar..insha-allah
me
Aduhai Malaysia
Fasha Sandha yang sopan ala-ala Cameron Diaz dan Keira Kieghtly itu jugalah yang ingin diajak berkempen berbudi bahasa!
Alahai Menteri Malaysia
Mereka berjimat juga..
Menukar selera dari hotel lima bintang ke empat bintang setengah
Alahai Mawi
Tidak mahu kahwin lagi
Gadis-gadis setuju mengangguk
Kamu gadis.
Bila lagi
usahlah bersantai di tepi tasik jam 12.00
Kita bila lagi?
Maklumlah tidak mahu ‘bias’