April 21, 2008

Allahuakbar
Rasulullah saw bersabda "Seseorang yg tiada mempunyai sebarang ayat (Al-Quran) pun dalam hatinya adalah umpama sebuah rumah yg kosong" (riwayat At Tarmizi)
Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran." (riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)
Saya ingin menulis puisi, namun ketandusan idea. Kebelakangan ini jiwa dan ruh saya terbang ke tanah sahara. Ke bumi anbiya’. Rindu kepada bumi kinanah dan para ilmuan Islam. Hampir sahaja Allah hilangkan segala nikmat dan kelazatan berjalan padaNya. Namun kerana DIA Maha Besar, maka masih saya di sini. Masih. Andai tidak kerana simpati dan kasih sayangNYA, sudah tertinggal saya sendiri. Oh! Tidak sanggup. Segala milikMu. Aku, tiada apapun. Sudah lama tidak menhgadiri hadhrah zikir, namun mendengarnya sahaja moga-moga hidup hati ini. Amin Ya Allah.
Di atas latar merah baru ini, saya nukilkan kisah sufi terkenal Zun Nun Al Misri dgn seorang pemuda. Moga hati kita yang keras dengan kesibukan dunia hingga susah mencari masa bermesra dengan zikrullah akan lembut dan basah dengan kisah para Salaf Soleh ini.
Imam As-Sya’rani r.a.: "Seseorang itu selalunya, mengingkari apa yang dia jahil tentangnya"
Dalam khazanah kisah-kisah Sufi ada diceritakan tentang seorang pemuda yang begitu lantang mencemuh tokoh sufi Zun Nun Al Misri dan tarikatnya. Sesudah si pemuda puas memperlihatkan kebenciannya, Al Misri mencabut cincin daripada jarinya dan berkata, "Bawalah cincin ini ke pasar, gadaikanlah dengan harga satu dinar saja"
Pemuda itu hairan, namun cincin itu diterimanya jua dan dibawa ke pasar. Dia menawarkan kepada para pedagang, dari penjual buah sampai penjual makanan. Tiada seorang pun melirik apatah lagi tertarik. Lalu dengan wajah hampa pemuda itu kembali kepada Al Misri dan berkata, "Engkau membohongiku, cincin ini tidak berharga"
Jawab Al Misri, " Jangan marah dulu, sekarang juallah cincin itu kepada ahli permata. Tawarkan seribu dinar."
Tentu saja pemuda itu menjadi gusar. tapi rasa ingin tahunya membuatkan dia menuruti perintah ahli sufi itu. Sungguh menghairankan, ternyata para pedagang permata berebut untuk membeli cincin itu. Pemuda itu merasa takjub dan bergegas menemui Al Misri dan berkata " Mereka bersaing untuk membelinya."
"Nah." kata Al Misri. "Orang tidak akan mengetahui suatu benda berharga atau tidak jika ia belum mengenalnya. Bagaimana mungkin kamu berani mencaci para sufi dan ilmu tasauf, jika kamu belum mengetahui isinya? Pelajari dulu baik baik, barulah tentukan pendapatmu. Itulah sikap orang bijak."
Selalu-selalu saya terfikir, mengapakah jasad dan diri kita masih angkuh kepada Pencipta Alam. Bukankah segalanya datang daripada Allah. Kalau kita cantik, tampan, bijak, berjaya, kaya bukankah semuanya datang dari Allah? Kalau kita cinta kepada ilmu, ulama’ bukankah Rahmah dari Allah juga. Perasaan rindu kepada perkara akhirat, kepada para sahabat-sahabat dan tabieen semuanya bukan dari kita. Bukan sesuatu yang patut kita banggakan dengan mengatakan ianya hasil usaha kita. Tidak. Semuanya datang dan kesan dari pemberian DIA yang MAHA PEMBERI. Kita berdoa, DIA memilih. Kita berusaha, DIA menetapkan. Setiap zarah, inci nikmat yang Allah beri segalanya kepunyaan DIA. Tidak satupun dapat kita sandarkan pada diri kita. Kalau kita ke arah yang lebih baik, rendahkan lah diri dengan hanya melihat Allah. Kalau diri ditimpa musibah juga lihatlah pada Allah dan rahsia jua hikmah ujian ditimpakan kepada Allah. Banyak-banyakkan berdoa dan sentiasa memandang kepada zat yang Maha Agung. Pada kelemahan diri dan nafsu yang sentiasa membawa kepada kemurkaan Allah, pintalah agar Allah memimpinnya dan jangan biar kita tertipu dengan diri sendiri, dunia dan nafsu. Di bukakan pintu makrifah dan mengenal Allah. Dalam dunia dan dalam diri kita tiada satu apa pun jua yang datang dari kita. Doa ini, doa yang dibaca Saydatuna Aisyah r.a satu hikmah yang harus diamalkan selalu:-
" Allahumma Aslihlana Sha’nina WalaTakilna Ila Anfusina Torfata ‘Ayunin "

Di suatu malam dari malam-malamku
Aku tidak tahu apa yang menimpa diriku wahai tuhan
Kegelapan memenuhi diriku wahai Tuhan
Bumi dan Langit dirasakan sempit
Dan hatiku tidak menjumpai cahaya
Dan air mataku sentiasa mengalir wahai Tuhanku
Aku ingkar dan dosa-dosa besar
Dan sesungguhnya aku dalam kesedihan yang amat
Dibelenggu oleh dosa-dosa, wahai Tuhan
Dan adakah layak keampunan buat orang yang berdosa?
Orang yang sentiasa dalam noda, Wahai Tuhan
Engkau yang menjadikanku
Mengasihiku dan mengurniakanku rezeki
Wahai Tuhan, Engkau selalu bersama-samaku
Tetapi aku jauh daripadaMu
Dan aku berjalan pada jalanku Ya Allah
Dan pada hari ini wahai Tuhan, aku kembali
Daripada kegelapan di belakang batasan-batasan agama
Dan hatiku kecewa dan jalanku bingung
Dan aku telah tenggelam tetapi aku tidak menyedari
Tiada penyelamat bagiku melainkan Engkau
Tiada penyelamat dan tiada penyelamat melainkan Engkau
Wahai Tuhanku.. Wahai Tuhanku…
Excerpt from asbestosnabil.blogspot.com and darwisy.blogspot.com
March 19, 2008
My Soul, where have you been all this while…
Allah, the Human Soul, and Desire (Selection from the Harvard Suhba)
The entire universe was created for the sake of this secret within you, but this secret within you was created for Allah, and no one else besides…the proper way [to loftiness] is by submitting to Allah alone.
|
|
Like a pencil I am…
A pencil maker told the pencils 5 important lessons. 1st: Everything you do will always leave a mark. 2nd: You can always correct the mistakes you make. 3rd: What is important is what’s inside you. 4th: In life, you will undergo some painful sharpening which will make you a better pencil. And lastly, the most important is; in order to be the pencil you can be, you must allow yourself to be held and guided by the Hand that holds.
|
January 23, 2008
Dari diriku untuk diriku juga.

Oh, umurku baru (telah) menjangkau 23 tahun, namun aku sudah tua. Aku sudah tua dengan dosa-dosa!
Sambil-sambil aku cari kitab yang boleh dibaca di bilik ini, tertarik dengan satu buku yang tajuknya sahaja boleh mengundang kontroversi bagi sesetengah pihak. Sambil membaca dengan teliti dan cuba membuat perbandingan dan meletakkan diri aku di luar kotak dan bersikap adil dalam menilai. Buku yang kebetulan aku temui bertajuk " Hakikat Tarikat Naqsyabandiah ". Selalunya apabila aku membawa buku-buku berkaitan tarikat, aku akan terus dihinggapi dengan sense of doubt dalam hendak mencari keputusan dan perbincangan ilmiah yang benar-benar memuaskan hati, ruh dan akal aku. Aku bukanlah tahu banyak sangat, jetseru aku belajar dengan guru-guru, berbincang, bertanya dan membaca dari pelbagai buku yang pro dan kontra. Sambil-sambil membelek dan menyeluruhi isi kandungan aku seolah-olah mengembara dalam satu kembara ilmiah, Buku ini sungguh seimbang dalam pennghujahannya dari pihak yang menolak dan menerima tarikat. Sambil-sambil itu, aku juga merasakan akulah yang menjadi antara subjek yang terlibat dalam perbincangan dalam buku yang ditulis oleh H.A Fuad Said ini.
Aku tidaklah punya banyak pengetahuan tentang Tarikat Naqsyabandiah, namun ada juga beberapa buku pro dan kontra aku telah baca dan diskusi bersama mereka yang lebih ‘arif, alim dan faqeh dan juga teman-teman. Namun aku bukan ingin mengupas isi kandungan dan keputusan muzakarah ilmiah yang diselanggarakan oleh Seketeriat Dakwah Majlis Ulama Indonesia Tingkat I Propinsi Sumatra Utara di Medan pada 20 Disember 1987 dan pada tanggal 26 November 1989 yang telah menatijahkan terbitnya buku ini.
Terdapat banyak karangan-karangan Ulama’ Salaf, fatwa-fatwa ulama’ kontemperori dan pandangan-pandangan individu tentang tarikat. Suka untuk bersikap objektif aku selalu melihat kepada kedua-dua pihak dengan pandangan yang ilmiah dan adil. Namun kadang-kadang terdapat ketidakadilan dari kedua-dua pihak terutamanya pandangan yang datangnya dari generasi muda sekarang. Semasa empat tahun di ardhil anbiya’ dahulu tidaklah pula aku cenderung untuk mengetahui secara dalam walau suka akan ilmu tasawwuf. Aku belajar dengan mereka yang digelar wahabi dan juga syeikh-syeikh lain juga. Tidaklah aku bercadang di sini untuk membuat kesimpulan tentang muzakarah tersebut di entri ini, mungkin lain kali dengan izinNya. Tetapi aku ingin muhasabah diri yang selalu sangat leka. Tidak semua perkara dapat dilihat dan dinilai melalui zahir akal semata-mata.
Kadang-kadang aku harap aku boleh bawa keluar hati aku kemudia cucikan dan lihat kesihatannya. Entah sihat entah tidak. Dalam banyak-banyak perbincangan dalam buku ini aku tertarik dengan kata-kata yang dinaqalkan dari Syeikh Abu Hassan As-Syadzili yang sangat aku hormati dan segani. Kalau dikira akan kutub khazanah warisan Sheikh As-Syadzili tidak lah terkira banyaknya. Ibn Taymiah juga mengutip banyak pendapat Abu Hassan As-Syadzili mengenai pelbagai masalah. Ibn Daqiqil ‘Id menegaskan: " Saya tidak pernah melihat orang yang paling mengenal Allah dari Syeikh Abu Hassan As-Syadzili".
Kata-kata mutiaranya yang dinaqalkan dalam buku ini yang buat aku terduduk sendiri atau yang telah menampar hati aku yang keras ini adalah:
"Apabila dzikir terasa berat atas lidahmu, anggota tubuh berkembang menurutkan hawa nafsumu, tertutup pintu berfikir untuk kemaslahatan hidupmu, maka ketahuilah bahawa semua itu adalah petanda banyaknya dosamu atau kerana sifat munafiq yang tumbuh dalam hatimu. Tiada jalan lain selain dari berpegang teguh kepada jalan Allah dan ikhlas dalam pengamalannya ".
MasyaAllah. Jamie wal Mani’ kalam Syeikh As-Syadzili. Menyeluruh. Sekejap. Aku ingin lihat hati sendiri sebentar.
Dan aku teringat akan satu puisi yang dilagukan oleh Sheikh Zulfiqar di sini bertajuk " Change My Dead Heart ". Haha. Aku ingin ketawakan ( atau menangis? ) diriku sendiri. Akulah itu yang punya hati yang hampir mati.
October 23, 2007

Setiap dari ciptaan Allah merupakan hasil tajalli dr sifat Allah. Allah bersifat Rahim jesteru dipercikkan sifat Rahim itu kepada ibu. Allah bersifat Jamal jesteru diberi jamal kepada ciptaannya gunung-ganang, sungai, bunga dan manusia. Setiap dari kejadian, ciptaan, kedukaan, kegembiraan, kebahagian yang diberi dan dujia Allah kesemuanya mengandungi rahsia dan hikmah ilahiyyah. Allah mencipta dan memberi segalanya supaya kita mengembalikan semuanya kepada Allah. Kembali kepada keEsaannya. Menyelongkar rahsia dan hikmah kehambaan kepada Allah.
Sepertimana solat terawih 8 rakaat dan 20 rakaat bilangan bukan isunya kerana keduanya telah ditunjukkan oleh SalafunaSoleh namun the essence and the journey ubudiyyah kita, hingga kita berjaya menanggalkan keakuaan kita dengan hanya melihat keagungan dan keEsaan Allah dan menikmati keindahan beribadah denganNya dengan merasakan kehinaan kita sebagai hambaNya. Hingga bukan bilangan rakaat yang dikira dan dirasa namun nilai ubudiyyah dengan hanya melihat kepada keagungan Allah dirasa.

Segalanya milik Allah. Kita tidak punya apa dan tidak memiliki apa. Diri kita adalah milik Allah, jesteru segala apa yang terjadi juga seharusnya kita kembalikan kepada Allah dengan membawa kita berfikir akan hikmah Ilahiyyah di sebalik semuanya. Tanpa kita sandarkan kepada diri kita sedikit pun.
Setiap apa yang kita rasai dan alami juga merupakan tujahan tarbiyah Allah terhadap sikap keakuan dan nafsu kita. Kepedihan kita, kesakitan yang kita alami merupakan tarbiyah nafsu dan sepatutnnya setiap kali kita mengalaminya kita katakan ini adalah ditujukan kepada nafsuku. Ia untuk mendidik nafsuku. Sehingga proses situ berjalan terus sehingga kita tidak merasa kesakitan itu dan tidak menyandarkannya kepada diri kita. Ianya tidak menyentuh sedikit pun akan hati kita sebaliknya ia belegar di luar dari hati kita.

Setiap zarah dari alam maya ini membawa kita kepada hakikat Tauhid. Membawa kita kepada membebaskan diri kira dari sifat keakuan kepada sifat kehambaan dan menanggalkan dari hati dan jiwa kita nafsu-nafsu yang merasakan kita memiliki apa-apa yang pada hakikat kejadiaannya, satu apa pun tidak kita miliki termasuk diri kita sendiri. Semuanya milik Allah dan kepadaNya lah diri kita dikembalikan juga kerana izinNya jua kita berada di jalan ini. Tidak kita miliki satu zarah apa pun dari apa-apa yang kita miliki.
Pada setiap sujud dan doa kita tumpahkan segenap kerendahan hati dan diri kita padaNya. Dengan bersungguh memohon pada Allah agar ditetapkan hati kita dalam iman dan hidayah juga Taufiq. Jesteru kerana kita tidak memiliki apa-apa semuanya kurniaan Allah juga, Takutlah akan sikap keakuaan yang akan membawa kita kepada kebesaran hati. Takutlah akan kehilangan nikmah iman dan hidayah kerana ianya kurnia dari Allah, Andai Allah tidak memberi kita juga tidak merasa. Andai Allah tidak memilih kita juga tidak berada di sini. Rendahkan dirimu serendahnya dan katakanlah pada dirimu sendiri andai kita berasa ujub, riya, takabbur atau ananiyah. “ Nyahlah wahai sifat-sifat tercela itu. Layakkah kamu merasa sedemikian sedang kamu tidak memiliki apapun. Hatta diri kamu ini bukan milik kamu. Amat biadaplah andai kamu merasa riya’ atau ujub sedang kamu itu bukanlah siapa-siapa.
Perjalananan kita menuju Allah membawa kita kepada hilangya sifat keakuaan dan semakin baiknya hubungan sesama manusia kerana kita tidak merasa terkesan dengan kebaikan dan keburukan mereka. Sebaliknya kita melaksanakan apa yang kita perlu lakukan dengan sebaiknya serta menyandarkan semuanya berlaku dengan izin Allah juga agar kita belajar hakikat Ilahiyyah dan ubudiiyah. Kita memandang sekeliling, akan duduk halnya sekian hamba Allah dengan mata hati dan kerendahan diri. Semoga ahlul ma’siah akan diberitaufiq, semoga ahlul kuffar di kurnia hidayah.
Nikmati keindahan kalam-kalam Allah dengan meyeluruhi sekian makna kalimah Allah dengan meyelaminya dengan jiwa kita. Betapa indahnya ayat-ayat Allah dalam surah-surah An-Najm, Ad-Dzariaat, Al-Fussilat, Al-Qamar, Al-Qaf serta surah-surah lain yang menceritakan akan keagungan, kekuasaan dan keEsaan Allah. Betapa azab Allah itu keras kepada kuffar dan Rahmah Allah itu sangat murah kepada mereka yang kembali kepadaNya.. Al-Quran merupakan hiburan bagi Mu’min. Lagu yang merindukan Baqa’. Penawar bagi yang sakit dan bersedih hati. Petunjuk bagi yang mencari.
“ Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini.” Surah Al-Jatsiyah: 20
( Yang Berlutut )
“ Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung” Surah Al-Isra: 37.
Segalanya kembali kepada Allah. Allahlah yang Maha Sempurna. Semoga hati kita sentiasa khauf dan raja’. Semoga ianya jauh dari kelalaian dan besar diri. Semoga ianya sentiasa kembali pada Allah dan hidup dengan mengingati Allah dan melaksanakan suruhanNya. Semoga kita akan dihidupkan dan dimatikan dalam iman. Kerana semua itu milik Allah dan semuanya mudah sahaja bagi Allah. Nasib kita tidak kita ketahui bagaimana keadaannya kelak, moga-moga kita menjadi mereka yang diRedhai Allah dan meredhaiNya. Amin.
" Ya Allah, janganlah kiranya KAU tinggalkan aku "
October 20, 2007

" Wahai anakku, dimanakah bermula dan akhir makrifatmu denganNya?"
Maka jawab Salik,
" Demi Tuhan yang aku dalam genggamanNya, bermula aku dengan kejahilan dan berakhir aku dengan kejahilan. Kesudahan mengenal adalah tiada mengenal, tiadalah aku ketahui apa-apa tentangNya hanyalah sekadar setitik air dihujung jari di tengah lautan yang tidak bertepi!"
August 2, 2007
Kalam Ibn ‘Athaillah ke-22 ( Edisi 1 )
Segala Qadar Allah Berjalan Dalam Setiap Naik Turunnya Nafas Hamba-HambaNya
Al-Imam Ibn ‘Athaillah AsSakandary telah merumuskan dalam kalamnya yang ke-22 sebagai berikut:
ما من نفس تبديه، وإلا وله فيك قدر يمضيه
“ Tidak ada nafas yang anda keluarkan melainkan bagi Allah s.w.t pada anda ada qadar yang dilansungkan (dijalankan) olehNya”
Firman Allah s.w.t yang bermaksud
“ Semua makhluk Allah baik yang berada di langit maupun yang berada di bumi semuanya memohon dan meminta kepadanya. Yang manakah dari kurnia Allah yang hendak kamu dustakan?” ( Ar-Rahman: 29-30)
Berkata sebahagian ulama’ Tasawwuf:
“ Baransiapa yang mendapatkan pada dirinya perubahan dan pertukaran dalam setiap nafas, maka beerti dia orang yang mengerti dengan maksud firmanNya Allah s.w.t. Setiap hari Allah ada urusanNYA.”
Ayat Al-Quran di atas meguatkan bahawasanya dunia yang besar ini semuanya diatur oleh Allah s.w.t dengan kekuasaanNya dan kebijaksanaaNya. Semuanya itu tidak dapat melepaskan diri dari Allah yang ada di bumi atau makhlukNya di langit. Sebab itu Allah pada setiap detik dan minit ada urusanNya. Inilah yang dimaksud oleh firman Allah di atas.
Kesimpulan:
1. Setiap nafas yang kita hirup dan kita keluarkan selalu diikuti dengan qadar-qadar Allah s.w.t kerana itu semua kejadian-kejadian pada diri kita adalah menurut qadar Allah s.w.t.
2. Sambutlah qadar-qadar Allah s.a.w itu dengan perasaaan ’ubudiyyah kehambaan kita selaku makhluk. Dan sesuaikanlah diri dengan Redha tawakal, sehingga dapat sejalan dengan qadar-qadar Allah s.w.t itu.
Terimalah dan teguhkanlah keimanan kepada Allah s.w.t dengan meyambut qadar-qadar Allah s.w.t itu, samada yang pahit, manis, tidak baik (pada pandangan kita). Tetapi jangan lupa kepada Allah semoga kita dengan kurnia-kurniaNya selalu dapat dituntun Allah kepada qadar-qadar yang baik dan manis.
3. Bersihkanlah hati dan perasaan yang tidak sepatutnya atas qadar Allah.
July 16, 2007
Trying to Correct Others!
Sidi wa sanadi Hazrat Moulana Mohammad Taqi Usmani sahib db said; "Whenever one of us becomes increasingly religious his first priority becomes correcting other people. This similitude is that of a person with lethal cancer who is worried about some one else’s common cold. One who himself is severly afflicted (with muhlekat-e-nafs) never cares about other’s minor aliment. The problem is that we do not know our diseases as yet. Once we find out the deadly diagnosis all of these sermons for-others, hurting comments, slander and back-biting will disappear." For this diagnosis one has to approach the spiritual physicians/The Sheikh.
-
Just got this word of wisdom that directly ‘hit the nail on the head’ from Ashrafiya site. O my own poor soul, look upon yourself and please do busying cleaning it! My own poor soul what are you busying at? O My own poor soul, please worrying about your state and maqam infront of Allah. O My own poor soul, please do cleaning it with zikrullah and istighfar. O My own poor soul, please you have a lot of works to do. My own poor soul. Busying correcting others! What a lame way to find your love. O my very own poor soul!!
-
Sheikh Ibn ‘Athaillah has asserted as well as others of our mursyid that to LOOK UPON YOURSELF and IMPROVING YOUR OWN NAFS and CORRECTING YOUR OWN FAULT is the key to attain ma’rifah. If you didn’t dare to do it and admit your mistake then forget the path towards Allah. O My own poor soul, please, please, please purify your heart and soul. Please!! Look at your soul, how suffered it is with all the sins, ghaflah you have make? Please….. purify your heart and soul now..
-
O Allah, please help this weak servant of YOU to find way towards YOU. O Allah, please lead the way. How can i can do anything without YOU? Without you I’m powerless, without you my life is meaningless. Please don’t leave me.. I can’t live without you.
May 19, 2007

“ Tetap sajalah pada ketentuan baik yang telah dikurniakan Allah s.wt”
-Yang bermakna: “Jangan anda tuntut (mohon) dari Allah, bahawa Allah mengeluarkan anda dari sesuatu hal (ketentuan) supaya DIA memakaikan anda pada hal yang lain. Maka jikalau DIA mengkehendaki anda, sungguh DIA memakaikan anda tanpa dari hal semula”-
Pengertian Kalam Al-Hikam ini adalah seperti berikut lebih kurangnya:- ( seperti yang telah dikupas oleh Dr. K.H Muhibbuddin Waly hasil dari pengajian Majlis Ta’lim Masjid Agung Al-Istiqlal yang telah dibukukan menjadi buku yang sangat bermanfaat).
- Apabila kita telah ditetapkan oleh Allah akan sesuatu perkara samada apa jua sifatnya samada berbentuk duniawi seperti berniaga, bekerja di kilang-kilang, bertani dan sebagainyal atau agmawi seperti belajar ilmu agama. Kemudian hal keadaan yang telah Allah kurniakan kepada kita ini, tidak sesuai dengan maksud (kehendak) kita, kerana menurut anggapan kita, bahawa hal dalam keadaan itu, menghalangi kita daripada beribadah dan lain-lain. Dalam hal ini, kita tidak boleh ada tujuan untuk keluar dari hal keadaan di atas, dan lantas menentang hokum waktu sebagai yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.
Sebaliknya dianjurkan supaya kita tetap istiqomah pada ketentuan-ketentuan yang telah Allah kurniakan kepada kita. Kita dianjurkan demikian kerana ada tiga pandangan yang tidak dapat tidak harus kita fikirkan sedalam-dalamnya:
A) Hendaklah kita meyerahkan diri kita kepada Allah s.w.t pada segala kehendak yang dikehendaki olehNYA. Dengan demikian maka hati tenang dan kita tidak memikirkan segala sesuatu di luar ketentuan yang telah Allah berikan kepada kita. Jasmani kita akan berasa tenang juga jiwa kita tidak gelisah dari segala macam perubahan-perubahan dunia dan kesukaran-kesukaran mengatur segala sesuatu yang kita hadapi. Kerana itu semakin dalam tawakkal kita kepada Allah dan penyerahan kita kepada Allah Yang Maha Kuasa, maka inshAllah segala kesulitan di dalam kehidupan dan hidup ini akan dapat kiranya kita atasi.
B) Kita harus melaksanakan hak ‘ubudiyah atau hak kehambaan kita kepada Allah dengan jalan Redha dengan segala ketentuan-ketentuan yang tidak bertentangan dengan ajaran-ajaranNya. Selaku hamba Allah yang lemah dan haqer, yang kebetulan ditentukan Allah sebagai mereka yang berniaga misalnya, ketentuan ini harus kita terima dengan redha, yakni kita senang menerimanya dan kita jalankan pekerjaan kita selari dengan tuntutan agama demi melaksanakan hak kehambaan kita kepadaNya.
C) Istiqomah pada ketentuan yang diberikan oleh Allah kepada kita adalah menjaga diri kita supaya tidak memikirkan hal yang lain di luar apa yang sedang kita hadapi. Kerana apabila kita tidak istiqomah dan lantas mengkehendaki ketentuan lain dari yang telah kita kehendaki, jasmaniah kita tidak sihat atau jiwa kita tidak tenteram. Jadi kita tetap sahaja dengan istiqomah pada apa yang telah diberikan Allah Subhanahuwataala kepada kita, asal saja tidak bertentangan dengan ajaran agamaNya demi kesihatan dan jiwa kita.
- SubhnaAllah, di antara sekian kalam dalam kitab Al-Hikam, kalam ke-19 ini yang pertama membekas di hati amat. Ketika membaca akan kalam Ibn ‘Athaillah ini suatu masa dahulu terasa begitu terkena kepada diri sendiri dan tersayat sungguh hati ini. Ya Allah, Engkau Yang Maha Bijaksana, siapakah kita untuk melangkaui sesuatu ketetapan yang telah Allah kurniakan kepada kita. Kupasan mendalam sebenarnya dalam kalam ke 19 dari kita Al-Hikam ini, namun memadailah kita memahaminya akan kesimpulan 3 yang dirumuskan oleh Dr. K.H Muhibbuddin Waly di atas ini. Syeikh Fahmi Zam-Zam juga telah mensyarahkan kalam ini dalam dua bulan yang lepas di Anjung Rahmah. Allahu..Allahu. Terang Syeikh Fahmi Zam-Zam, bukan bermakna kita tidak perlu berdoa, namun bagi mereka yang sedar, segala apa yang berlaku Allah tahu apa yang terbaik buat kita, tetapi kita disuruh berdoa sebagai tanda ubudiyyah atau kehambaan kepada Allah.
- Betapa perlu kita simpan kukuh dalam hati akan makna tawakkal. Hendaknya kita hanya ingin apa sahaja yang Allah Redha kepada kita. Ketika berkesempatan bertemu secara peribadi Syeikh Yusuf Al-Hasani telah bertanya akan seoarang teman kepada Syeikh Yusuf akan perbezaan antara dua dan harapan. Sesungguhnya mintalah apa sahaja yang Allah ingin kepada kita. Jangan nanti bila kita diberi apa yang minta namun bukan yang Allah Redha maka kita akan merana. Kita akan terseksa. Sanggupkah kita?. Kalam Syeikh Yusuf telah membuatkan sahabat-sahabat yang menghadiri seisi malam itu, berderai air mata mereka.
- Syeikh Yusuf juga semasa Ijtima’ Ulama’ Nusantara di Jenderam baru-baru ini, dalam seisi pembentangan kertas kerja "Madrasah Salaf: Kebangkitan, Keperluan dan Praktikal" akan jenis pengabadian apakah andai kita sibuk menginginkan apa yang kita ingin. Ya Allah! Pengabadian jenis apakah itu?? Siapakah kita ini? Sedang sudah Allah tetapkan bagi kita ketentuan dan patutlah bagi kita tunduk, tawakkal dan Redha dan hanya ingin apa yang Allah Redha bagi kita. Kebahagian yang tidak terperilah andai kita berserah diri sepenuhnya dan mendapat apa sahaja asal saja itu yang Allah mahu dan Redha pada kita. Mintalah Redha Allah sahaja. Apa yang kita perolehi itu tidak penting, namun apa yang Allah Redha itu yang kita inginkan. Tidak kita mahu melainkan apa sahaja ketentuan yang Allah telah Redha kepada kita. Jangan kita tersilap dalam memintas akan hakikat tajarrud dan asbab. Redha sahaja dengan semuanya kerana apa yang Allah beri maka perlulalah kita berbahagia dengannya. Ustaz Said Nursi telah berpesan " Usahlah engkau mencampuri urusan Allah ".
"Ya Allah, telah aku serahkan jiwa ini kepadaMu"
* Mari pakat-pakat bersama dengan majlis-majlis dikir dan ilmu. Habib Omar benHafidz sudah tiba di Malaysia. Sila klik di sini untuk lihat tentatifnya. Bagi anda yang hesitate kerana mendengar cerita yang apa sahaja. Nanti dulu! Pelihara adab anda dan zhon anda terhadap Alim Ulama’.!
May 15, 2007

Kesedihan sedang melimpahi segenap alam maya dan cakerawala dengan perginya seorang pencinta ilmu dan khadam kepada ilmu ini. Tidak layak rasanya hamba Allah yang hina dan penuh dosa dan yang tidak menyumbang apa-apa dalam dunia ini untuk menulis tentang Al-Marhum Tuan Guru Ust. Wan Soghir yang telah menyumbang sekian jasa kepada khalayak masyarakat.
(more…)
Comments Off

Bismillahi MasyAllah.
Allahumma Solli ‘Ala An-Nabi Wayusallimu Taslima.
Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu'’.Riwayah Muslim.
Hari ni hari Jumaat. Hari paling barakah dan hari yang dipilih Allah. Disunnahkan banyak berselawat pada Habibuna Rasulullah s.a.w. Hari di dalamnya terdapat rahsia dikabulkan apa sahaja permintaan. Walau ulama’ berselisih pendapat akan dhobit waktunya, namun hikmahnya berdoalah tiap masa. Ditekankan pada waktu diantara dua khutbah dan akhir petang jumaah. Kira-kira waktu akhir sebelum maghrib.
(more…)

Hajj Akbar! Hajj Akbar for this year..
LabbaikAllahumma Labbaik Labbaika Lasyarika Lakalabbaik Innal Hamda Wani’mata LaWalmulk Lasyarikalah
AlBazrah wrote:
May Allah help your difficulties swept away. Do you know the key of that? It is shifting from multiplicity to the oneness. From kathrah to Wahdah. So as Nursi says: “Know the only One, the other knowledges have no benefit; see the only One, the other seeings are not worthy of being seen. Yes, there is only One who knows the source of our problems. There is only One who could solve all the problems. There is only One who is able to give health. There is only One and so on. Please go through Wahdah deeply. And you will see that the problem is your real solution, and the difficulty is your real ease and your sickness is the real health for you.”
O MasyAllah. Such a lovely phrase..
Indeed, this is the moments as one of the kiramul al-yaum. Ayyamil Wuquf in ‘Arafah. Allahuakbar! Those chosen people to be there, to see baytullahilharam is a very lucky people! To be able to pray in Masjidil Haram, Masjid An-Nabawi and ziarah maqamun Nabiyyuna Sollallahualaihiwassalam whom we missed so much, as long ziarah all other places in Land of Haramain is just a bliss. A real bliss. Allah..Allah
Really a walk to remember in our life. A walk to Allah; Towards HIS unconditional love and blessing. SubhanAllah. Can we find other love which are greater than ALLAH bless and love? NO. There is no competent here. Forever. None. Even from our loved ones; parents, husbands or wives, children’s, friends etc. There is no others. Period.
A walk to remember. Yes. Fully with blessing from Ar-Rahman for those who sincerely searching for HIM and asking for his pleasure and maghfirah. A walk to Allah. To find the meaning of becoming his servant. To search a real purpose of our life. To reveal our own selves….To know better of our own selves as ibadullah and khalifatullah. A real sacred journey of purification.
To know that world means nothing, love and fear Allah means everything.
Key to everthing.
To feel and embark everything which leads to HIM. There, in Haramain is ke main place for it. Backhome, we become a better Muslims. That the sign of acceptence from Allah. Hajj Mabrur. A truly succes.
The below article is a good resemblence of month Zulhijjah by Akhina Aljoofre. A good peice
Allah Ta’ala berfirman di dalam Surah Al-Fajr, ayat 1-2 yang lebih kurang ertinya:
“Demi waktu Fajar, dan malam yang sepuluh”
Para Ulamak berselisih pada tafsiran ayat di atas. Al-Imam Assuyuthi di dalam Tafsirnya mengatakan Al-Fajr di daam ayat tersebut membawa erti setiap pagi secara mutlak. Sesetengah ulamak pula mengatakan, pagi hari pertama Zulhijjah, ada yang mengatakan pagi 9 Zulhijjah (Hari Arafah) dan ada yang mengatakan ia memberi isyarat kepada pagi 10 Zulhijjah.
Malam yang sepuluh atau Walayalin Asyr di dalam ayat yang kedua pula mempunyai tiga tafsiran. Sesetengah Ulamak mengatakannya sepuluh malam terakhir Ramadhan. Tafsiran kedua, ia adalah sepuluh malam pertama bulan Muharram. Tasfiran yang ketiga dan masyhur seperti dipersetujui oleh Imam Suyuthi, yang dimaksudkan di sini adalah sepuluh malam pertama bulan Zulhijjah. Pendapat ini juga disebutkan oleh Al-Hafiz Ibn Nasiriddin Addimasyqi As-Syafie.
Sebahagian ulamak salafussoleh menyebutkan, terdapat 3 himpunan sepuluh hari yang dimuliakan oleh Allah iaitu, 10 hari terakhir bulan Ramadhan, 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan 10 hari pertama bulan Muharram. Sebahagian ulamak mengatakan, antara ketiga-tiga himpunan tersebut, 10 hari pertama bulan Zulhijjah adalah yang paling mulia, kerana padanya terdapat Hari Tarwiah (8 Zulhijjah), Hari Arafah (9 Zulhijjah) dan Hari Nahr (10 Zulhijjah), selain ia merupakan penutup kepada Asyhurum Ma’lumat (bulan-bulan yang dimaklumkan untuk melakukan ibadah Haji).
Selain itu, fadilat bulan Zulhijjah ini sebagai salah satu bulan Haram yang mulia tidak perlu disebutkan lagi di sini dan umum patut sudah mengetahuinya.
Oleh itu, wahai saudaraku sekalian, rebutlah peluang untuk mengecas semula bateri keimanan kita yang kian pudar, dan menggarap sepenuhnya peluang yang diberikan oleh Allah yang Maha Pemurah kepada hamba-Nya dengan memuliakan hari-hari ini. Marilah kita memperbanyakkan lagi amal ibadat kita secara umum dan mempertingkatkan lagi kualiti ibadah yang sedia ada.
Ulamak Salafussoleh juga menganjurkan kita memperbanyakkan bacaan-bacaan di bawah sepanjang 10 hari pertama bulan Zulhijjah. (Maaf, ada masalah pada Arabic Font, jadi perlu ditransliterasikan ke rumi)
La Ilaha Illallah ‘adadad duhur
La Ilaha Illallah ‘adada amwajil buhur
La Ilaha Illallah ‘adadan nabati wassyajar
La Ilaha Illallah ‘adadal qutri walmator
La Ilaha Illallah ‘adada lamhil ‘uyun
La Ilaha Illallah khairum mimma yajma’un
La Ilaha Illallah min yaumina hadza ila yaumi nufikha fis sur
Ana sebutkan tujuh zikir sahaja daripada banyak lagi zikir yang dianjurkan, kerana tujuh zikir di atas adalah yang paling masyhur dan disepakati oleh para salafussoleh. Untuk mendapatkan lagi zikir yang lain rujuklah kepada tok-tok guru yang mulia.
Usah dilayan pula mereka yang ditimpa “Mental Block” sehingga mengatakan amalan ini bid’ah yang haram dan sebagainya. Biarkan sahaja mereka dengan khayalan mereka. KIta teruskan beribadat mengikut sunnah dan memperbanyakkan zikir, moga ditenangkan hati-hati kita oleh Allah dengan mengingati-Nya. Semoga kita diberi kemudahan oleh Allah untuk merebut peluang yang diberikan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini. Amiin.
For further details in Aljoofre site.
* This is not based on a novel by Nicholas Spark “A Walk to Remember”. Tough his novel is anticipating in some ways by most of peoples who love to believe there is still exist everlasting love in this hectic world between two people, but the TRUTH (for those who are searching for true love) is everlasting love still only with Allah. Just swept away our hesitation or confusion to reveal the true love by accepting (and acknowledge it by obligating all of Allah’s al-amr wa an-nahyu) that other than Allah’s love is the tajaalliyat of HIS sifah; Ar-Rahman, Ar-Rahim thus he honored those feelings to HIS creatures. For those who merely thirst for Allah’s love and pleasure the requirement to live with other’s as an element of ubudiyyah and to fulfill it; wholeheartedly with responsible as a sign of full obedience to Allah. Nevertheless, those loves did not mean anything. Merely a responsible thus we obey. Allahua’lam.
* Do not despair by Rumi’s in Salikah blog- For those who could not go to Hajj this year.
Eid Mubarak!
Muslim-wife from Florida prayed:-
“Wishing my Dear Brothers and Sisters in Islam a joyous and blessed ‘Eid, and forget not our honorable Mujahideen and the weak, oppressed and poor brothers and sisters in your du’as.”
Islam’s house of prayer, imageless and plain
Piety’s face is turned toward Mecca
Side by side, in rows, men stand and pray
In the perfume of faith and submission to God
- F. Schuon
The poem taken from Journey to the Garden blog.
————————–
( I really want to touch and elobrate a little bit about fitnatun nisa’ in this world. Later mybe inshAllah. Woman in everthing they do could cause fitnah; word, gestures, voice, including almost everything. Either from bad causes or good causes. Thefore, beware of fitnatun Nisa’ for those searching for Allah’s love and fear Allah most. For man and woman let us be a fearing God people. How do we want to avoid from those fitnah? InshAllah, later. Formost may Allah save us from fall into the hole of fitnah twice. Amin)

Fiqh of the Inward: The Fruits of Seeking ForgivenessAnswered by Shaykh Faraz Rabbani
Fiqh of the Inward: The Fruits of Seeking Forgiveness
Someone sent this: The Fruit of Seeking Forgiveness
From your friend..
Hadrat Moulana Shah Hakeem Muhammad Akhtar Saheb (Dâmat Barakâtuhum)
Introduction
This lecture of Hadrat Moulana Hakeem Muhammad Akhtar Saheb (Dâmat Barakâtuhum) took place at the foot of Mount Uhud in Madinah Munawwarah on 2 Muharram 1408 A.H. (26 August 1987). This was a heart-rending discourse filled with Imân. There were several senior Ulama present whose eyes were filled with tears. This is an English translation of the original Urdu that was transcribed from an audio- cassette. May Allâh accept this bayân and make it beneficial for the ummah.
You have heard a hadith of Mishkât Sharîf. Allâh Ta’âla has granted a great favour and procedure to his sinful servants on the tongue of Rasulullâh Sallallâhu alaihi wasallam. Every person is indeed sinful. Mullâ Ali Qâri has explained that the word ‘khattâ‘ used in the hadith means ‘extremely sinful’. What is the cure for this? The cure is excessiveistighfâr and taubah (seeking forgiveness and repenting). The cure matches the illness. Thus Rasulullâh (Sallallâhu alaihi wasallam) said,
"Every human sins excessively and the best of sinners are the repentant ones." (Mishkât-al Masâbîh p.204.)
What are the conditions for taubah and when is it accepted. The Muhaddithîn [the authorities of hadith] have mentioned three conditions for it.
Sheikh Muhiuddîn Abû Zakarriya An-Nawawî has stated (Sharh Muslim lil Imâm An-Nawawi, vol.2 p. 346) that there are three conditions for seeking repentance:
(1) to stop committing the sin. Some people, while continuously staring at unveiled females, say "Lâ howlâ wa lâ quwwata, Moulana, just look at how unveiled these women are!" While they are reading ALâ howlâ", they are also admiring the women. Such a Lâ howlâ is itself sayingLâ howlâ. Such istighfâr is itself in need of seeking forgiveness. Thus repentance is only accepted once a person refrains from the sin.
(2) The second condition is that one should express remorse and regret on perpetrating the sin. The reality of remorse is to regret in the heart. The regret should resemble that of the Sahaba (RadiAllâhu anhum). When they realised that Allâh and His Rasûl (Sallallâhu alaihi wasallam) were displeased with them, then the entire world would become distressful for them and they would remain aloof from their souls. This is from among the rights of love. This should be the effect of displeasing the one who one loves excessively. If one commits a sin, nothing should feel good with the displeasure and wrath of Allâh. One’s children do not seem good. Food and drink do not taste good. One’s home also does not feel good. The whole world becomes straitened in his eyes. He becomes detached from his soul until he performs two rakats of salâtut taubah and repents with tearing eyes in order to please Allâh. To use the bounties of this world while perpetrating a sin or persisting on a sin is contrary to the position of a slave. There was a poet in Badâyu who loved his wife extremely. I present to you the poetry of a poet who describes the rights of love:
.
(more…)

Ahlan
Ahlan ya Ramadhan. Times to repent and ask Allah forgiveness, to recite the Quran as much as we can, to be better servants to Allah.
Allahuakbar. We have to thank Allah of HIS love, blessing and mercy towards us; the sinful servants. He gave everything despite what we have done.
I really love to read Said Nursi book’s after Sister AlBazrah has introduced me to his biography, lifes and books. His books really string my heart, and his words really seem so lively and full of rational explanation and logical analogies of the existence of Allah. Indeed if we read his book we will fell like he talk to ourselves.
Here I will qoute some of his writing in " The Words". It is a chance to really know our real purpose of life and fell it truly deep down in our heart. Furthermore, on behalf of the coming Ramadhan maybe we can learn something from his writing. I felt very closed by what he wrote in this book. The third word in:-
(more…)
Dari Abu Said: " Akan keluar dari neraka orang yang di dalam hatinya ada setitik dzrrah dari iman." Abu Said berkata: " Maka barangsiapa yang ragu-ragu, hendaklah ia membaca: ‘ InnAllaha laa Yadzhlimu mithqaala dzarrah."
" Sesungguhnya Allah tidak akan menganiaya meskipun hanya seberat dzarrah"
- Hadith Marfu’. Diriwayatkan oleh Tirmidzi, dan Bukhari secara marfu’. berkenaan hadith syafa’ah yang panjang. Dalam kitab Tafsir Ibn Kathir(1/497-
Ibn ‘Athaillah telah di dalam kitab al-Hikam:-
"Saya berkata bahawa yang dijadikan ukuran di sisi Allah adalah apa yang terdapat di dalam hati. Kerana itu perjalanan hati menuju Allah merupakan hal yang paling penting dan tak tertandingi oleh kepentingan lain. Ilmu yang membahsa tentang itu memiliki kemuliaan yang besar, bahkan hasil tujuna mempelajari al-Kitab dan as-Sunnah adalah sampai pada peningkatan iman."
Yahya ibn Muazd ditanya:
" Bilakah seseorang hamba dikira telah benar-benar ikhlas? Maka jawabnya: Apabila akhlaknya seperti seorang bayi masih menyusu, yang tidak menghiraukan orang memuji atau mencelanya."
Ketika keikhlasan itu mendiami hati, tiadalah makna dunia lagi dalam diri, jiwa dan hati. " Ya, Allah tidak aku ingini dunia ini, hanya hasrat menemuiMu sahaja yang ingin aku lewati." Wallhua’lam
Hari ini dan semalam ibarat mengalir satu jalur cahaya yang hebat ke lubuk hati. Kalaulah kita meneliti alam Tuhan ini dengan jiwa yang bersih pasti akan bergetar segala punca nikmat dengan zikrullah..Tiadalah apa jua walau satu pun yang terpinggir melainkan basah dengan zikrullah…Lantas, atas alasan apakah kita masih kabur terhadap lazat berbicara denganNya? Andai hati cerlang dengan cahaya, pasti akan membenarkan jalan menemui kebenaran itu sangat luas, cuma kita yang menyempitkannya dengan kaburnya mengenal tawadhu’ dan zuhud. Kita mahkluk yang terpilih memikul beban yg berat, yang tiada satu mahkluk pun menyanggupinya, sesungguhnya pada Allah jualah juga kita memohon kudrat dan moga-moga biar basah hati, aqal dan ruh dengan mengingati Allah.

Mawlana Abul Hassan Ali Nadawi pernah berkata
" Kepetahan berkata-kata dan keluasan ilmu tidak akan dapat memberi kesan yang hebat andai tidak disirami dengan kekuatan rohaniyah yang tinggi."
Bulan 25/8/06 ini inshAllah akan berlansung ,seminar Ahli Sunnah wal-Jamaah yang akan dihadiri oleh ulama’ ulama’ besar antaranya Syeikh Ali Juma’h dan juga Syeikh Muhamad Syed Mamduh (anak murid kepada Abdullah Siddiq alGhumari).
i. Prof. Dr. Ali Jumu’ah
Mufti Republik Arab Mesir
ii. Prof. Dr. Ahmad Tayyib
Rektor Universiti al Azhar, Mesir
iii. Prof. Dr. Muhammad Abdul Fadhil
Naib Rektor Universiti al Azhar, Mesir.
iv. Dr. Sa’ad Jawish
Prof. Jabatan Hadith, Universiti al Azhar, Mesir
v. Prof. Dr. Umar Abdullah Kamil
Ulama’ Arab Saudi
vi. Al ‘Allamah Syeikh Abdullah Farraj al Syarif
Ulama’ Arab Saudi
vii. Al ‘Allamah Sayyid Ahmad Muhammad Alawi al Maliki
Pensyarah Universiti Malik Abdul Aziz, Jeddah
viii. Al ‘Allamah al Muhaddith Syeikh Mahmud Sa’id Mamduh
Penyelidik di Pusat Penyelidikan Islam, Dubai
ix. Al ‘Allamah Syeikh Sa’id Abdul Latif Faudah
Ulama’ Besar, Jordan
x. Dr. Ahmad Badruddin Hasun
Mufti, Syria
xi. Al ‘Allamah Syeikh Muhammad Mukhtar al Salami
Mantan Mufti Tunisia
xii. Dr. Muhammad Benkiran
Ulama’ Morocco
xiii. Al ‘Allamah Syeikh Usamah al Sayyid Muhammad Mahmud Sa’ad
Pensyarah di Universiti Al Azhar, Mesir
xiv. Prof. Dr. Faruq Hamadah
Prof. Jabatan Hadith, Universiti Muhammad V, Morocco
Ditaklifkan menterjemah kitab -al-Mafahim- karangan ulama’ besar Syeikh Alawi al-Maliki- . Tugasan yg berat. Moga-moga keikhlasan sentiasa kita tanamkan ke dalam diri kita ibarat syarat utama di dalam belajar di Dar-Mustafa di Yaman dan tunjang kebarakahan ulama’-ulama zaman lampau menjadikan ilmu itu menjadi darah daging yang memberi cahaya dan membuahkan amal yang ikhlas hingga akhir hayat. Dan kekalkan warisan ilmu dan karya-karya mereka menjadi panduan generasi kini. Yang semuanya hasil panduan al-Quran dan Sunnah.
p/s: Terima kasih tidak terhingga pd dia yg banyak memberi makna ilmu dan penghayatan.Ibarat benih yang subur dan sihat. Tunduk, menyenangkan dan memberi. Dia tahu siapa dia.;)