
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RadhiyaAllah Anhuma telah berkata :
" HasbunAllah wa ni’mal al-wakil telah di sebut oleh Ibrahim a.s ketika dilemparkan ke dalam api, telah disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika mereka katakan padanya : " Sesungguhnya manusia telah berhimpun dan menakutkan mereka maka bertambahlah iman mereka dan berkata " حسبنا الله ونعم الوكيل" - Hadith Sohih Bukhari.
(Dari Kitab "Makharij min al-fitan karya Mustafa ibn Al-Adwi)
Ana selalu mengambil jalan skeptikal di dalam setiap apa jua sedaya mampu ana. Kita belajar daripada masa lalu dan mengambil ibrah (pengajaran) disekeliling kita. Juga sering mengambil langkah berdiam diri daripada mengatakan sesuatu terhadap manusia atau perkara yang kita tak tahu atau tidak pasti. Kita percaya bahawa saling menghormati, bersikap adil juga bersangka baik adalah hak Muslim terhadap Muslim yang lain. Betapa kita tahu Rasulullah s.a.w sangat teliti tentang akhlak dan meraikan perbezaan pendapat juga dengan cara yang sangat indah dan halus.Lebih-lebih lagi bagi penuntut ilmu dan penyampai ilmu harus lebih ditekankan aspek ini.
Kita sedia maklum mafhum ayat Allah di dalam Surah al-Hujrat ayat 6
"Seandainya datang kepada kamu seorang fasiq membawa khabar berita, maka hendaklah kamu memberi penjelasan"
Sebab turunnya ayat ini berdasarkan kisah yang sangat panjang, yang kalau berkesempatan inshAllah akan cuba ana ringkasakan di sini nanti.
Namun cukuplah andai kita sama-sama saling memberi peringatan akan matlamat kita mencari ilmu adalah hendak menggapai Redha Allah. Adakah Redha Allah boleh dicapai begitu sahaja?
Oh, pasti tidak. Di dalam menuntut ilmu, pasti ada adab-adab juga akhlak yang perlu kita telusiri hingga nanti ilmu kita bukan sekadar retorik namun aplikasi hayah menjadi amal khaire dan uswah hasanah pada insan lain.
Ana teringat bagaimana Syeikh Nuruddin yang amat mementingkan ilmu dan adab semasa belajar juga sentiasa tawaddu’ dan rendah hati terhadap ilmu pernah menceritakan. Betapa menjaga adabnya ulama’ ulama Salaf yang silam, samada Imam Hanafi, Syafie juga Hanbali. Contohnya, Imam Ahmad Bin hanbal yang kita tahu pernah berguru dengan Imam syafie amat menjaga adabnya sehingga hendak menyelak helaian sofhah (muka surat) kitab amat berhati-hati takut andai tok gurunya rasa terganggu. Begitu juga ulama’-ulama’ yang lain yang kita tahu sifat taqwa nya sahaja tak mampu kita tandingi.
Begitulah Syeikh Nuruddin mengajar kami adab-adabdan akhlak-akhlak belajar juga sentiasa menyuruhkami menyintai Sunnah dan mengamalkannya tanpa rasa malu. Syeikh sentiasa mengucapkan maaf dan terima kasih pada sesiapa sahaja. Tidak pula meminta apa-apa bayaran ketika mengajar. Cukup sekadar dua katanya buat beliau.
Setiap tahun saban musim berganti, syeikh Nuruddin akan datang menjagar kami, tanpa apa-apa bayaran dan sentiasa mengajar kami hingga serak-serak suaranya, dari pagi hingga ke malam. Dan andai tiba saat pulang, pasti akan kami mengalirkan air mata sedih mengenangkan kami pasti akan merindui kelas bersamanya juga d sebabkan ketulusan syeikh mengajar kami, tanpa mengharapkan apa-apa.
Rasa hormat dan kasih kami pada Syeikh Nuruddin bukan di dasari taasub atau melampau, namum memadai andai ianya kerana kami menyintai Allah, Rasulullah s.a.w, juga sahabat, tabie tabiean dan ulama pewaris Nabi.
Bukanlah bermakna kami tidak akan pergi ke Syeikh-syeikh yang lain. Apabila berkesempatan, kami juga akan belajar dengan syeikh-syeikh Arab yang lain dengan rasa dahaga terhadap ilmu yang tak pernah padam.
Syeikh Nuruddin juga sentiasa menanamkan kecintaan kami pada Sunnah saw, dan pasti selepas mendengar halaqah dengan Syeikh kami akan cuba untuk mengamalkan dengan sedaya kami.
Syeikh juga sering mendengarkan kisah sahabah-sahabat salafussoleh hingga pasti sarat sebak di dada kami dengan cinta pada mereka.
Syeikh sering menggunakan kitab-kitab yang mu’tabar dengan menceritakan keindahan-keindahan juga susah senang perjalanan para sahabah menempuh risalah Rasulullah saw.
Beliau amat menekankan aspek adab berilmu dan akhlak Muslim, yang mana mahfum dari hadith Nabi saw " Sesiapa yang merendahkan dirinya akan dinaikkan (darjatnya) oleh Allah ".
Kami amat berhati-hati akan perilaku semasa belajar dengan beliau walaupun kami; akwhat hanya mendengar tafaqquhnya dari tv (bahagian bawah) asrama pelajar. Kami tidak akan berganjak, bersembang, pusing-pusing pen, tidur, makan dan lain-lain lagi yang kami tahu Syeikh Nur tak berapa gemar kami buat. walau Syeikh tak nampak kami sebab kami di bahagian bawah, namun kami tetap rasa hormat akan beliau dan menyebabkan kami sedaya mungkin mengamalkan adab-adab yang diajarnya.
Juga hormat terhadap kitab-kitab para ilmuan Islam yang lampau, dengan memegangnya dengan baik, bukan mcm bawa plastik ikan (hayun-hayun), dan meletakkan barang2 lain atas kitab dan lain-lain lagi.
Beliau sentiasa menceritakan tentang Imam Abu Hanifa, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad hingga kami cinta pada mereka semua.
Beliau; Syeikh Nuruddin juga amat lantang menentang kesesatan atas apa nama samada tareqat sesat dan lain. Beliau akan berkata dengan benar dan tegas andai ianya berkait rapat dengan aqidah, dan lembut juga sederhana dan santai ketika membicarakan soal feqah. Soal-soal sensitif jarang beliau sentuh melainkan apabila di tanya. Itupun beliau akan jawab dengan zuhud " Biarlah kat mereka, tak usah gaduh-gaduh. Kita amalkan sahaja apa yang kita yakin pada pendapat masing-masing."
Namun, beliau hanya sekali ana mendengar kelantangannya terhadap isu yang sensistif itupun setelah berlaku beberapa perkara yang beliau rasa wajar di jelaskan. Namun, beliau aakan akhiri dengan rasa tawaddhu’, mohon maaf dan kerendahan hati terhadap ulasan-ulasan beliau juga beramallah dengan dengan apa yang kamu rasa betul di sisi kamu di sirami sifat taqwa dan tawaddhu sebagai makhluk Allah yang amat-amat dhiof (yg dhoif kita ni, memang adh’afu dhu’afa 100x kali ganda, berbanding dhoif ulama-ulama’ silam, kita tak menafikan kema’suman hanya ada pada Rasulullah saw, namun kita yang tgk tv, internet, bersembang kosong? kategori apakah taqwa dan iman kita ini? Its nothing compare to ulama’ ulama’ dahulu..)
Siapakah kita ini? Contohnya Imam Bukhari solat istikharah sebelum mentashihkan hadith, begitu juga Imam Malik RadiyAllahuanhuma yang mandi dan solat istikharah sebelum meletakkan apa-apa hadith di dalam kitabnya yang ulung " al-Muwattho". Jesteru, setiap langkah ulama’ adalah di dasari hidayah Allah.
Sedikit Biodata ringkas Syeikh Nuruddin
Antara keistimewaan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin ialah beliau
mewarisi metodologi pengajian berasaskan sanad ataupun silsilah.
Sebagai contoh: Sekiranya kita mempelajari hadis, maka hadis itu
sampai silsilah periwayatannya sehingga kepada Rasulullah s.a.w.
Kalau kitamempelajari kitab-kitab ulama muktabar, maka kitab-kitab
ini sampai silsilahnya kepada pengarang asal kitab ini seperti Imam
As-Shafei,
Imam As-Sayuti, Imam Nawawi dan lain-lain lagi. Di sinilah ketulenan
dan keberkatan ilmu itu berpindah dari generasi ke generasi.
Lantaran itu, amatlah wajar kita meraikan kedatangan Al-Fadhil
Syeikh Muhammad Nuruddin dengan mengikuti majlis ilmu yang akan
dikendalikan oleh beliau sendiri. Mudah-mudahan dengan menghadiri
majlis ilmu dan mendampingi ulama, kita semakin hampir dengan Allah
s.w.t.
BIODATA RINGKAS SYEIKH NURUDDIN :
Al-Fadhil Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib
bertasal dari Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus
Amuntai pada 1 September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya
menetap di tanah suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah
adalah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun
1982 beliau menamatkan pengajian dimadrasah Shaulathiah dengan
keputusan cemerlang (mumtaz).
Sepanjang di Makkah beliau banyak mendapatkan ilmu dari tokoh-tokoh
Ulama seperti Syeikh Allamah Hasan Masshath yang digelar Syeikul-
Ulama rahimahullah, Syeikh al-Allamah Mohd Yasin Al-Fadani yang
bergelar Syeikul Hadith wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zain
yang digelar
Al-Faqih Ad-Darrakah dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama di Makkah.
Pada tahun 1983 beliau melanjutkan pelajaran ke Univ. Al-Azhar As-
Syarif Mesir dalam jurusan Syariah Islamiah hingga mendapat ijazah
sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian di
Maahad ‘Ali Liddirasat al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat
diploma am "Dirasat Ulya" pada tahun 1990.
Setelah menamatkan pengajian di Univ. al-Azhar, beliau menumpukan
perhatiannya dengan mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar yang
datang dari Asia termasuk dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan
Thailand yang menuntut di Univ. al-Azhar Mesir sehingga beliau
digelar sebagai al-Azharus Tsani ( Univ. Al-Azhar kedua). Di samping
mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab berbahasa Arab serta
karya ilmiah dalam berbagai bidang. Beliau telah menghasilkan
karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang dari 50
buah karangan. (rujuk biodata beliau dalam kitab beliau bertajuk At-
Tamassuk Bil Kitab Wassunnah edisi terjemahan bertajuk Berpegang
Dengan Kitab Dan Sunnah).
Sebenarnya ana tidak mahu memanjangkan isu ini, namun apabila ana melihat tersebarnya isu ini hingga ada di kalangan mereka yang ana kenal dengan mudah mengambil soal jawab isu berkaitan Syeikh dan men’kopi pasta’ (tanpa menyelidiki apakah benar dakwaan tersebut, juga perbahasan yang panjang tentang Hadith Musthalsal di kalangan ulama’) Contohnya:( hadis musalsal bukannya hanya dhoif shj ttp ada yg sahih dan hasan.Ibn Solah r.a mengatakan yg paling sahih hadis musalsal yg diriwayatkan ialah hadis m’baca surah as-sof }.. itu yang membuat ana terluka, tersayat, terguris hati. Moga-Moga Allah sucikan hati kita dengan ikhlas dan rendah hati juga selalu berada dalam maghfirah Allah.
Ibaratnya andai hati ini umpama pohon tamar, ianya bagai ditampar-tampar, disiat-siat. Alangkah pilu. Namun semoga kita digolongkan yang berlumba-lumba mendapat keampunan Allah dengan menahan marah dan memaafkan insan lain.
" Al-bayyinah ala muda’a wal-yamin ala man ankara". -Riwayat dari Tarmidzi dan Baihaqi. Salah satu kaedah feqhiah yang diistinbatkan dari hadith Rasulullah s.a.w. Walau kaedah ini kebanyakannya digunapakai untuk masalah jenayah, namun perlu kita teliti hatta di dalam masalah jenayah yang hanya menjatuhkan hukum haram/halal, dosa /pahala sahaja perlu kita berhati-hati, inikan pula yang berkait rapat soal yang berkait tentang anti-hadith, maruah dan lain-lain.
Diakui juga, kita memang tidak menafikan kritikan memang perlu di dalam medan ilmu, atas hujah ilmiah namun perlu bezakan antara kritikan dan tuduhan. Kritikan perlu juga dengan adab-adab dan memahami feqh ilkhtilaf dan khilaf yang mamduh(dipuji) dan khilaf yang madzmum (dikeji)
Segalanya kita kembalikan pada Allah, moga kita sentiasa berbaik sangka seperti yang Islam ajar, berkasih sayang kerana Allah juga moganya kita semua. Kita semua ingin memasuki syurganya bersama-sama melihat zat Allah,(andai diberi rahmahNya), melihat Rasulullah s.a.w yang sangat kita rindu juga para sahabat yang kita dengari kisah mereka sedari dalam perut ibu lagi. Para tabie-dan tabien yang telah berjasa besar bersusah payah dalam mehnah meneruskan perjuangan Rasulullah saw. Kita semua ingin begitu, mohon-mohon diperkenankan oleh Allah hendaknya..Amin
Akhiran ana katakan:
" Ya Allah ampunkan kami semua, kami hambaMu yang teramat lemah tanpa Rahmah dan kasih sayangMu juga Hidayah dan taufiqMu tiada makna hidup kami dan dimana ingin kami letakkan diri kami ini di langakaun nikmatMu yang luas. Ampunkan kami yang mengharap belas ehsanMu terhdap perkara yang kami tersalah atau tersengaja atau tak tahu atau jahil atau tidak sengaja."
AstaghfiruAllahaladzim
Wallahu’lam
p/s: credit for" hembusan blog " aka Bro Tawel referring the picture that has been taken above.