April 1, 2008

Menjadi Ibu Bapa Genius

Saya menulis ini kerana mata dihurung kantuk yang amat sangat. Semalam pulang dari Stadium Melawati, Shah Alam menghadiri perhimpunan besar-besar Parti Islam Semalaysia Selangor dihadiri oleh Menteri Besar Selangor dan wakil dari DAP agak lewat. Pagi-pagi Subuh seperti orang lain sudah keluar rumah. Memang sambil menyiapkan draft Foreword untuk Menteri Kewangan 2 bagi direktori Insititusi Kewangan Islam  dan mengedit Takaful Act direktori, saya terhangguk-hangguk keletihan. Semua kerja perlu disiapkan sebelum pameran buku antarabangsa hujung minggu ini. Kerana keletihan saya merayau-rayau di alam maya. Sempat saya baca tulisan Saifulislam tentang insan genius Sufiah yang dilanda kontroversi semalam. Sungguh! Saya terperanjat ketika membacanya di akhbar The Star semalam, namun saya faham metah situasi yang beliau hadapi.
 
Kisah beliau mengingatkan saya tentang hidup saya sendiri. Oh, tidak! Bukan tentang geniusnya. Jauh panggang dari api. Namun usia muda di universiti dan tekanan mendepaninya atas desakan keluarga. Situasi kami berbeza, namun kunci kepada permulaan segalanya adalah sama. Cuma saya amat beruntung atas kasih sayang Allah jua, saya selamat dari tekanan psikologi melampau yang melupakan manusia  kepada asal perhambaan. Atas doa daripada kedua ibubapa, ‘paksaan’ pada awalnya bertukar warna menjadi cinta hidup saya. Tangisan awal remaja saya menjadi mutiara yang sungguh bernilai apabila saya dapat menadah kitab dengan sekian para Masyayeikh dan ilmuan Islam yang lain. Sungguh! Saya sangat tertekan atas ‘paksaan’ ini pada mulanya. Menjalani zaman awal remaja tidak seperti orang lain. Namun saya pasrah. Cuba sebaik mungkin mentaati kedua ibu bapa walau entah berapa kali saya menangis yang bukan sedikit. Namun segala tangisan itu  dicernakan menjadi suatu yang positif yang menjadi kekuatan pengalaman untuk kehidupan masa sekarang.
 
By Joe Miguel on Flickr 
 
Saya kasihankan Sufiah. Kita perlu memahami kondisi dan konflik yang didepani oleh Sufiah. Bukan mudah menjalani usia muda di Universiti, sambil Sufiah terpaksa menghadapi tekanan belajar dari keluarganya dan harapan-harapan dan sikap ambitious kedua bapanya terhadapnya. Walau ia bukan alasan untuk menjadi hamba yang tidak taat kepada Tuhannya. Namun desakan untuk menjadi manusia luar biasa kepada anak-anak harus amat didokongi oleh dokongan kasih sayang yang lebih dari biasa dan sikap memahami perkembangan emosi dan spritual anak-anak. Saya ulangi: Sangat penting. Ibu bapa berperanan menjadi teman yang membantu dan memahami dengan bersikap lemah lembut, berbincang, mendengar luahan perasaan mereka agar sokongan ibu bapa dapat dijadikan tongkat yang kukuh untuk si anak berpaut demi menjalani kehidupannya dengan tenang dan positif. Andai tidak, kanak-kanak yang berpotensi itu akan terjatuh dalam jurang tekanan emosi yang dalam disebabkan ketidakseimbangan di antara ketinggian IQ, EQ dan SQ.
 
 
 
Anak-anak yang luar biasa pencapaiannya samada mereka itu genius atau tidak sangat perlu kepada perhatian yang berbeza dari anak-anak yang lain. Bukan kerana lainnya mereka namun perkembangan yang berbeza sangat perlu kepada belaian dan sikap prihatin yang penuh ketelitian terhadap setiap inci pembesaran mereka. Mereka menjalani kehidupan yang cepat dari norma biasa. Perkembangan pemikiran mereka berkembang matang lebih pantas dari anak-anak seumur mereka, namun jiwa mereka tetap anak yang umurnya adalah sesuai dengan  layaknya anak-anak seumur mereka. Jesteru, kasih sayang dan perhatian tetap perlu sama walau berbeza caranya.
 
Andai kita mengabaikan peranan penting sebagai ibu bapa kepada anak-anak ini, pasti sesuatu yang di luar jangkauan akan berlaku dalam perkembangan kehidupan mereka. Genius atau tidak bukan isunya. Isu utamanya adalah anak-anak ini menjalani proses pembesaran di luar norma dan kitaran kebiasannya. Seandainya kita mengimpikan mereka menjadi luar biasa, perhatian dan kasih sayang kepada mereka juga sangat perlu kepada luar biasa dengan bijaknya kita mencanai kehendak emosi dan runtunan perasaan yang mereka hadapi! Untuk mendapat anak genius yang sihat emosi dan spritual maka kita dahulu perlu genius dalam membesarkan dan membimbing mereka.
 
Persoalannya di sini apakah peranan kita sebagai anggota masyarakat agar cakna dan peka terhadap isu ini serta dapat membantu agar anak-anak genius ini merasa bukan sekadar istimewa dan disanjung namun mereka terasa dihargai sebagai diri mereka sendiri. Mereka berkata jauh di hati mereka. " Kami juga manusia, bukan bahan ujikaji untuk dipaparkan kepada media! "
 
Walau di situ ada suara-suara yang mengatakan terdapat ‘tangan-tangan’ di belakang Sufiah namun perkara yang paling vital sekarang bagaimanakah kita dapat membantunya serta apakah kesan peristiwa ini kepada ibu bapa yang sedang berhadapan dengan anak-anak luar biasa dan genius.
 
p.s: Luar biasa dan genius bagi saya berbeza definasinya. Luar biasa mungkin sahaja bermaksud menjalani perjalanan hidup yang berbeza dari norma saintifik biasa. Genius pula bermakna anak-anak yang mempunyai IQ yang tinggi, lebih dari  kebiasaanya.
 
October 17, 2007

Eid Mubarak

 

Image 

Quran 3.103 And hold fast, all together, by the rope which God (stretches out for you), and be not divided among yourselves; and remember with gratitude God’s favour on you; for ye were enemies and He joined your hearts in love, so that by His Grace, ye became brethren; and ye were on the brink of the pit of Fire, and He saved you from it. Thus doth God make His Signs clear to you: That ye may be guided.

 

Humaira’ and Umar two of my younger siblings posing on the first day of Eidulfitri in front of nenek’s house in Melaka. Humara’ seems gloomy because she kind of afraid with the photographer whom she rarely meet. On the other hand, Umar as usual was smiling broadly with his new baju melayu.

 

 

Minal ‘Aaidin Wal Faaiziin Wal Maqbulin. Kullu ‘Amm Wa Antum Bikhair Wa IllAllahi Aqrabu Wa Ila Too’atillahi Adwamu InshAllah. Eid Mubarak to all my dear visitors and sahabah. Please do forgive me if there is any unpleasent outcome of this minisite and any shortcoming coming from me Maaf Zahir Batin. TaqobbalAllahuminna Wa Minkum inshAllah. Amin. Please do pray that we will continue our good deeds, consciousness of Allah, and worshipping Him sincerly in an ever-increasing state of ihsan  by only looking for Him.

May Allah shower us with His love and blessing continuously and grant us as His ‘Ibadussolihin and Muttaqien. Hopefully inshAllah may the spirit of Ramadhan will continue to blossom in our soul and heart and keeping on controlling our an-nafs. Amin.

A very nice poem by our little brother.

EID UL FITR
By Obaid Ahmed, 8 years

Now that we fasted and did extra good deeds,
We celebrate Eid-ul-Fitr, one of the two Eids!

Allah prescribed two Eids and forbid all other festivals,
He told us to worship Him and try to get the medals!

Ramadan is a special training for a Muslim,
Practice Islam even when its light appears to be dim.

Continue doing good deeds, just as in Ramadan
And give Sadaqa-e-Fitr, for every child, woman and man

We go to the Eid-gah and say the Takbir,
On Eid day, our best clothes we do wear!

We listen to the Eid khutbah,
And don’t leave until we pray the Eid salah!

We go to the Eid prayer in any type of weather,
And give presents to each other!

We say Eid Mubarak,
And wish each other good luck!

We celebrate festival of Eid
By thanking Allah for granting us our need!

May 15, 2007

Special Edition: Lovely cousins

Filed under: Woman/Family

Go, go Imran...Arsenal  ke Manchester

Just love Sarah chubby and sweet face in this picture along with the nice and unique background back there

Muadz, Amar and Luqman two years back

                                                                                                                                                                     

Before went back to Malaysia..noti boys hah

 

Sarah two years back i think, i just hope that i can be with you in the early of your life...but alakullihal Alhamdulillah, i still can meet you now..

My Sweetheart: P.lang and M. Lang lovely kids when they were in Wales

Exam seoson

Filed under: Woman/Family

There still some issues that i still want to cover, yet didn’t have the proper time now. yesterday, ana dah tulis sesuatu berkanaan tasawwuf, sufi dan Dr. ali Jumaah, Islamica Magazanie(Jordan Publication) juga perbincangan dengan several my freinds who have joined tarekat Syazili- i meself never join any tarekat indeed- tp terpadam..Takpelah..later..insha-Allah.

While visiting blog Bro. tawel few months back, i really found it is such as an interesting site . Finally, i knew a little who is Syeikh Nuh Keller. Allah give me way to read some materials written by him in–dlm tangan..Im not so interested to read materials from internet or from computer. Really gave me a headache atau sakit mata..

Sesetengah orang suka menghukum dengan mudah, kemampuan berbeza bila membicarakan soal ‘firaq’ atau kumpulan. Bukan semua orang mampu menerima malah membincangkan masalah kecelaruan caca merbanya fahaman Islam di kalangan mereka yang faham Islam juga..Dan moga2 kita saling memahami di antara satu sama lain.

Malah golongan wanita sendiri bukan ramai malah amat jarang suka encounter benda-benda macam ni. Sakit kepala atau malas fikir yang berat-berat. Wanita lebih selesa talk about something that is light. Tetapi, bagi wanita Muslimah yang ingin membincangkan isu-isu ni, bersedialah dengan senjata-senjata dalaman dan luaran anda, juga foundation knowledge yang kukuh dan hati yang ikhlas untuk mencari kebenaran. Usah takut mengalir air mata, sebab memang akan berlaku. Kalau ingin mencari yang benar, buangkan rasa lembut kamu itu, dan moga-moga Allah beri kekuatan untuk mencari kebenaran. Juga paling penting jauhi taasub dan sifat2 ujub di dalam berbincang. Kita berbincang bukan nak berdebat tetapi mencari haq. Juga sentiasa melazimi berguru dengan guru2 mukatabar dan mewarisi sistem tradisinal bertalaqqi dan banyak membaca dan bertanya.

Sebab itu, ramai wanita-wanita blooger suka bercerita pasal diri sendiri, makan pakai jalan2 dll. Sebab they feel comfartable talking about themselves. Secara biologis dan fisiknya juga, wanita ini lemah akal dan badan. So, andai kamu ingin turut berbincang di kalangan yang lain, perlu jaga tatatertib dan akhlaknya. Juga sentiasa sampaikan Islam  dan berdakwah dengan cara yang hikmah juga ilmu yang mampan kerana wanita itu fitnah, maka segalanya perlu diteliti dengan berhati-hati.

Protected: Dia dan Ma’rad Pwtc

Filed under: Journal, Woman/Family

This post is password protected. To view it please enter your password below:

Beautiful Kids

Filed under: Woman/Family

        Sister Elis childrens. cute isn’t is  aren’t they–> pembtulan ..There are gift from Allah. Adorable and so cute..Just miss my brothers and sisters by looking at their picture

 Both of them was so beautiful and so adorable. MasyAllah..praise be to Allah..

 

 Dua beradik..–>Teringat kisah p.lang dan m.lang ana yang bawa anak-anaknya ke Uk dulu utk sambung blaja(alquran dan hadith) kat Leeds…Masa balik tahun lepas, kami jemput kat airport,,,my sister siap buat kad besar lagi..Masa sampai2 tu..ya Allah..semuanya mcm anak org putih.dengan sarah dengan pinknya..luqman, muadz,amar dan imran..ya Allah they seems so cute and they talked like they were the British citizines..sangat dan tersangatlah pekatnya..Tapi m.lang ana kata nanti kalau dah makan cilipadi…ikan peksam..bertukarlah lidah..emoticon..

But still then, they are so soleh..bila waktu solat,solat terus dengan abi dia..or ke masjid(p.lang)..yang paling tak sangka tok-tokwan ada rezeki ke sana masa depa kat sana. Alhamdulillah..siapa sangka tokwan yang keras tangannya menebas dusun dpt ke sana..?tok yang dengan susah payah jerih perih membesarkan anak di kampung..Allah yang izinkan…

TARBIYAH ANAK KECIL

Begitulah, betapa anak-anak kecil tu amat tulus jiwanya, begitu mudah ditarbiyah dan dibentuk jiwanya samada baik atau buruk..Sebab tu sewaktu kecillnya segala ’serapan’ mereka akan ingat sampai membentuk peribadi dan akhlak hingga besar..

p/s Moga Allah kurniakan kita keikhlasan yang sangat tulus hanya kerana Allah semata di dalam apa jua tindakan. Ibarat kata Imam al-Ghazali; tanda-tanda ikhlas adalah tidak terkesan dengan pujian dan celaan(susah kan) " Allhumaja’lna minal mukhlisin…" amin

Pintu kedai dan masa

Filed under: Woman/Family, Analogy

Cuti sempena 12 Rabiul Awal

Walau berbagai-bagai perbahasan, hari bersejarah itu telah pun berlalu. 12 Rabiualwal. Dua peristiwa.Moga-maga main tambah cinta kita pada Baginda saw, makin tegar pula dengan Sunnah saw dan perjuanganya..dan makin basah jua lidah kita dengan selawat yang tak putus-putus buat kekasih yang diRindui..Moga-moga berkesmpatanlah kita melihat Baginda saw di akhirat nanti. hari yang ditunggu…Jerih perih perjuangan Rasulullah s.a.w bukanlah murah, namun balasnya Redha dan Maghfirah Allah..

Kolam kering

Kita tidak mahu menjadi mereka yang hanya meneguk ilmu, namun tidak pula mencurahkannya, dan jadilah ibarat kolam yang bertakung, lama-lama kering akhirnya. Namun selarikan ilmu, amal dan menyampaikan. Agar kita tidak hanya berada di dalam keadaan selesa, namun sedar apakah realiti sebenar ummah sekarang. Moga-moga kita semua diberi kekuatan utk membuat segala sesuatu yang mudah diucap susah pula dilaksanakan.

Kedai di Granada

Gambar di atas sekali lagi ana ambil di blog bro. Tawel. Entahlah suka sangat gambr di blog-blog beliau. Granada satu nama yang bukan asing lagi bagi kita yang cintakan lagenda kebangkitan Islam di Sepanyol..

Hidup Ibarat Pintu Kedai

Pernah menonton filem atau apa-apa sutradara yang mengambar kan peredaran zaman bertukar di dalam satu tempat atau zaman sekelip mata. Contohnya dulu, Back To the Future, Slide dll. Dan berbagai lagi filem-filem abd 20. Ana bagaimanapun bukanlah seorang ‘expert’ di dalam perkembangan filem dunia. Namun, ana akan membaca apakah perkembangan terbaru dunia filem. Filem, drama adalah satu seni yang andai kreatif di dalam pembikinan boleh menghasilkan satu karya yang menarik juga mesej yang tepat pada sasarannya. Juga selari "maqasid" hukum syara’ dan batas-batasnya dengan seni..Pasti, yang mana boleh nambah iman sebagai Mu’min; ahlan.

Keluar masuk pintu masa

Kenapa hidup ibarat pintu kedai. Seperti mana peredran zaman yang berlalu pantas, begitu juga ibaratnya pintu sebuah kedai menyaksikan suatu peralihan masa diringi manusia yang silih berganti memasuki kedai. Ada yang makin tua, dewasa, dan berbagai-bagai lagi.

Ana melihat hidup kita seperti itu juga. Bayangkan ada insan yang memasuki hidup kita, lantas keluar pula. Walaupun sukar diterima namun itu perjalanan hidup. Memang tidak suka pada perpisahan. Atas apa nama. Contohnya, semasa di Mesir dulu ana ada 8 orh ahli-baiyt yang berada di dalam satu rumah mempunyai 5 bilik. Kami saling bersilih ganti ahli bait setiap tahun. Setiap kali yang terpisah, kami pasti tangisi pemergiannya. Walau hidup bersama seramai 8 manusia berbeza di dalam segala segi memang sukar, tambahan pula masing-masing punya kerenah tersendiri. Namun tarbiyah itulah yg membuatkan kami sabar dan belajar. Manusia bijak sentiasa belajar dari kesilapan sendiri dan orang lain. try to search the wisdom between it.

Dan andai apa jua yang berlaku, ana tak suka pada perpisahan, atau perpindahan, Ana takut andai tak bertemu lagi. Dan benar, memang ramai tidak berpeluang bertemu. Andailah dapat memegang satu panji di bawah satu lembayung di akhirat kelak, alangkah bahagianya diri. Berapa ramainya manusia yang keluar masuk di dalam hidup kita. Silihi ganti. Masing-masing men’infak’kan pengalaman yang kita kutip ia, dan di simpan di dalam saku kehidupan. Moga-moga bila perlu kita guna i.

Salah masuk

Namun, ada juga insan yang memasuki hidup kita banyak kali. Ibarat kedai kat atas. Pasti ada pengunjung setia, yang kita suka atau tidak. yang bosan terhadap hidangan pasti ada. Atau juga pengunjung kedai yang tersalah masuk, atau saja je jalan-jalan then masuk kedai tu. Pasti ada, begitu juga hidup kita. Alhamdulillah  di sini, ana temui juga sebahagian sahabat yang tidak lansung dikenali di mesir namun akrab di sini. Contohnya ukht Raudhah yg juga zaujah pada ust Arif Arshad-x pres Pmram. Bagi ana, dulu tak tersangka akan dapat pula sekelas dengannya dan mengambil segala yg baik dari dia. Dia memang pelajar yang cemerlang, isteri juga ibu dalam masa yang sama. Bersama niqobnya tidak pula menghalang beliau aktif di kelas dan memikat dengan presentation yang menarik. Juga sahabat-sahabat yang tidak disangka-sangka bertemu di Pwtc. Pasti mereka akan berkata " Kurusnya awak.."…Manakan tidak syawirma di sini pasti tak sama dengan di sana..(menyentuh sedikit kaitan kebab di kedai atas dan syawirma di "sikkoh gadidah di mansurah"–> ada lah sikit kaitan makanan di dalam entri ni.) Begitu kita mengambil apa sahaja yang berjalan di denai hidup. Belajar dari insan lain tentang hidup. Yang baik kita teladani yang buruk pula kita sempadani..

Berpindah

Begitu juga halnya di alam maya. Ana telah berpindah dari blogdrive ke blog spot dan akhirnya ke blogsome. Semuanya atas sebab2 tertentu. Bukan saja-saja suka. nak bermakeup ‘blog’. tak suka bertukar-tukar ni sebenarnya. Blogdrive dulu ada masalah server. begitulah seterusnya. Mencari-cari juga sahabat satu redaksi semasa berkerja di dalam "Suara Kampus Edisi Mansurah" = SKEMA. Adakah di kalangan mereka yang membuka blog. Rasanya tiada satu pun. Di kalangan Azhari/yah yang aktif menulis yang buka blog sekarang, kebanyakannya seisi pelajar baru. Mungkin sidang redaksi kami yang lama, sibuk dengan keluarga agaknya. Entahlah.

Perancangan vs resepi

Kadang-kadang banyak resepi yang kita salin. tapi buatnya?emoticon..Tunggu bila? Kita amat gemar menyalin, simpan then biar anak cucu baca..;)..begitu juga hidup ni. Kita banyak merancang bukan semua juga mampu berjalan dengan baik andai tidak kita sungguh-sungguh di dalam mencapai natijahnya, dan lack off spiritual value, doa juga tawakkal pada Allah swt. Resepi vs planning. Cuti ni, banyaknya plan, itu-ini. Namun kalau tak usaha dan berdoa juga tawakkal jadilah ibarat buku resepi yang terperuk kusam dalam almari lama. tajuk ‘risalah’, prog, seminar, family dan mcm2 lagi.

Kek coklat

Penat bila tengok plan belum buat lagi. Aneh amat bila ana lihat orang yang dah berkahwin lebih cekap menguruskan masa mereka. Segalanya tersusun rapi dan perancangan yang cantik sekali. Mungkin mereka telah cukup ramuan membina komitemen. Juga lengkap skill+knowldege di dalam ‘kek coklat’–> Ana nisbahkan kek coklat ibarat perkahwinan apabila ada ukht ana tanya.." Berkahwin tu apa? Kek Coklat ke?(she just wanna joking wih me) ana membalas dengan mengiyakan..–> Huraiannya, nantilah insh-Allah. Ringkasnya, apa yang Ukht Raudhah selalu kata " Rezeki+barakah org kahwin."

Yelah, bukankah kalau bahan-bahan skill juga ilmu membuat kek coklat andai dibiar lama dah tak fresh lagi, kalau tersalah temprature oven terbakar pula atau andai tersalah pukul, tak jadi pula. Bijaklah membuat perancangan, andai dekat dengan Rahmah Allah, jauh dari marah Allah juga murah dengan barakah Allah.

p/s: still tak tahu mcm mana nak me’link’ di sini. Wa rabbana Yusahhil Amrina..Amin

Dia menangis lagi

Kelmarin dia menangis lagi. Kali ini dia benar-benar menghambur segala rasa. Bagai terluah segala yang menyakitkan. Dia mahu keluar dari lubang itu. Lubang yang dalam, yanag andai terjatuh betapa payahnya mahu mendaki naik. Betapa jerih membersihkan lumpur dan selut itu.

Dia telah sedaya munkin mencari jalan yg bukan mudah untuk keluar dari lubang itu suatu masa dahulu. Kali ini dia telah terjatuh lagi. Setelah dia menatap indahnya langit ciptaan Tuhan. Setelah dia menghirup wanginya haruman bunga. Seelah dia cicipi nyamannya bayu menghembus kalbu. Setelah dia nikmati bahagianya hidayah Allah. Dia teresak disampingku Tangisannya pecah jua..

Dia sudah serik melayan dosa. Pedih bila hati disakit noda Tajamnya membuat taqwa jerih menahan pedih. Taqwa sudah lama menyimpan tangisan sendiri. Dia menanti-nati bilakah dia akan kembali seperti dulu. Sensitif dengan dosa. Mesra dengan cinta Tuhan. Hingga mulusnya hati dibelai Redha Allah yang tiada taranya. Andai menagis, bahagia dengan Rahmah Allah. Andai takut, tenang dengan maghfirah Allah. Andai rindu, pohon  pada kasih Allah. Andai cinta, cinta pada pertemuaan dengan Allah.

Dulu, dia benci melihat mereka. Jiwanya akan meraung memohon mereka menhentikan segala yang menyakiti dan mencabar kuasa Allah. Dia tidak suka melihat mereka membalas luasnya nikmat Allah dengan murahnya diri mereka. Dia hairan bagaimana mereka menilai setiap detik nadi yang diberi dengan hamburan dosa yang tidak dianggap menyakitkan. Pelik bagaimana kita tidak malu menikmati  nikmat Allah lantas meracuni pula nikmat itu dengan kepahitan yang merosakkan jiwa. Aneh bagaimana mereka boleh memikirkan mereka akan selamat andai diri tidak pernah memikirkan untuk bertaubat. Ajeb, bilamana mereka dengan bangga melakukan dosa, mengundang marah Allah dengan rasa takabbur itu. Apakah mereka akan jawab di hdapan Allah nanti. Dia juga. Aku juga. Bagaimana jawapan kita di hadapanNya nanti. Aduhai! Bagaimana?

Memang, Allah itu maha pemberi Rahmah. Rahim pula. Namun, andai kita yang tidak dijamin syurga boleh bersenang dengan hiburan dunia, manakan pula sahabat- sahbat Rasulullah s.a.w yang dijamin syurga pengsan takutkan Allah. Letai menginagti mati. Luluh jiwa dengan zikrullah. Risau andai diri dipinggirkan dari Redha Allah.Bergetar urat nadi, dengan khauf dan raja’. Mereka itu. Yang dijamin syurga.

Kita apatah lagi. Kita di mana?.Allahuakbar.

Namun itu dulu. Kini, jiwanya hampir-hampir kering melihat semua itu. Nafsu pula yang seakan-akan tunduk pada perbuatan mereka. Iman semakin layu pudar serinya  menyaksi dosa di depan mata. Atma  tidak lagi mengaduh sengsara melihat mereka. Dia juga. tidak macam dulu lagi. Bercempera tarbiyah dari Tuhan suatu ketika dahulu.

Dia menangis lagi. Dia ingin kembali. Dia mahu keluar dari lubang itu. Sekali lagi. Dan dia tidak ingin terjatuh lagi. Dia ingin dekat-dekat dengan Allah. Bahagia dengan Allah. Walau dia kalah pada nafsu yang meraja diri, tapi dia ingin mencari denai-denai untuk mendaki keluar dari lubang yang dalam itu. Dia ingin tetap membenci mereka yang tidak malu pada Allah, namun sayang pada diri mereka sebagai hamab Allah. Basah pipinya, mengalir air mata taubat. "Ana lastu im’ratun mulatizimah bid-deen".

 

Aku merenungnya,dalam. Penuh kasih. Melihat tubir matanya basah merah. Kagum metah. Berfikir dan bertadabbur. Bila hati masih merasa sesal dengan dosa. Itulah nikmat Allah yang luas hebatnya. Syukur Alhamdulillah. Mu’min tidak akan jatuh ke lubang yang sama sebanyak dua kali. Kita tahu itu. Aku hairan mereka yang melihat sahabatnya jauh dari Tuhan, namun hanya memandangnya dengan sebelah mata. Kata mereka " Kami sayangkan dia. Kami risau dia terasa hati. Jauh hati dengan kami". Oh mereka ingin hanya bersuka-suka dan menangis dengan dunia dan hanya di dunia. Tidakkah mereka mahu tertawa-tawa di dunia juga  di akhirat sana. Berteduh di lembayung di hari tiada lembayung kelak. Bergembira bersama di dalam syurga Allah, di sinari Redha Allah. Aku tidak ingin hanya tertawa bersama di dunia, namun ingin bersama di lembah sana.

CintaNya, atasi cinta seisi dunia. CintaNya, buat kita bernafas di alam maya. CintaNya, tiada harga, tiada tara. CintaNya bukan cinta biasa. TanpaNya, tiada erti hidup kita  Balas cintaNya hanya taqwa jua taat padaNya. Itu sahaja. Susah benarkah?

Cinta, bukan sekadar dirasai namun dibuktikan melalui amalan diri. Taat, taat, taatlah wahai hamba jua diri. Istiqomah dengan taqwa. Usah mudah mencipta alasan.

Atau cinta kita padaNya sekadar retorik penyedap rasa dan bahasa? Atau hipokrasi diiringi larangan-larangan Tuhan, dan alasan picisan?

Astaghfirullah.

Aku jualah hambaMu ya Allah yang mengharap segalaNya dariMu..